Showing posts with label Bicara sendiri. Show all posts
Showing posts with label Bicara sendiri. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

~yang tak terungkapkan dibibir...

Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis seorang diri

Puas ku cuba untuk menidakkan kebenaran kata-kata ini. Tapi makin kucuba mengatakan tidak, semakin banyak pula pemikiran-pemikiran ideologi yang begitu mengiakan pernyataan itu.

Aku percaya, sahabat itu adalah insan yang boleh ku percaya, akan sentiasa disamping disaat kita memerlukan, menjadi teman pengubat di kala kedukaan, menjadi penenang di kala jiwa kekalutan.Dari dulu lagi, semua ini kutanam di dalam jiwaku agar ia subur dan aku sangat percaya ia adalah benar, bukan hanya kata-kata. Tak kiralah disaat kita gembira atau tidak semuanya dikongsi bersama-sama.

"Teman sejati", itulah istilah yang paling ringkas dan mudah difahami dapat ku jelaskan disini.

Aku juga selalu ingat bahawa seorang sahabat itu adalah bagai cermin diri kita, sahabatlah yang akan menegur dan menasihati kita disaat kita melakukan kesalahan, alpa atau terkhilaf dan begitulah juga sebaliknya.

Tapi ternyata kepercayaan yang selama ini ku pegang makin hari makin suram, kian lama kian pudar, tambah goyah. Pangkal yang begitu kukuh dahulu kini semakin rapuh. Hari-hariku lalui bagai pokok yang dimakan anai-anai, semakin hari semakin hilang kekuatannya, dihakis sedikit demi sedikit, hinggakan aku rasa makna serta peranan seorang 'sahabat' yang aku percaya itu hanyalah dongengan dan sekadar imaginasiku yang terlalu mengharapkan sesuatu yang indah dan bahagia.

Benar kata orang, kalau kita terlalu berharap akan sesuatu, di akhirnya kita akan kecewa kerna apa yang kita harapkan tidak mencapai tahap yang kita mahukan. Cukuplah sekadar berharap apa yang berlaku, itulah sebaiknya untuk kita. Sesungguhnya Dia lebih Mengetahui.

Sedih bila ku mula memikirkan realiti ini, namun biar pahit harus ku telan jua. Apa dayaku?

Terlalu lemah diri ini untuk membetulkan segala-galanya. Aku hanya mampu melihat, tidak mampu menegur, sekadar melahirkan rasa benci akan keadaan ini di dalam hati. Itulah selemah-lemah iman, malunya aku dengan diri aku. Apa aku nak jawab di yaumul akhir nanti? Apa yang telah ku usahakan untuk menegakkan syiar Islam?

"Aku tak berdaya Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi segala ini Ya Rahman Ya Rahim".

Tapi, berputus asa bukan lah apa yang dianjurkan dalam Islam, aku akan terus berusaha. Aku akan kembalikan kepercayaan ku dahulu. Akanku buktikan ia adalah sememangnya benar dan bukan hanya imaginasiku semata-mata.

Wednesday, August 5, 2009

~takut + risau = serabut ayam???

Mampukah aku??
persoalan pertama yg terbit dari secebis pemikiranku......
makin aku fikirkan, bayangan mindaku menjurus ke arah semua ini adalah mustahil...tapi aku tempiskan segala prasangka itu,ketepikan ia...aku harus bergerak ke hadapan...
maju dan terus bangun...
seharusnya aku sekarang tidak boleh lagi melihat ke belakang........
yg dulu biarkan ia disitu...
setelah puas aku memerah minda, memujuk hati, melihat apa2 kemungkinan yg bakal dilalui keputusannya "ya"!!

kuharap inilah keputusan yg sebaiknya...
mungkin ini keputusan sebaiknya, tapi adakah aku bisa melakukan sebaiknya??

*persoalan muncul lagi*
*ditambah lagi kerisauan~~*

kenapa??
aku...

fikir ke arah yg lebih positif...
mungkin ini adalah cabaran buatku untuk menjadi insan yg lebih berani...
ini satu pengalaman yg bakal aku ingati di kala aku bergelar seorg doktor nanti...

''Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada diriku agarku bisa menghadapi semua ini''

*teringat:pernah terbaca,bila berdoa...jgn berdoa agar kerja kita dipermudahkan...tapi berdoalah agar keupayaan dan kemampuan kita menjadi setanding dgn kerja yg kita ingin selesaikan~~*

minta maaf sekiranya aku tidak menjalankan tugas seperti yg sepatutnya, segala kekurangan kelemahan melalui pimpinan ini diharap mendapat tunjuk ajar,bimbingan serta kerjasama dari kalian...sesungguhnya diriku bukan lah yang selayaknya berada di tempat ini...

terima kasih jua kerana memberi kepercayaan kpd diri ini, diharap kepercayaan itu adalah yg sepenuhnya...bukan sekadar kerana tiada pilihan lain...

jadi sekiranya tergambar pada diriku yg aku tidak sepatutnya di tempat ini, katakanlah di awal ini...
agar yg lebih berwibawa mampu menerajui bahtera ini...

*aku kan berperang dgn perasaan aku sendiri lagi...*

semoga ku kan tabah~~

sign2

Sunday, June 14, 2009

~mungkin itu yang terbaik..

tolong khabarkan kepada ku,tolong maklumkan kpd ku...apa benar keputusanku ini??apa betul apa yg telah ku putuskan ini??jika ya kenapa hatiku masih gundah gulana lagi??kenapa aku begitu risau tidak menentu...sukar untukku gambarkan rasa yg ku hadapi di saat ini...keliru??mungkin ini perkataan yg paling sesuai....

sudah penat aku berfikir semasak-masaknya, sudah letih aku memerah otak mencari penyelesaiannya...namun bagaikan tiada hasilnya...ternyata sukar untukku menuai hasil yg kumahukan...adakah aku yg tidak bersabar kerana asyik memikirkannya??terlalu kerap berfikir menjadikan aku jadi tidak menentu dan memikirkan ke arah yg kurang positif...mungkin aku harus berhenti berfikir seketika dan membiarkan ia berlalu dgn sendirinya..mengikut lunas yg seharusnya...

mungkin itu yg terbaik...tp ternyata sukar bagiku untuk tidak memikirkannya...satu kelemahan ku...selagi semuanya tidak berlalu selagi itu aku kan diselubungi kerisauan tak tentu hala dan tak bertempat...tapi aku cuba jua untuk melupakan permasalahan itu...aku cuba...mungkin kan menghasilkan sesuatu...ya..aku akan menunggu dgn sabar...menanti tanpa byk merungsingkan diriku sendiri...aku cuba...
sign2

Thursday, April 16, 2009

Monolog diri....


AKU BENCI MEREKA!!!!!
huh???kenapakah saudara?
AKU BENCI!!!
benci??benci apa??mereka???mereka tu siapa???
MEREKA!!!
siapa??
MEREKA!!!!
bertenang sahabatku??apa yang berlaku sebenarnya??
AKU BENCI MEREKA!!!
sahabatku, tak elok membenci orang....
AKU TAK BENCI MEREKA...
habis tu...tadi 2 apa??
AKU BENCI SIKAP MEREKA!!PERBUATAN MEREKA!!!
hurmmm...apa yang mereka dah buat...
MALASLAH NAK CAKAP...NANTI LAGI MARAH AKU DIBUATNYA!!!
kalau sahabat tak keberatan...kongsilah...mungkin diri ini boleh membantu...x pun...luahkanlah,lepas 2 mungkin sahabat akan rasa lebih tenang...
.....terdiam seketika..membisu seribu bahasa.....
sahabat.....
MANUSIA...MEMANG MACAM TU....SUKA BUAT BEGITU....SAKIT HATI BETUL...
hurmmmm.....
KENAPA MEREKA BEGITU....KENAPA MANUSIA BEGITU????KENAPA PERLU MEREKA BEGITU????MEREKA X FIKIR KE HATI ORANG LAIN!!!
sahabat..bertenang.....
KENAPA MEREKA PERLU BERKATA BEGITU??PERLUKAH MEREKA BERSUARA SEBEGITU???APA MEREKA FIKIR ORANG XDA TELINGA??XDA MATA???
jadi...ini soal mulut orang la ni....
HURMMMM...LEBIH KURANG!!
siapa mereka???kawan sahabat ke???
BUKAN!!! ORANG XDE KAWAN MACAM MEREKA!! MEREKA BUKAN KENAL PUN ORANG TAPI NAK CAKAP LEBIH2 PASAL ORANG....ORANG PUN X PERNAH KENAL PUN MEREKA!!!
oooooo...begitu....sahabat...biarlah mereka,biar mereka dengan dunia mereka,apa pun yang mereka cakap,biarkan...jangan dengar....lagi dilayan makin jadi mereka tu....
TAPI....MACAM MANA HATI NI LEH TAHAN!!! ORANG PUN ADA PERASAAN.....
ya...memang betul,tapi jangan lah sampai membenci mereka ya sahabat...biar orang tu jahat sekalipun,biar apa pun yang mereka lakukan atau katakan tentang sahabat..sabarlah..kerna mereka tidak mengetahui apa yang mereka lakukan...ingat sahabat, jangan membenci sesiapa!!!
INGAT!!!ini pesan saya....
hurmmmm.........
bukan hurmm....tapi cakap janji!!!
baiklah, JaNJI...
biar mereka dengan sikap mereka,lagipun sahabat xkenal mereka...nak tegur pun xboleh kan...
kalau sahabat kenal mereka lainlah...bawa berbincang,tegur sikap mereka tu...jangan biar mereka terus dalam keadaan begitu.....