Bila pena membuka langkah
yang terbuku mengalir mencurah
sederas air di jeram
sekeras batu kelikir
sesukar mana yang terpendam
tersusun indah menjadi syair
Bila tinta mula menari
abadi kisah wangi berseri
disulami senyuman
berbenang sutera asli
walau belacu kain asasnya
girang di hati boleh dibaca
Bila coretan terus beraksi
luka dan pedih
onak berduri
takkan gentar lagi dilalui
kerna sudah sembuh berani
setelah terluah racun di hati
Bila nukilan dihitam putih
tergambar cerita imaginasi sendiri
walau karya tidak teragung
namun
kekal dihati
tiap hati yang mengerti
pena dan tinta
coretan mahupun nukilan
indah terukir
tersemat di minda
nyata mampu
mengusik jiwa
menawan sanubari
yang akan terus berkarya,
termenung : suka karya2 Dato' A Samad Said...sajak beliau byk menceritakan ttg kehidupan masyarakat di sekeliling...
terfikir : apa karya seterusnya..??sedang mencari ilham..
yang terbuku mengalir mencurah
sederas air di jeram
sekeras batu kelikir
sesukar mana yang terpendam
tersusun indah menjadi syair
Bila tinta mula menari
abadi kisah wangi berseri
disulami senyuman
berbenang sutera asli
walau belacu kain asasnya
girang di hati boleh dibaca
Bila coretan terus beraksi
luka dan pedih
onak berduri
takkan gentar lagi dilalui
kerna sudah sembuh berani
setelah terluah racun di hati
Bila nukilan dihitam putih
tergambar cerita imaginasi sendiri
walau karya tidak teragung
namun
kekal dihati
tiap hati yang mengerti
pena dan tinta
coretan mahupun nukilan
indah terukir
tersemat di minda
nyata mampu
mengusik jiwa
menawan sanubari
yang akan terus berkarya,
termenung : suka karya2 Dato' A Samad Said...sajak beliau byk menceritakan ttg kehidupan masyarakat di sekeliling...
terfikir : apa karya seterusnya..??sedang mencari ilham..
p/s : sudah tiga hari berada di kolej, baru hari ini boleh online...wireless ada problem kot...so far kelas dah dua hari, biasala...introduction lecture...2nd year ni kena amik 4 subjek : Parasitology, Pharmacology, Pathology dan Medical Microbiology...semoga berjaya di tahun kedua ini!!! Chayok!!!
Lagi satu, tajuk sajak ni cam x sesuai jer...ada cadangan???
Lagi satu, tajuk sajak ni cam x sesuai jer...ada cadangan???
1 comment:
nak thu2~~~
kawen2 versi lelaki~~`
sila buat!!!!!!!
Post a Comment