Thursday, March 10, 2011
~Jalan pilihan hati
dari jelajah kembaramu...
yang tiada destinasi hakiki
sebuah perjalanan yang asalnya
suatu permainan
kini telah berkembang
menjadi mimpi nyata!
mimpi ngeri yang realiti.
tersasar dari laluan yang benar..
melalui titian rapuh
yang tidak menjanjikan pulangan yang diredhai.
sudah termaktub kebenaran
kenapa enggan kembali?
peringatan demi peringatan
saban hari meniti tiap corong pendengaran
sindiran berbaur nasihat
terpancar dari lidah yang prihatin
namun bagai bertiup bayu damai...
kian lena dibuai angin nyaman
terus tegar.
mendaki ke puncak mungkar.
naluri percaya
walau sedikit pasti ada
secebis dihati suci
pernah merasionalisasi tingkah laku
mempersoal kewarasan akal
yang mampu membeza hak dan batil
tapi sayang rasa itu kecundang
dek kesuburan hawa nafsu
yang saban masa disemai
tak pernah cuba dicantas!
maka inilah yang terjadi..
hanyut-
entah sampai ke laut mana?
ingin pulang?
ternyata perlukan kudrat yang kubra
bagi menempis bisikan iblis
yang janjinya kan menumpaskan anak-anak Adam
perlu jua iman dan taqwa
untuk meracuni lumut hawa nafsu
yang melitupi kepercayaan diri.
pernah suatu tika
diri telah mengeluar hujah
kata diri mahu berubah
namun kini semua tak diendah.
pernah suatu tika
janji yang ditabur
kata diri enggan terlanjur
nyata kini janji kian kabur.
berarak awan mega
menghalang sinaran an-Nur
dari memancar permukaan hati
diri tambah longlai.
walau kini awan sudah jadi nano
dek kerana keselesaan kedinginan kelam
terus memilih jalan yang gelap
diri masih terlena
naluri masih terdaya
walau banyak rintangan
serta kekangan
masih cuba membisikkan bicara
pemanis halwa telinga
moga terjaga yang terlena
kembalilah..
masa kian suntuk
sebelum pintu hati kelam tertutup
sebelum masa berdetik berhenti berdenyut
teguhkan azam
hayati manisnya jalan
indahnya laluan
redha Ilahi
yang terbentang luas.
Saturday, February 12, 2011
~sambungan KKAA..
maaf, terlebih lama jarak masa untuk sambungan cerita tentang KKAA...masa tidak mengizinkan...sebenarnya nak bercerita lagi pun dah ingat2 lupa suasana kat sana..tetapi ada satu blog yg telah menceritakan segalanya tentang KKAA kali ni which is very nice story...nak baca pergi ke link ni----> Your Life Reflects Your Thoughts
apa yang nak dikongsikan disini?
pada hari terakhir KKAA tempoh hari, sempatlah tangan ni pegang satu pen...amik sekeping kertas...yup...satu coretan sajak telah ku tulis...
kalo ingat lagi, last KKAA pun ada wat sajak gak, nak baca klik sini
kali ni sajak nya bertajuk "KKAA dalam ingatan"..enjoy it!!
Bermula segalanya dikala laungan
Memanggil-mencari warga serta nadi sesuatu keluarga
Disitu setelah terbina kata sepakat
Paduan keringat, himpunan kudrat
Dipahat setiap yang dinobat
Getir!
Diwaktu kehangatan mentari memancar..
Disaat keringnya air-air di tasik
Kedahagaan waktu kian menjadi konflik
Namun terus dilanda kemarau penyelesaian
Yang seolah-olah enggan muncul
Tiada yang mengikat kaki,
Maka langkah terus digagahi
Renungan mata tepat jauh ke depan
Memastikan impian tercapai pasti
Tak mengerti definisi undur diri!
Dan akhirnya..
Setelah bekalan cukup rapi.
Disusun atur tanpa disedari
Masanya sudah tiba kini
Sekilas raut wajah terlihat
Terpamer kenaifan
Terpampang keikhlasan
Hadir menadah tapak tangan kecil
Mengharap diisi ilmu yang berguna
Usaha tidak terhenti disitu..
Curahan ilmu diberi
Walau kerahan tenaga memuncak
Ke tahap maksima
Semangat masih terus menyala
Takkan padam
Selagi si kecil di depan mata
Amanah di galas
Penuh tanggungjawab
Harapan menggunung
Terlakar diminda mendambakan sesuatu ikatan
Agar tertanam semaian nilai
Yang kan tumbuh mekar
Mewangi menjadi insan berguna
Detik berlalu pantas
Mencemburui saat bersama..
Setelah ukiran senyuman
Galak kegembiraan
Tangisan kesyahduan
Terpotret indah di laman ingatan…
Kini tiba waktu yang hiba
Melepaskan mereka pulang
Kembali ke halaman kehidupan sendiri
Setelah bertubi nasihat…
Amanat disemat ke jiwa
Dengan penuh sebak
Merelakan mereka pulang
Walau hati bagai sudah terikat
Terpulang kini untuk mereka
Mengamal tiap kata
Atau membiarkan hujah kita
Berlalu tanpa sebarang makna
Kita telah berusaha….
30Jan2011
Wassalam..
Tuesday, December 28, 2010
~tika kau hulurkan tanganmu
tiada maknanya aku sendiri
tak mungkin aku tinggalkan
Sinar mentari memancar harapan
namun kesuraman terus mencengkam
kian menyelubungi hatimu tambah
kelam makin hilang arah tujuan
tika kau hulurkan tanganmu
saatku terkapai
tika kau pimpin daku
saat jiwaku tersadai
dimanakah kau yang dahulu?
aku merinduimu sahabatku...
tuk mencari redha Allah kejayaan yang hakiki
bersama kita tegakkan Syiar Islam
memimpin ummah....
fisabilillah...
Ya Allah
jangan kau tarik hidayahMu
setelah Engkau kurniakan kepada kami
bantulah kami hambaMu yang lemah ini
izinkan ku hulur tanganku
membawa kau pulang
izinkan ku pimpin dirimu
menuju kebenaran
semoga kita kan menjadi hambaNya yang soleh
mukmin sejati menjadi genggaman.
termenung: memikirkan permasalahatan yg berlaku nyata begitu mencabar kesabaran, menguji kekuatan iman kita...
terfikir: lemahnya iman ini kerna begitu tak terdaya walaupun belum melakukan apa2..
masih berfikir : mengumpulkan kekuatan diri untuk menghadapi semua ini. moga Allah permudahkan segala-galanya.
Sunday, October 31, 2010
~kehilangan
kemana perginya gurauan dulu
merantau jauh?
membawa diri?
tanpa khabar-tanpaberita
sepi.
aku
cuba
abaikan
kesunyian
yang makin mendingin
yang bertambah suram
diselubungi kelam...
tapi
ia
tetap
menghantuiku.
ku bagaikan di pementasan drama
berbicara
mengikut skrip
tersenyum
menuruti plot
namun tak kurasai senyum itu
lahir dari hati.
kenapa?
aku-tak-bisa
mencarinya.
aku-tak-upaya
mengembalikannya.
di mana silapnya?
merindui sebelum kehilangan itu.
pulanglah.
Thursday, October 21, 2010
~Wahai insan bergelar hamba..
sedekat mana kita pernah mentaatiNya?
tunduk-akur-turuti perintahNya..
mengisi detik waktu
dengan tasbih memuji kebesaranNya
Amar ma'ruf sepanjang masa...
Pernahkah?
Pernahkah kia menjadi hambaNya yang taat?
Wahai insan bergelar hamba...
Sejauh mana kita selalu melupakanNya?
sentiasa ingkar dan lupa akan tegahanNya
setiap detik waktu
selalu hanyut dibuai nafsu...
Nahi Mungkar jarang berlaku...
Pernahkah?
Pernahkah kita menjadi hambaNya yang taat?
Apa erti berdekad lamanya bernafas?
hanya seminit dua bibir mengucap kalimah
mengakui keesaanNya...
Apa erti berpijak di bumiNya
andai langkah sentiasa ke lembah maksiat...
Apa erti dikurnia pancaindera
tatkala diri jarang sekali sujud beribadat...
bila lagi?
sampai kapan untuk kita terus alpa?
hingga jasad dimamah usia
baru hendak memakai kopiah di kepala?
hingga jalan berteman tongkat
baru hendak memakai hijab?
menunggu saat ditimpa bencana
baru hendak menghampar sejadah?
menunggu tiba saat sukar
baru hendak mencariNya?
Wahai insan bergelar hamba!
Sedarlah!
Ajal maut kuasa yang Esa
biar hari ini kita
bisa mendaki gunung
siapa tahu esok kita kan pergi?
biar hari ini kita
jutawan berharta
siapa tahu ajal kan datang menjemput kita?
disaat itu
barulah roh kita menangis
merayu-rayu
meminta taubat
pinta dihidupkan semula
berikrar untuk bertaubat
senantiasa beribadat
namun sayang
sudah terlambat...
Wahai insan bergelar hamba...
mari sama-sama kita kembali
pulang semula ke jalan yang lurus
berjuang di jalan Allah
bersama kita menjadi hambaNya yang taat...
termenung : bersyukur, kita semua masih diberi nikmat iman dan islam...tatkala ada yang sudah keluar dari agama Islam..tatkala ada yang hidup diselubungi kemaksiatan tanpa sedikit rasa takut kepada Allah...
terfikir : tatkala kita masih sedar ini...sama2lah kita mengingati sesama kita untuk sentiasa beribadat dan taat kepada suruhanNya..mungkin kan ada saat kita alpa, mohon agar ada yang akan membimbing kita semula ke jalan yg benar...
termenung lagi : syukran Ya Allah atas hadiah yang engkau berikan ini..tidak ternilai harganya.
sama2 kita berfikir : bagaimana untuk kita semaikan Islam ke dalam hidup seharian kita, orang2 di sekeliling kita agar sama2 kita memperoleh kejayaan dunia akhirat...
wassalam
Tuesday, March 16, 2010
~saat terindah bersama mereka
yang mereka miliki
begitu suci tanpa dinodai
anasir-anasir luar
datang melangkah kaki
membawa harapan menggunung tinggi
cuba mendalami ilmu sedalam mungkin
di senggatan masa yang singkat sekali
datang bertandang membawa senyuman
menyejukkan hati ini memandang
terus memanggil kami kakak dan abang
terjalin silaturrahim
terikat satu persahabatan baru
antara kami dan mereka
walau singkat masanya
pelbagai suka dan duka ditempuh bersama
dari sukar berbicara
malu melontarkan kata
kepada yang bisa bekerjasama
bermusyawarah disaat perlu
setiap kata dikota
janji ditabur
amal praktis nilai yang murni
tidak dilambatkan walau sesaat
rasional dalam perlakuan
kawal emosi setiap tingkah laku
semoga amalan terus berkekalan
tersentuh disaat ada yang berani berbicara
menegakkan kebenarn
pertahan diri
dari cuba ditembusi
tombak hitam yang cuba menjatuhkan
mengalir air mata
syahdu
adakah aku sekuat mereka?
tersentuh lagi di saat tangisan mengalir
dari airmata mereka
tatkala saat-saat akhir pertemuan
ternyata kali ini
aku
benar-benar
terkesan
dengan kehadiran mereka
begitu indah potret terlakar dihatiku
walau hanya sedetik
aku sudah mula merindui mereka
masih terbayang senyuman manis
tawa
gurau
senda
serta
tangisan itu.
KKAAXIII DALAM INGATAN
Kumpulan Tiram best!!!
not to be forgotten
kerang, kepah, sotong, obor2, penyu, kuda laut, umang2, udang, bilis, ketam &
thanx to all fasilitator
isz, abg fikri, abg aidy, abg faiz, kak tiena, kak elleyza, arm, malek, amal, ezzat,shah, anis, anne, lily, nurul, hazlin, su, suzie, shafi, nisah, dayah, amirah, kak mai.
juga semua warga kerja kkaa
yaie, kak emy, kak wawa, amirna, wan, liya, kak asma, aini, kak aeja, salman,nal hatta, din, bad, ash, anis, iznan, nadhirah, aiman,asyraf,zaman, ros atia, aya, alan, memer, noh, mizzy, emiza, kak ain, yana, kak hani, kak jiah, rosati sofya,term, fadhil,zati, faidzul, firdaus, dalila, n yg lain yg telah banyak membantu...
arigato gozaimas, syukran!!!
mungkin ini KKAA terakhir bagiku...alhamdulillah ia adalah satu kenangan yg terindah.
fasilitator-bidang baru ku ceburi tahun lepas...adakah jua kan berakhir disini...selama menjadi fasi aku tak pernah menyesal menceburi bidang ni...biarlah orang sekeliling nak kata fasi ni hipokrit. tapi ternyata apa yang aku tahu tiada hipokrit jika kita sama2 memperbaiki diri kita seiring dengan nasihat yang kita taburkan pada adik2.
wassalam.
Friday, March 5, 2010
~Sulaman estetika sahabat
dulu kita sulam
hingga begitu indah tampak
seni dan rona
euphoria tiap detik dan masa
sungguh indah waktu itu
Kini
ikatan sulam itu kian longgar
bisa putus bila-bila
jika ada yang cuba menariknya...
aku dysphoria
dibelenggu pemikiran
mengapa kian hilang keakraban dulu
di mana silapnya?
apa agen etiologi disebaliknya?
apa tidak cukup baik kain sutera itu?
atau tiruankah bebenang emas itu?
mungkin kurang mahir kita menyulam
corak pilihan
atau
mungkin tidak cukup kukuh
ikatan penyudah sulaman itu.
cuba ku baiki
tapi aku buntu
kerna tak tahu yang mana punca
asal-usul keberantakan itu
lalu ku selidiki
memang memakan masa
untuk ku teliti
tiap sudut sulaman itu
aku sayang akan kain sulaman
yang kita bina dahulu
kerna nilai estetika
yang mungkin sukar dicari lagi
mungkin kan bisa jumpa yang baru
namun
tiap sulaman berbeza coraknya
apa yang perlu untuk dipelihara
akan ku peliharakan
biar harus berdepan dengan ego
biar harus bertemankan permainan duka
akanku berguru apa yang perlu
agar bisa ku sulam kembali
renda sulaman persahabatan kita
supaya ia lebih indah
dan lebih kukuh
berbanding dahulu
Monday, February 1, 2010
~MeMeRHati DeNgAN MaTA, AkAL dAn HATi
langkah-langkah kaki
cepat-pantas-perlahan-atau-biasa
tak ramai yang perasan
melihat cara kehidupan
dengan menatap pentas lakonan
disekeliling
dua-puluh-empat-jam sehari
Penuh timba pengalaman
ku cedok hingga mencurah-curah
dari percikan api hingga marak membakar
terus menyala cahaya lilin
atau padam ditiup angin-
batu-batu kelikir
yang besar-atau-yang kecil
dipijak, ditendang, tertolak ke tepi
supaya boleh lalu dengan mudah...
Ada yang terikat kaki meredah belukar
dipenuhi beban melawan arus
tapi tak kenal lelah
jua ada yang ambil jalan mudah
semuanya mahu senang
tapi bibir tak henti mengeluh~
mungkin dia tak kenal pengembaraannya
masih kabur istilah
makna-erti perjalanan hidup.
Ku lihat lagi-
insan bersuara
katanya menegur tapi
tak amal tiap bicaranya...
bersyarah bagai pemidato agung
namun sayang~
tak ramai mahu mendengar lagi
bukan tak menerima kebenaran nasihat
tapi meragui peribadi pembicara.
ada lagi-
yang bersuara dengan emosi
tidak diiringi kewarasan akal
tanpa pertimbangan
tak fikir orang lain..
"yang penting aku bahagia"
mungkin itu tersingkap di jendela mindanya
Tabik pada mereka yang berhujah
berlandaskan rasional akal-Hormat.
Ku lihat lagi-
bicara ukhuwah
setulus mana ikhlasnya sahabat
menjadi teman setiap hari
tapi dibelakang caci mencaci-
ada jua teman merasa keseorangan
tapi sebenarnya dikelilingi ramai teman setia
cuma dia tidak menyedari
dan jua menghargai mereka~
bergurau senda
ketawa-
usik-mengusik
kadangkala terlupa batas perasaan
hingga ada yang ambil hati-
tak bertegur-sepi, asing~
tak kurang jua yang terlalu mudah terluka
padahal tiada apa
namun bisa menjadi agenda besar-terus bersidang dewan sahabat
jua ada yang memendam rasa
demi menjaga apa yang ada
hempedu-dikunyah biarpun peria-ditelan jua
namun tiada yang tahu.
mungkin baginya
kebahagiaan teman adalah kesenangan dirinya.
terus melihat lagi-
serba salah seorang insan
tersepit
diri sendiri atau teman menjadi pilihan
utama teman diri merana
utama diri teman membawa diri
keliru~
akhirnya teman didahulukan
membiar diri tersiksa di hati.
terus lagi memerhati-
ada yang jatuh bangun lagi
dan jatuh bangun lagi
dan jatuh lagi
terus bangun lagi
dan jatuh---
hingga beroleh bintang cita-cita
dan menggapai komet mimpi
tapi ada jua yang hanya tersadung kaki
menundur diri-
terus tak berani lagi.
aku?
terus memerhati
mempelajari gerak tari
kuambil iktibar
ku petik daun pengajaran
dari tiap yang terjadi
untuk ku pakai di waktu perlu..
Saturday, November 7, 2009
~Istimewa buat sahabat
Walau digilis derita
Masih teguh menggalas peranan
Walau dihempas cubaan
Masih gigih menegak kebenaran
Zahir yang terpancar
Dari insan sepertimu
Takkan bisa dimiliki insan biasa…
Berjuang di jalan Allah
Tak pernah gentar
Meneruskan langkah ibadah
Tak pernah berpaling
Selagi misi digenggam
Visi menjadi matlamat
Kau redah segalanya
Demi mencari redha Ilahi
Di saat langkahmu terhenti seketika
Jangan kau kecewa
Dirimu tidak keseorangan
Kau didampingi jiwa-jiwa prihatin
Setia menghulur tangan
Sedia mengiringi langkahmu
Meneruskan perjalanan
Cemburu hati ini melihatmu
Masih tersenyum ceria
Menghadapi semuanya dengan sabar
Allah sentiasa bersama-sama orang beriman
Allah sentiasa bersama-sama orang bertaqwa
Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar
Semoga dirimu dalam kalangan mereka
Yang mendapat kasih sayangNya
Sahabat
Kami mendoakan yang terbaik untukmu
Semoga dikau menghadapi segalanya
Dengan tabah
Insyaallah
Dengan rahmatNya jua
Dengan redha yang Maha Esa
Semoga kita semua mendapat kejayaan
Kebahagiaan
Di dunia dan akhirat
TerMenUng : syukur diberi nikmat dari Allah swt...biasanya kita xpernah hargai apa yg kita miliki, bila dah tiada, nikmat di tarik balik...barulah kita merasai kehilangan...
terFikiR : harus tabah dan sabar menghadapi semuanya...semuanya ujian Allah...kita diberi nikmat,Allah nak uji adakah kita ni hamba yang bersyukur atau tidak...jika nikmat ditarik semula, Allah nak uji betapa sabarnya kita menerima ketentuanNya...apa2pun ujiannya,bersyukur kerana Allah masih mengasihi dan menyayangi kita...Subhanallah ^_^
p/s : untuk sahabatku, semoga kalian tabah menghadapi segala onak duri...Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segalanya...sesuatu yang baik atau buruk...jika kejayaan dan kebahagiaan adalah yg terbaik untuk kita...bersyukurlah, dan jika kegagalan itu adalah yang terbaik untuk kita, redha lah dgn apa yang Allah nak bagi kpd kita..Dia lebih Mengetahui...
Monday, October 19, 2009
~Dia...sabarlah menunggu
SeJaK DeTiK MaTaKu TeRLiNTaS oLeHNYa
HaTiKu BaGai DiTaMBaT...
aDaKaH Dia MiLiKKu?
BiaSaNYa Ku NaFiKaN RaSa SePeRTi iNi
BiLa KuKeNaNG JaNJiKu PaDaKu SuaTu SaaT DaHuLu
MaTLaMaT HaRuS Ku CaPai
SeBeLuM BiSa aKu MeMiLiKi HaTi iTu
NaMuN
TiaP KaLi aKu MeLiHaTNYa
aKu RaSa TeNaNG
WaJaHNYa
SeNYuMNYa BuaT JiWaKu MeLaYaNG
MuNGKiN DiaLaH iNSaN PiLiHaNKu
TaPi aPaKaN DaYa
KaTa JaNJi HaRuS DiuTaMa
aYu...
MaNiS TiNGKaH LaKu
CeRia...
SeTia PaDa aGaMa
MeLaYaRi BaHTeRa KeHiDuPaN
MeNuJu DeSTiNaSi aBaDi
BiaRLaH DuLu
BiaRKu SiMPaN RaSa HaTiKu
JiKa BeNaR Dia MiLiKKu
PaSTi BeRSua KeLaK
JiKa TiDaK
MuNGKiN aDa YaNG LaiN uNTuKKu
SaBaRLaH MeNuNGGu...

Friday, October 2, 2009
~BiCaRa PeMiKiR I

MeReNuNG, FiKiR, TeRMeNuNG TeRuS JauH
DiaLun GeLoMBaNG aKaL- hanyut.
aPa MeNaNTi, TeRJaDi?
KeNaPa BeGiTu?
Di SaNa, Di SiNi,Di SiTu...
TeRBaYanG TsuNAMi MeLaNDa, WaBaK inFLueNZa...
PeRBaLaHaN BaNGSa,
TaK KeNaL eRTi BeRBaHaSa- sesak minda.
TeRCaBaR SaBaN HaRi
DiGiLis BaTu BeRGoLeK DaRi aTaS- menimpa diri
CuBa LaRi, TaKKaN DaYa
SeBeSaR BaTu iTu HaNYa BiSa DiHaDaPi
JiKa TeRuS LaRi
KaN DiKeJaR BaGai PeLuRu BeRMaTa
KaTa BeGiTu BeRaNi
HuJaH TeRSuSuN RaPi...
MeNGHuJaNi DeRia MeNDeNGaR HiNGGa
PeNuH CoRoNG CuPiNG TeLiNGa- tapi
KeSaL SeKaLi
BiCaRa HaNYa BeRaNi
aRaH SuaRa BeGiTu BeGiNi
TiBa SaaT BeRaKSi
iNSan LaiN YaNG MeNaNGGuNG, MeMiKuL
BeRaT BeSi, SeBeRaT PeSaWaT Airbus~kesal sungguh.
SeLeSai BiCaRa PuNYa KeRJa
YaNG DiBuaT BuKaN oLeH PeMBiCaRa
DaTaNG Dia YaNG BeRBiCaRa TaDi...
BaNGGa!!!
DeNGaN YaNG SuDaH SeLeSai SeMPuRNa
NaMuN BuKaN Dia YaNG MeNGaRaH MitoKoNDRia
KiLaNGKaN ATP, BeRMeTaBoLiSMe SeMua SeL
uNTuK SeMua iTU...
-GoYaNG KaKi...Tika MeReKa iNi SiBuk
MaLaM BeRTuKaR SiaNG
SiaNG TeTaP SiaNG
BiLaNYa MaLaM?-entah, tak teratur.
iNGaT!!!
BiLa KiTa DiSiTu
NaiK Di aTaS iTu, YanG iTu...
iNGaTLaH RaSaNYa JaDi YaNG DiBaWaH SiNi.
ToLoNGLaH , JaDiLaH YaNG BeTul-BeTuL ~ PeNuH CiRi YaNG SePaTuTNYa
JaNGaN HaNYa GaH MeMeGaNG NaMa~
DaRJaT DaN PaNGKaT iTu BuKaN SeKaDaR HiaSaN
DiGaNTuNG Di DiNDiNG, "HaLL oF FaMe"
BuaT TaTaPaN PeMeRHaTi
'WaH HeBaTNYa'
JaNGaN!!!
LaKSaNa SeTiaP LaNGKaH...
iKuT PRoSeDuR DaN aTuRaN TeRaRaH
JaDi iNSaN auToRiTi YaNG DiSeGaNi
BuKaN DiBeNCi-SaKit Hati
SaMPai JaDi GeMPa BuMi~ 9.9 skala ritcher
Hey KaMu!
BiLa SuDaH TeRiMa
JaNGaN HaNYa SuKa-SuKa
aDa aPa PaDa NaMa
JiKa uSaHaMu TiaDa~
TuLuSKaN HaTi
JiKa TiDaK oRaNG TaK SuKa
JaNGaN LeKa NaNTi DeRiTa
MeRaNa, TaK BeRMaYa
TiNGGaL SeORaNG TaK BeRDaYa
NaNTi TeRTaNYa-TaNYa SeBaBNYa...
-LaGi MaHu TaNYa?

Wednesday, September 2, 2009
~kata
Maaf bukan ku tak percaya
Ku tak berpegang penuh pada kata-kata
Selain terbukti ternyata
Benar dan terlaksana
Kisah dulu
Waktu itu
Masa terdahulu
Bisa menggambarkan apa
Yang mungkin berlaku
Hari esok
Detik mendatang
Kerisauanku hari ini
Telah tertunjuk
Didepanku
Yang baik mahupun buruk
Kedua-duanya sekali
Terdiam aku seketika
Kelu…
Masakan bisa mengundur
Sedangkan belum
Melangkah ke hadapan
Kecewa…
Namun
Dengan setiap langkah mereka…
Begitu gah ke hadapan
Walaupun mereka berbicara
Mereka
Itu ku mahu
Sudah
Cukup bermain dengan hujah berbisa
Ini bukanlah permainanku
Perdebatan kata pasti ku kecundang berbicara
Aku insan lemah
Hanya terdiam
Mungkin itu langkahku
Caraku tak sama
Tapi aku akan pastikan setiap langkahku
Mantap
Bukan sekadar panahan bahasa
Setelah ku letakkan batu amanah
Jangan biarku hilang percaya
Kerna sudah hampir kepada itu
Aku tak mahu

Tuesday, July 7, 2009
~pena dan tinta
yang terbuku mengalir mencurah
sederas air di jeram
sekeras batu kelikir
sesukar mana yang terpendam
tersusun indah menjadi syair
Bila tinta mula menari
abadi kisah wangi berseri
disulami senyuman
berbenang sutera asli
walau belacu kain asasnya
girang di hati boleh dibaca
Bila coretan terus beraksi
luka dan pedih
onak berduri
takkan gentar lagi dilalui
kerna sudah sembuh berani
setelah terluah racun di hati
Bila nukilan dihitam putih
tergambar cerita imaginasi sendiri
walau karya tidak teragung
namun
kekal dihati
tiap hati yang mengerti
pena dan tinta
coretan mahupun nukilan
indah terukir
tersemat di minda
nyata mampu
mengusik jiwa
menawan sanubari
yang akan terus berkarya,

termenung : suka karya2 Dato' A Samad Said...sajak beliau byk menceritakan ttg kehidupan masyarakat di sekeliling...
terfikir : apa karya seterusnya..??sedang mencari ilham..
Lagi satu, tajuk sajak ni cam x sesuai jer...ada cadangan???
Tuesday, June 23, 2009
~masa?

-kaku-
masa?
terus berlalu
duduk
-bisu-
masa?
tetap berlalu
penat
-tunggu-
masa?
masih berlalu
bosan
-kelu-
masa?
terus berlalu
nanti
-menanti-
masa?
takkan berhenti
risau
-menanti-
masa?
tak mungkin berhenti
letih
-menanti-
masa?
tak bisa berhenti
--akhirnya!!!!!--
puas
-tertunggu-
masa?
memang tak tunggu
puas
-menanti-
masa?
tak mungkin berganti

termenung : masa
terfikir : fikir lagi...masa..
Friday, June 12, 2009
~
MeNDeNGaR SeMua iTu...
TaKKaN BiSa
aKu MeNaHaN TuSuKaN LiDaHMu
aDaPuN YaNG TeRMaMPu
HaNYa MeNGeRaNG PeRiT Di HaTi
TaNPa SeBaRaNG SuaRa
WaLau SeDiKiT BiSiKaN KeCiL
KeNaPa PeRLu aDa HuJaH CeMBuRu
YaNG MeMBuaT HaTi iNi PiLu!!
aPa Kau TaK PeRNaH TaHu?
LuKa GuRiSaN iTu aMaT SuKaR PuLiH?
BaGai TeRTuSuK DuRi...
WaLau TaMPaK KeCiL
TaPi BiSaNYa SuNGGuH PeDiH
TaK TeRTaNGGuNG...
aKu
TaK SeHeBaTMu DaLaM BeRBiCaRa
DeBaTMu TaKKaN Ku BoLeH TeMPiS
SeKiaN LaMa Ku DiHuJaNi RiBuT KaTaMu
aKu
SeoLaH TiDaK MeNDeNGaRNYa LaGi
LaLi...
NaMuN JauH Di SuDuT HaTi...
YaNG MaSiH LaGi HiDuP uNTuK PuNYa PeRaSaaN
aKu
MaSiH TeRGuRiS DeK ToHMaHaNMu...
SaMPai BiLa?
Kau MaHu SeKSa
iNSaN-iNSaN Di SeKeLiLiNGMu
DeNGaN GeRaK BiBiRMu iTu...
HeNDaK Ku BiaR...
NaMuN aKu TaK ReLa
HeNDaK Ku LaWaN
Kau BuKaNNYa MuDaH DiTaWaN...
MuNGKiN MaSa Jua YaNG aKaN MeRuBaH SeGaLaNYa
aTau
MuNGKiN KaN aDa iNSaN LaiN
YaNG LeBiH NaHu
iSTiLaH BiCaRa..
TeRMeNUnG: TeKa-TeKi Imam Ghazali, apakah yang paling tajam sekali di dunia ini??jawapannya: lidah manusia...
TeRFiKiR : Takut2 kalo ada terguris perasaan sahabat2 sekalian,sama ada secara sedar mahupun kurg sedar dan separa sedar serta secara tidak sedar ..maafkan saya ya.. =)

Monday, June 8, 2009
~NaMuN SaMPai BiLa?
ekceli agak sibuk cket, wpun cuti...ada keje kena wat...
jgn malu jgn segan...kalo ada kekurangan silalah bagi komen anda supaya sy leh improve my writing ...okeyh!!
Aku rasa kehilangan
Jiwa kosong tak berisi...
hati sunyi
tanpa cinta hakiki...
nafas demi nafas
tiada lagi bererti...
Mungkin aku terlalu jauh dariNya
Aku hilang akan kasih sayangNya
atau aku yang
lari dari petunjukNya
Aku sedar...
Lidahku telah lama bisu
dari menyebut kalimahNya
Mataku buta
dari melihat kekuasaanNya
tangan kakiku kudung
dari beramal mengakui kebesaranNya
Hatiku buntu
dari mengingatiNya
Harusku katakan...
betapa bodohnya aku
hinanya diri ini...
hanya menumpang hidup
di bumiNya
tapi
tidak akur dengan suruhanNya
Seharusnya
diri ini tidak selayaknya
terus bernafas lagi
menikmati kurniaan ciptaanNya...
Tapi Dia
Maha Mengetahui
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Walau diri alpa senantiasa
lena dibuai mimpi duniawi
Dia
masih memberikan saat ini...
dan detik seterusnya
bagiku kembali...
menyedari kekhilafan diri
Namun
sampai bila?
baruku...
benar-benar mengabdikan
seluruh jiwa raga
pada yang Maha Pencipta
agar naluriku
disuluhi sinar keimanan...

Monday, April 13, 2009
aKu KeLiRu


aKu KiaN MeNGeRTi...
KeNaPa?
MeNGaPa?
YaNG SeLaLu BeRMaiN Di HaTi
KiNi...
HaMPiR TeRJaWaB PaSTi
aKu SuDaH FaHaMi
YaNG SeLaMa iNi KuRaNG JeLaS
KaBuR...
JaDi KiaN TeRaNG
iTuLaH SeBaBNYa...
TaPi HaTi iNi MaSiH TeRTaNYa-TaNYa...
KeNaPa PeRLu?
MeNGaPa BeGiTU...
aPaKaH HaTi iNi TaKKaN PiLu...
MeNYaKSiKaN KeBeNaRaN iTu?
MaMPuKaH TeLiNGa iNi...
MeNDeNGaR SeMua iTu?
NaMuN SeTeLaH aKu TaHu...
aKu SeDiKit BeRNaFas LeGa
KeRNa Ku TaHu aPa YaNG PeRLu Ku TaHu
TaPi Di SeBaLiKNYa...
SeKePiNG HaTi iNi
MaSiH KeLiRu
HaRuS aKu TeRiMa SeMua iNi?
HaRuS aKu TeLaN SeMua iNi?
DaN TeRuS TeRSeNYuM WaLau HaTiKu TeRGuRiS...
aTau
MuNGKiNKaH KaN BeRMuLa SeBuaH LaGi EpiLoG KeDuKaaN

130409 0730
NASIRIN
Tuesday, April 7, 2009
aNDai aKu TiaDa eSoK

maafkan aku...
atas segala kesulitan
segala kekurangan
segala kesengsaraan
yang telah aku bawa kepadamu
aku tahu banyak silapku padamu
walau kau tak pernah ungkitkan...
Andai aku tiada esok
tinggilah harapanku untuk bertemu denganmu
menatap wajahmu...
berbual bicara denganmu
kerna mungkin ia kali terakhir buatku...
bersama insan sepertimu
walau mungkin aku bukanlah sesiapa untukmu...
Andai aku tiada esok
akanku simpan memori manis kita
tawamu, senyummu dan kata-katamu...
kan ku pahat di hati ini
takkan kulupa
walau mungkin kau takkan buat begitu...
Andai aku tiada esok
ku harap kau terus bahagia
dengan hidupmu...
mengejar cita-citamu
menggapai apa yang kau hajati
walau aku tersungkur di sini...
Andai aku tiada esok
mungkin kau tak akan merasai kehilanganku
mungkin tiada kesedihan buatmu...
kerna ku tahu
kau punya ramai teman yang setia menemanimu...
tapi ku ingin kau tahu...
akanku tangisi perpisahan ini...
kerna kau sentiasa sahabatku
dahulu kini dan selamanya...
Monday, March 16, 2009
CEria YaNg TiaDa
Puas ku mencari...
Ke mana kau berlari...
hingga tak mampu ku kejar...
Setelah sekian lama kau menghilang...
aku di sini...
terkapai-kapai...
kelemasan...
Setelah sekian lama kau tiada...
aku di sini...
bagai insan yang hilang akal...
Kembalilah...
aku amat memerlukanmu...
pemergianmu...
menyebabkan aku hilang senyum...
tiada lagi tawa di pipi...
Kalian yang mendengar...
bantulah aku...
pimpinlah tangan ini....
pandulah aku...
mencari semula keceriaan diri ini...
ku kehilangannya akhir-akhir ini....
160309
Friday, March 13, 2009
Kau yaNG BaGaiMaNa?
Kau BeGiTu...
HaRi iNi
Kau BeGiNi!!!
eSoK
eNTaH BaGaiMaNa???
Kau MeNJaDiKaN aKu GeLiSaH
GuNDaH
RiSau...
KeRaNa TiaP HaRi Kau BeRLaiNaN...
BeGiTu SuKaR uNTuKKu FaHaMi
BeGiTu RuMiT uNTuKKu SeLaMi...
BaGaiMaNaKaH DiRiMu YaNG SeBeNaR?
aPaKaH WaRNaMu YaNG SeBeNaR?
130309