Friday, November 20, 2009

~setelah diuji

Salam...

hari rabu 18 nov 2009 maka telah berakhir peperiksaan MBBS FASA 2 Bahagian A...maka dgn itu berakhirlah episod "stay up" sampai kul 3 pagi...hehe..bukanlah berakhir begitu sahaja, bakal bersambung di episod yg menjelang...sudah menjadi lumrah,itu yg bakal berlaku setiap kali peperiksaan...
Alhamdulillah, peperiksaan kali ini telah aku tempuh dgn tabah sekali, jarang benar ada episod kedukaan dan kemuraman serta kerungsingan yg amat sangat. Semuanya dihadapi dgn tenang berbekalkan keyakinan ALLAH swt sentiasa disisi kita. itulah kunci segala ketenangan. ingat lah Allah selalu. perbanyakkan amal serta zikrullah. insyaAllah, bertambah dekat diri kita dgn Allah maka akan lebih tenang jiwa sanubari kita.

kali ni peperiksaan bakal2 doktor UM tahun kedua ni ada 3 kertas :

Pertama : MCQ n SAQ -360 markah
Kedua : Long Case n SAQ - 340 markah
Ketiga : OSPE - 200 markah

maka secara totalnya ada 900 markah untuk dikumpul dimana ketiga2 kertas merangkumi soalan2 dari subjek Pathology, parasitology, pharmacology, medical microbiology, DPHS, Behavioural Sciences, Surgical and Medical.

cukup kisah exam..habis je exam hari rabu tu, lepas zuhur kitorg g makan kat Pantai Dalam...
aku,afiq,pejol,hilmi,lily,isz,aini,atiqah,liya,kak biha,kak yana n kakak kpd kak yana...ekceli kitorg wat makan2 tu khas utk kak yana n kak biha...diorg next sem dah xde kat kolej, mereka harus g Latihan Industri selama 6 bulan...waktu tu hujan sgt lebat...

lepas 2 petang plak,kitorg gerak ke Mid Valley...kononnya nak tgk 2012...tp xjadi tiket fully booked...ada tiket 1115 pm...mungkin tidak kerana cerita itu 2jam40minit...nak balik kul 3 pagi...batalkan hasrat...pastu ktorg pusing2 kejap kat JUSCO,n makan kat Domino's Pizza.
aku,hilmi,afiq,isz,azie,liya,lily....makan sampai kenyang..mulanya atiqah ada,tp dia balik Johor malam tu...so tinggal ktorg je..lepas makan, balik...tgh jln2 tu terserempak ngn geng2 kak emy,kak nad,kak marina,kak nabila....pulang ke UM menaiki Bas RAPIDKL...lama dah xnaek bas..huhu,sekali malam tu ramai plak org, driver bus tu mampatkan juga sampai sumer leh masuk....

ok. semester baru akan bermula isnin ini...cuti kami budak2 medik 2nd year hanya 4 hari...sunggoh kejam fakulti medik..huhu...apa2pun hari ahad ni kena pindah blok..so bakal dapat bilik baru, 4 sem tinggal kat kolej ni aku da dapat 4 bilik...hurmmm...bagus ke x bagus tu???yg penting kerja2 mengangkut barang nanti sangatlah memenatkan...sabar sabar....
isnin n selasa ni gak KKAAXIII akan wat program mencuci kereta untuk mencari dana projek itu nanti...nantikan kami di fakulti sains hari isnin dan fakulti perubatan hari selasa...

oklah...setakat ini dahulu, selamat bercuti kepada sahabat2 yg tgh bercuti...manfaatkan cuti anda sebaiknya...hargai nikmat cuti(kelapangan) yang ada ini sebelum kesempitan...

liya n afiq...fokus mendengar,smpai x sedar leher nk kena gunting

azie dgn gembiranya leher nya kena gunting..hahah


liya...tisu di atas kepalamu


azie, liya n afiq...studymates ku..huhu..duk satu meja kat BBG masa study week

afiq,azie,tqah n liya..selepas exam hari kedua..ini di PPUM



Kek istimewa untuk mereka..


Kak Yana n Kak Biha..mekasehbyk bagi tunjuk ajar selama ni...


Kak biha n liya- dua2 adalah ketua biro tajaan KKAA


tqah n kak yana


ayam golek yg sangat sedap..nyum nyum...

Saturday, November 7, 2009

~Istimewa buat sahabat

Walau digilis derita

Masih teguh menggalas peranan

Walau dihempas cubaan

Masih gigih menegak kebenaran

Zahir yang terpancar

Dari insan sepertimu

Takkan bisa dimiliki insan biasa…


Berjuang di jalan Allah

Tak pernah gentar

Meneruskan langkah ibadah

Tak pernah berpaling

Selagi misi digenggam

Visi menjadi matlamat

Kau redah segalanya

Demi mencari redha Ilahi


Di saat langkahmu terhenti seketika

Jangan kau kecewa

Dirimu tidak keseorangan

Kau didampingi jiwa-jiwa prihatin

Setia menghulur tangan

Sedia mengiringi langkahmu

Meneruskan perjalanan


Cemburu hati ini melihatmu

Masih tersenyum ceria

Menghadapi semuanya dengan sabar

Allah sentiasa bersama-sama orang beriman

Allah sentiasa bersama-sama orang bertaqwa

Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar

Semoga dirimu dalam kalangan mereka

Yang mendapat kasih sayangNya


Sahabat

Kami mendoakan yang terbaik untukmu

Semoga dikau menghadapi segalanya

Dengan tabah

Insyaallah

Dengan rahmatNya jua

Dengan redha yang Maha Esa

Semoga kita semua mendapat kejayaan

Kebahagiaan

Di dunia dan akhirat


TerMenUng : syukur diberi nikmat dari Allah swt...biasanya kita xpernah hargai apa yg kita miliki, bila dah tiada, nikmat di tarik balik...barulah kita merasai kehilangan...


terFikiR : harus tabah dan sabar menghadapi semuanya...semuanya ujian Allah...kita diberi nikmat,Allah nak uji adakah kita ni hamba yang bersyukur atau tidak...jika nikmat ditarik semula, Allah nak uji betapa sabarnya kita menerima ketentuanNya...apa2pun ujiannya,bersyukur kerana Allah masih mengasihi dan menyayangi kita...Subhanallah ^_^


p/s : untuk sahabatku, semoga kalian tabah menghadapi segala onak duri...Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segalanya...sesuatu yang baik atau buruk...jika kejayaan dan kebahagiaan adalah yg terbaik untuk kita...bersyukurlah, dan jika kegagalan itu adalah yang terbaik untuk kita, redha lah dgn apa yang Allah nak bagi kpd kita..Dia lebih Mengetahui...