Showing posts with label bicara ibadat. Show all posts
Showing posts with label bicara ibadat. Show all posts

Monday, February 20, 2012

~ Wasathiyyah dalam kehidupan

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian ilmu. Baru-baru ni diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghadiri konvensyen fiqh ummah 2012 di PWTC anjuran iluvislam.com. Konvensyen yang berlangsung selama 2 hari ini sememangnya memberi manfaat serta faedah yang amat besar khususnya kepada peserta. Banyak yang dapat kita pelajari semasa konvensyen ini. Dibarisi lebih 20 orang para asatizah terkemuka negara dan seorang ulama luar negara (Sheik Mufti Ismail Menk), ternyata konvensyen ini telah berjaya menghidangkan juadah ilmu yang dicari-cari oleh semua umat Islam di luar.

"Manhaj Fiqh Wasathiy" menjadi topik utama perbincangan dan pembentangan untuk konvensyen ini. Konsep 'wasathiyyah' dalam pelbagai aspek daripada akidah, ibadah, politik, kewangan, gaya hidup, tafsir, hadis, ekonomi dan sebagainya telah dibentangkan kertas kerjanya oleh asatizah-asatizah.

Insyaallah, akan dikongsikan serba sedikit apa yang telah dibentangkan sepanjang K-fiqh 2012.

Konsep "wasathiyyah" yang digunakan menurut istilah mempunyai pelbagai maksud. Menurut Muhammad al-Munawi, "washat iaitu persamaan yang nisbah sudut-sudut kepadanya semua adalah sama, ia adalah khiyar asy-Syai' (sesuatu yang terpilih)". Menurut Dr Ahmad Umar Hashim pula, ia bermaksud keseimbangan dan kesaksamaan antara 2 pihak. Tidak terlalu rigid dan tidak pula terlalu longgar. Tidak melampau dan tidak mengabaikan. Jadi dapat disimpulkan wasathiyyah membawa maksud kesederhanaan, kebaikan, keadilan dan ketinggian dengan sifat-sifat mahmudah yang tidak terlalu rigid dan tidak terlalu longgar. tetapi ia bukan bermakna seorang umat islam itu bersederhana dalam ibadah, amalan atau akhlaknya atau sederhana dalam ilmu atau pekerjaannya sehingga menjadi orang yang tidak cemerlang.

 Mungkin konsep wasathiyyah sukar untuk difahami sekiranya diterangkan sebegini. Namun apabila dibincangkan mengikut aspek-aspek tertentu secara lebih mendalam, konsep wasathiy ini akan dapat difahami.

Setakat ini perkongsian buat kali ini. Penjelasan panjang lebar mungkin akan memeningkan. Insyaallah, jika diizinkan, konsep wasathiy dalam akidah akan dibincangkan dalam perbincangan yang seterusnya.

Wallahu'alam
Maaf andai ada kekurangan, dan harap dibetulkan jika ada kesilapan dari konsep yang sebenarnya

Wassalam.

Tuesday, May 31, 2011

~10 kekejaman yang biasa kita lakukan

Assalamualaikum....

Anda rasa anda kejam atau tidak?
Kebanyakannya pasti menjawab tidak.

Soalan seterusnya, anda sukakan kekejaman?
Majoriti akan menjawab tidak suka.

Tetapi, sahabat-sahabat semua, sedar tak sedar dalam kehidupan kita seharian kita adakalanya melakukan kekejaman. Kekejaman yang kita tidak sedari.

Renung-renungkan 10 perkara di bawah.

  1. Mendoakan diri sendiri TETAPI tidak mendoakan ibu bapa, anak-anak (bagi yang ada anak) serta kaum muslimin dan muslimat.
  2. Pandai baca al-Quran, TETAPI tak baca Al-Quran sekurang-kurangnya 100 ayat sehari.
  3. Masuk masjid TETAPI tak solat sunat 2 rakaat Tahiyatul masjid.
  4. Berjalan melalui kubur, TETAPI tak bagi salam dan tak mendoakan kesejahteraan ahli kubur.
  5. Orang yang sampai ke sebuah kota pada hari Jumaat, TETAPI tak solat jumaat.
  6. Seseorang yang di daerah tempat tinggalnya didatangi orang alim TETAPI enggan belajar apa2 daripadanya contohnya enggan menghadiri majlis ilmu orang alim itu.
  7. Dua orang yang bertemu dalam suatu pertemuan TETAPI tak bertanya nama.
  8. Orang yang dijemput menghadiri jamuan TETAPI tidak memenuhi undangan tersebut.
  9. Pemuda yang tidak bekerja TETAPI enggan pula belajar tentang agama dan adab.
  10. Seseorang yang kenyang, TETAPI tahu jirannya lapar dan enggan pula memberi jirannya makanan.

Sekadar perkongsian untuk kita renungkan bersama.

Wassalam.

Wednesday, August 11, 2010

~Ramadhan kini kembali

Salam~

alhamdulillah.

setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana disaat ini masih lagi diberikan nikmat untuk bernafas dan bertemu dengan bulan penuh barakah bulan Ramadhan al-Mubarak.

"Salam. Nama saya Syaaban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan dtg mengunjungi anda bersama isterinya Rezeki & kedua2 anaknya iaitu Sahur & Iftar. Mereka akan ditemani oleh ketiga2 cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dgn menaiki pesawat penerbangan Eid Airlines. Hargai mereka &anda akan mendapat berkat! InsyaAllah.. "
Selamat berpuasa diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana anda berada. Semoga Ramadhan tahun ini menjadi lebih bermakna dan lebih baik dari tahun2 sudah.
tingkatkan amal.
perbanyakkan ibadah.
semoga ia dapat menjadi platform untuk kita terus menjadi muslim yang sejati.
"Ramadhan, Revolusi Ke Arah Islam Sejati"
"Kesempurnaan Ramadhan Menuju Mardha Tillah"
"Bersama Mengimarahkan Ramadhan"
Wassalam ~

Thursday, January 21, 2010

~BiCaRa SoLaT (II)

sambungan bicara solat~

III Kedudukan kedua tangan ketika berdiri

dari Sahl bin Saad R.A, dia berkata :

"Manusia diperintahkan agar setiap seorg di antara mereka meletakkan tangan kanannya di atas lengan kirinya dalam solat."Abu Hazim bkata: "Aku meyakini bahawa Sahl telah memarfukan hadith ini kpd Rasulullah S.A.W."
(Riwayat Al-Bukhari, Ahmad & Malik)

dari Jabir R.A, dia berkata :

"Rasulullah S.A.W. melewati seorg lelaki yg sedang solat manakala dia meletakkan tgn kirinya di atas tangan kanannya. Maka Baginda meleraikan tangan lelki itu dan meletakkan tangan kannanya di atas tangan kirinya."
(Riwayat Ahmad)

::daripada hadith ini, dapat disimpulkan tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri :
-->ada yg mengatakan telapak tangan diletakkan di atas pergelangan kiri. jari telunjuk dan tengah dibuka di atas sepanjang lengan kiri, sementara ibu jari, jari kelingking
dan jari manis berpegang pada lengan kiri.


dari Wail bin Hujr R.A, dia berkata :

"Aku mengerjakan solat bersama Nabi S.A.W. dan Baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya pada dadanya.
(Riwayat oleh Ibn Khuzaimah)


::kadangkala sesetengah muslimin melakukan sebegini :

  • berlebihan sehingga meletakkan telapak kanan di atas siku kiri--> posisi ini boleh menimbulkan kerosakan, iaitu melingkarnya kedua bahu, menyempitkan sangkar dada dan berkurangnya kapasiti udara paru2.
  • ada yg meletakkan jari2 tangan kanan di atas jari tangan kiri.
Namun begitu kedua2 keadaan tangan ini tidaklah membatalkan solat tetapi boleh mengurangi nilai ibadah.

~HIKMAH POSISI KEDUA TANGAN KETIKA BERDIRI :

sebagaimana yg dikatakan ulama' -> tatacara meletakkan kedua tangan mempengaruhi kekhusyukan dalam solat.
dan disebutkan dlm beberapa hadith bahawa Rasulullah S.A.W:
  • meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya di atas dpd pusat dan di bawah tulang rusuk
  • telapak tangan kanan berada di atas pergelangan kiri.
hikmahnya:
  1. posisi lengan yg paling baik dari segi anatomi.Buktinya jika lengan patah, tangan akan diletakkan dalam gips dgn posisi pada dada yg terletak di atas pusat dan di bahagian bawah tulang rusuk, sementara tangan menghadap ke dada.
  2. tinggi bahu menjadi seimbang: kedua lengan berada dalam sudut yg sama.
sekian, wassalam.

p/s: betulkan jika ada kesilapan dimana2..TQ

Bicara Solat (I)

Wednesday, December 30, 2009

~BiCaRa SoLaT (I)

Salam~~

hari tu ada beli satu buku...menarik untuk dibaca dan didalami..tajuknya "Kuasa di Sebalik Solat"(The Power of Solat) terbitan al-Hidayah. buku ni menerangkan tentang pergerakan2 dalam solat kita seharian :: cara solat Rasulullah S.A.W, hikmah dan kelebihan setiap pergerakan2 tersebut...

setiap pergerakan bermula dari luruskan saf, takbiratul ihram hingga ke salam diterangkan dengan terperinci serta disertakan dengan hadith2 yg berkenaan.

xhabis baca ag...untuk bicara solat (I) ni nak kongsi pasal luruskan saf,takbiratul ihram dulu...selamat membaca dan selamat beramal...

(I)merapatkan dan meluruskan saf dalam solat berjemaah

dari Anas R.A, Rasulullah s.a.w bersabda :

"Luruskanlah saf kamu. Sesungguhnya meluruskan saf adalah sebahagian dari menegakkan solat."

dari Ibn Umar Radhiyallahu'anhuma, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Luruskanlah saf, sejajarkanlah antara bahu-bahu, tutuplah tempat yg kosong, dan janganlah kamu membiarkan celah2 utk syaitan. Barangsiapa menyambung saf, maka Allah akan menyambung hbungan dengannya. Dan barangsiapa memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya."

daripada hadith ini, ditegaskan pentingnya menyambung saf dan tidak memutuskannya.

  1. bahu haruslah dirapatkan dgn bahu
  2. kaki dirapatkan dgn kaki (bertemu mata kaki- bertemu tulang yg menonjol pada kedua sisi kaki-istilah sains nye plak bertemu lateral malleolus)
then, nak luruskan saf :

jari2 kedua kaki harus berada dalam satu garis lurus dan salah satu dari keduanya tidak mendahului yg lain.

JADI, apa kelebihan2 pergerakan ni??
  • rapatkan bahu n kaki - menjaga keseimbangan badan-->berat badan kita bertumpu pada kedua kaki secara seimbang. kalo berat badan hanya bertumpu pada satu kaki je->mjadikan tulang2 pinggul(pelvis) miring ke arah lain.
  • secara keseluruhannya pergerakan ni menjaga struktur tulang2 pelvis dan kaki.

(II) mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram

dari Salim bin Abdullah dari ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w mengangkat kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya ketika Baginda memulakan solat dan ketika bertakbir utk ruku'. Apabila Baginda mengangkat kepala dari ruku', maka Baginda juga mengangkat kedua tangannya sambil membaca , "sami'allahu limanhamidah, rabbana walakalhamd"(Allah mendengar org yg memujiNYA. Wahai Tuhan Kami, bagiMu segala puji). Dan Baginda tidak melakukan itu dalam sujud. (riwayat al-Bukhari)

dari Ubaidillah dari Nafi' bahawa ketika Ibn Umar R.Anhuma memulakan solat, dia bertakbir dan mengangkat kedua tangannya. Jika dia ruku', dia mengangkat kedua tangannya. Jika dia mengucapkan "Sami'allahu limanhamidah", dia mengangkat kedua tangannya. Dan jika dia berdiri setelah selesai dua rakaat,dia mengangkat kedua tangannya. Ibn Umar R.anhuma memarfu'kan ini kpd Nabi s.a.w.

tatacara mengangkat tangan, menurut jumhur ulama :
  1. angkat kedua tangan dekat dgn bahu
  2. hujung jari2 sejajar dgn bahagian atas kedua telinga
  3. kedua ibu jari sejajar dgn kedua cuping telinga
  4. kedua telapak tangan sejajar dgn kedua bahu
  5. membuka jari2 ketika mengangkat tangan : riwayat dari Abu Hurairah r.a, dia berkata :"apabila nabi s.a.w berdiri utk solat, maka Baginda mengangkat kedua tangannya seraya membuka keduanya."
hikmah mengangkat tangan??
  • menjadikan dua tulang belikat(scapular) kembali ke kedudukannya yg rata disertai keseimbangan tulang belakang
  • menambah luas dada-->menambah kapasiti udara kedua2 paru2-->kuantiti darah beroksigen bertambah-->kuantiti darah yg membawa makanan dan oksigen kpd sel2 bertambah-->kecepatan tubuh membersihkan diri dari sisa2 proses metabolisme pada sel bertambah-->menambag kemampuan sistem2 biologi tubuh.

setakat ini dahulu...seterusnya bahagian kedua...insyaALLAH~~

wassalam.