Showing posts with label coretan saja2. Show all posts
Showing posts with label coretan saja2. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

~Fasa Tiga B Junior-sedikit ulasan

Salam alaik..
Salam Sejahtera untuk semua pembaca.

Fasa 3B Junior atau Tahun 4 MBBS. dah masuk bulan ke 3 aku bergelar pelajar tahun 4.
habis saja final MBBS phase 3A (Tahun 3) tempoh hari, aku telah ditempatkan ke 4 department clinical

Satu. Department of Otorhinolaryngology (ENT-ear nose & throat)

Dua. Department of Ophthalmology (Eye)

Tiga. Department of anaesthesiology

Empat. Department of emergency medicine (Trauma dan kecemasan)

Setiap posting tu sekejap je. kami katakan sebagai minor posting. 2 minggu untuk setiap posting. Banyak benda baru dapat dipelajari. dan paling aku minati posting trauma dan kecemasan. mungkin aku nak jadi emergency doctor satu hari nanti. nak specialized dalam bidang ni. tetapi mungkin terlalu awal untuk buat keputusan. masih ada setahun lagi untuk Tahun akhir dan 2 tahun housemanship untuk ku fikirkan halatuju kepakaran untuk dipilih. buat masa ini, ikut sahaja rotation yang telah ditetapkan.

ok. sekarang untuk 2 bulan ni, aku tengah buat elective project. kira buat research. so aku xda kelas untuk 2bulan ni sampai la januari nanti. elective aku tentang sleeping disorder among UM medical students. hanya questionnaire. mungkin nampak mudah. questionnaire je pun, pastu wat kat medical student populations. senang je kot. orang lain wat gempak2 punya study. more on clinical basis which involved patients in the hospital. lepas habis semua tu nanti kena wat report. maka hbislah elektive dan disambung dengan posting balik.

after elective aku akan di tempatkan ke department of gynaecology (sakit puan) selama sebulan dan department of primary care medicine (outpatient clinic) selama sebulan juga. dan dengan itu berakhirlah tahun 4 ku sebagai pelajar perubatan UM.

lepas tu nanti i'm officially final year medical student (Phase 3B senior) from march 2012 until april 2013.
all the best to myself and to all my colleagues. let's gain as much knowledges and skills now to prepare us to become a good, competent and skillful doctors so that we can serves the public. Insyaallah.

Wassalam

Wednesday, November 9, 2011

~sedikit kata yang tertulis

Salam alaik.

mari ku coretkan di sini. aku tak bisa luahkan dengan lisan kerna tulisanku lebih lancar dari bicaraku. itu aku.
mungkin aku bukan insan yang sesuai mahupun layak untuk berhujah di sini. aku bukanlah seorang wira mahupun pendekar. lagilah bukan seorang ilmuwan agung. setakat ilmu secetek ini mungkin kau kan rasa "ek eleh, ko sapa nak cakap mcm tu?"

tambah lagi, aku ni bukan pernah rasa apa yang kau pernah rasa. apa yang kau pernah lalui. kesukaran. kepayahan. kedukaan. kesedihan. keperitan dan segala bagai ke".."an yang lain.

semua ini bermain di minda ku, di saat setiap kali aku cuba untuk berbicara menasihati atau menegur orang.

"jalan kau lain. jalan aku lain. jalan yang kau lalui mudah. jalan yang aku lalui tak begitu senang". mungkin itu kata hati kau. "diam boleh tak. kau tak rasa, senang lah kau nak cakap apa". kata kau lagi.

aku jadi lagi diam. tak mampu berbicara. hampir terhenti nafas. fuh fuh.. tercungap-cungap.

niat cuma ingin berada di sisi memberi sedikit sokongan dan dorongan.
apa-apa pun tak kira kau nak cakap apa. biar aku bicara melalui coretan ku ini. kau tak perlu dengar. hanya perlu baca.

dengar sini. maaf. hayati ayat-ayat yang bakal ku coretkan di sini.

apa pun yang terjadi, ku harap kau tabah. dugaan yang Allah bagi kepada kita tandanya Dia masih ingat dan sayang kita. Lagi hebat ujian yang diberi pada kita, lagi sayang Allah pada kita. Cuba tengok balik kisah-kisah para rasul, para nabi..betapa hebatnya, betapa sukarnya ujian yang Allah turunkan pada mereka. tapi ternyata darjat mereka disisi Allah sangat tinggi. dan ingatlah ujian yang Allah turunkan kepada kita ada tujuannya, bukan sia-sia. Segala aturan yang Allah telah tetapkan ada sebabnya. Allah itu Maha Mengetahui.

ujian-ujian ni juga nak uji sejauh mana keimanan kita kepada Yang Maha Esa.
Firman Allah SWT,  "Jangan kamu mengatakan kamu sudah beriman, sedang kamu belum diuji".
jadi, bersyukurlah kita andai kita insan-insan yang terpilih diuji Allah dengan ujian yang hebat.
teringat pulak lagu Rahmat Ujian dari Mestica "..Harus ada rasa bersyukur, Di setiap kali ujian menjelma, Itu jelasnya membuktikan, Allah mengasihimu setiap masa, Diuji tahap keimanan, Sedangkan ramai terbiar dilalaikan, Hanya yang terpilih sahaja, Antara berjuta mendapat rahmatNya.." lagu ni betul-betul menusuk kalbu bila kita hayati bait-bait liriknya. kadang-kadang bila aku rasa tertekan aku dengar lagu ni. sekadar menghibur hati. ye sebaiknya kita ambil wuduk, solat, dan baca Quran. Insyaallah hati akan tenang. luahkan perasaan kita kepada Dia. Dia Maha Mendengar. mengadu lah puas-puas dekat Allah. Allah suka pada hambaNya yang meminta pertolongan pada Dia.

mari sini, nak sambung lagi.. terkadang tu pernah jugak rasa sangat2 tertekan sangat bila diuji ni. dah buat macam-macam, tapi hati masih gundah gulana. mungkin sebab hati yang ada dalam diri dah hitam sangat. hati dah merajuk dengan kita. bila masa-masa macam ni baru nak cari Allah. bila senang leka, alpa, lalai. bila waktu-waktu macam ni..pujuklah hati kita, kembali mengingati Allah.
macam ni, kita mesti fikir ujian ni dah cukup berat untuk kita kan? pernah tak kita fikir ada orang ujian nya jauh lagi hebat daripada kita, jauh lebih sukar. kadang-kadang tu bila tengok, kita terfikir macam mana diorang boleh hadapi semua tu. mungkin dengan cara ini kita akan lebih redha dengan apa yang kita lalui.
mungkin cari seorang sahabat yang rapat dengan kita. luahkan segala apa yang terpendam. mungkin kau akan rasa lebih lega.

banyakkan zikir. sendiri. ataupun berdamping dengan siapa-siapa yang sentiasa berzikir. sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. pergilah tepi sungai, tepi laut, masuk hutan ke, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan sentiasa berzikir kepada Allah.
mungkin setakat itu sahaja yang mampu aku coretkan di sini. sedikit peringatan untuk aku juga.maaf andai sepanjang perkenalan kita aku ada buat salah dan silap. yang aku sedari mahupun tidak aku sedari. apa yang aku harap kau tak berputus asa. berusaha lagi. tabah dan terima semuanya. aku sampaikan doa dari sini.

wassalam

Tuesday, November 8, 2011

~kembali menulis

Salam alaik..
Salam sejahtera.

Bicara kembali bersua ditatapan mata.
setelah seberapa purnama berdiam sepi bahasa.
ingin kembali mengukir coretan-coretan hati.
yang setelah sekian lama terkubur sendiri.

ini bukan pantun cuma empat baris ayat yang disusun empat kerat.

sudah jelas agaknya maksud disebalik empat ayat tersebut.
Tanpa perlu saya jelaskan.
pasti anda sudah faham.

ok lah.
secara ringkasnya.
setelah lama x menulis dalam blog ni, saya nk kembali berwacana.

itu sahaja buat masa ini.
wassalam

"Masjid tempat ummat beribadah, bersama beramal dengan berjemaah,
itu tanda kuatnya ummah, membuat musuh terasa gundah"

Wednesday, August 24, 2011

~update selepas dapat result

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. yang memberikan kita nafas lagi hari ini untuk masih berada dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Pejam celik hari ini sudah 24 Ramadhan..tinggal beberapa hari lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita.

Syukur juga dengan rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah telah kurniakan diri ini dengan kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. Moga-moga dengan kejayaan ini menjadikan diri ini lebih dekat denganNya, insyaAllah.

Namun, seperti biasa, Allah masih nak uji sebahagian daripada kita, ada juga sahabat-sahabat yang perlu mengharungi satu lagi ujian sebelum memasuki Fasa IIIB Junior ni. Semoga Allah tabahkan hati mereka, dan permudahkan segala urusan mereka. Amin.

Sebenarnya, bukanlah kegagalan sahaja merupakan satu ujian, malah kejayaan juga merupakan ujian buat kita. Allah uji dari segi sejauh mana kita bersyukur dengan pemberianNya ini. Adakah selepas ini kita masih lagi di takuk yang lama, atau mengambil satu anjakan paradigma dan mengolah langkah setapak kehadapan dalam menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya. Satu ujian yang sangat besar. Moga-moga dapat mengharungi ujian ini, takut kalau Dia tarik balik nikmatNya.

sekian sahaja update kali ini.
Bakal pulang ke Sarawak Jumaat ini.
Tak sabar nak berbuka puasa dengan ibu dan ayah dan keluarga.
=)

Wassalam

Saturday, July 30, 2011

~Masanya kian tiba...

Assalamualaikum..

dup dap dup dap dup dap...jantung berdegup makin kuat...

tik tik tik tik tik tik...masa berdetik macam biasa..tp perasaannya seperti ia berdetik dgn sangat pantas.

Hari ini dah sabtu..LUSA kita semua akan mula melangkah ke bulan Ramadhan yg penuh berkah.

Jadi di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada anda semua yang mengenali diri ini andai sepanjang perkenalan ada buat salah dan silap, terlanjur kata, tersinggung perasaan, terkasar bahasa serta yang sama waktu dengannya secara sengaja atau pun tidak. Kepada pembaca2 semua saya juga nak minta maaf andai ada penulisan saya disini yang menyinggung perasaan kalian.


DAN...

Lagi seminggu nak final exam...

DOAKAN KEJAYAAN KAMI SEMUA DALAM MENEMPUHI PEPERIKSAAN INI. DOAKAN AGAR SEMUANYA DIPERMUDAHKAN ALLAH SWT. DOAKAN KAMI AGAR DAPAT JAWAB SOALAN DENGAN MUDAH. DOAKAN KAMI AGAR DILANCARKAN LISAN UNTUK MENJAWAB SOALAN PEMERIKSA.

INSYAALLAH...

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DAN LEBIH BEMAKNA BERBANDING TAHUN-TAHUN SUDAH.
SEMOGA KITA SEMUA MEMPEROLEH KEBERKATAN SERTA RAHMAT SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI
PERBANYAKKAN AMAL IBADAT SERTA ELAKKAN KEMUNGKARAN.

WALLAHU'ALAM

Friday, July 22, 2011

~berakhir sudah posting di Klang

Assalamualaikum..

Salam pembuka bicara buat semua pembaca budiman.


Maka dengan ini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang serta Asrama Perubatan Universiti Malaya Kampus Klang kerana esok (sabtu 23/7/2011), kami pelajar2 perubatan tahun 3 akan kembali semula ke Kampus UM di Pantai Dalam.

Sangat tak sabar sebenarnya nak balik UM semula. cukuplah sudah setahun menetap di Klang ni. Bukan bermakna Klang tak menyeronokkan ye. No offend ya..cuma cukuplah sudah hari2 ku lalui sebagai pelajar tahun 3 ni. tahun clinical pertama bagi kami.

Dalam masa yang sama juga sangat takut sebab balik UM ni, dalam masa 2 minggu akan dtg..oh tidak...sangat menakutkan...hanya Tuhan yang tahu apa yang ada di dalam hati kami ini. Peperiksaan Akhir Fasa 3A MBBS UM. akan berlangsung dari 8/8 hingga 26/8.

Sekadar pengetahuan anda, berkaitan dengan fasa2 ni..mungkin ada yg x tahu lagi..Ada 5 fasa nak amik medik UM ni..
  • Fasa 1 - Tahun pertama
  • Fasa 2 - Tahun kedua
  • Fasa 3A - Tahun ketiga
  • Fasa 3B (junior) - Tahun keempat
  • Fasa 3B (senior) - Tahu kelima
Fasa 1 dan 2 adalah fasa teori atau pre-klinikal.Memang kerjanya membaca,memahami serta menghafal di depan buku2 yang banyak. Fasa2 ni nak dedahkan pasal ilmu sebelum masuk tahun klinikal. Antara subjek2 yang kami belajar untuk fasa 1 adalah Anatomy, Physiology, Biochemistry. Dan untuk Fasa 2 parasitology, pharmacology, medical microbiology serta pathology. sekadar perkongsian untuk sapa2 atau adik2 sapa2 yg bercadang nak amik medik.

Oh..untuk fasa 1 dan 2 ini anda kena duduk dua exam besar. Untuk naik fasa ni anda kena lulus exam tu. kalo x repeat fasa yang sama.

Kemudian masuklah tahun klinikal. more on to practical. pergi wad, jumpa patient. itulah kerja kami hari-hari. xmaw cerita panjang lagi pasal klinikal ni. ada masa nanti saya kongsikan lagi..

Apa2pun doa kan saya dan semua kawan2 saya di UM ni untuk final exam kami ya. Kami nak jadi doktor yang baik dan berguna kepada masyarakat insyaallah.

Exam kali ni berlangsung sepanjang bulan Ramadhan . Insyaallah, moga2 mendapat keberkatan dalam bulan ramadhan ni.

Wassalam.

Sunday, May 29, 2011

~Melaka memang best...

Assalamualaikum...
salam sejahtera....

hujung minggu atau lebih spesifik hari sabtu ku dipenuhi dengan aktiviti berjalan-jalan.

Pergi mana?

dah tajuk kat atas "Melaka memang best", mestilah pergi Melaka...ye dok??

welcome to Melaka 
                                                                                ^_^
Melaka memang ada banyak traffic light... 
  
menara taming sari... 

asalnya pergi Melaka untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan Kakak kepada coursemate Monty Mont...
tetapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...

sambil menyelam minum air...tu pepatah melayu la...

alang-alang dah kat Melaka, ambil lah kesempatan jalan2 sikit kat Bandar Hilir...

al-kisahnya, disebabkan ramai coursemate yg lain dah balik..maka tinggallah diri ni, Hilmi & Talhah bertolak dari Asrama UM kampus cawangan Klang jam 11.15 pagi sabtu tersebut...trafik mula2 bergerak lancar..tetapi mula bergerak perlahan dari Nilai Ke Seremban...maka dengan itu tibalah kami di Melaka pukul 2 lebih..

sampai2 terus mencari rumah kawan kami ni...

sampai kat situ, saudara Mont dah menunggu kehadiran kami...apalagi, dah namanya kenduri kahwin maka teruslah kami dijamu dengan pelbagai juadah <--bunyi macam raya la plak kan...
 inilah mont...
  
makanan yg sedap... 


mont dan hilmi..

band yg wat performance...


lama jugak kami kat rumah tu...berbual2 , amik gambar sikit sambil layan band yg memang happening gila hari tu...apa2pun terima kasih tuan rumah sebab jemput kami datang...lepas ni giliran Mont la pulak ye...hehehe...

dari rumah MOnt, kami bertiga pun terus menjelajah ke Bandar Hilir...sebelum tu Solat jangan lupa ye kawan2...kewajipan kena selesaikan dahulu...kami singgah di Masjid Negeri Melaka...
inilah kapal...sorry lupa nk rotate..

  
depan mahkota parade

  
menara berputar taming sari... 

disebabkan perjalanan ini bukanlah dirancang, dan bukanlah jua suatu percutian dan dalam keadaan yang kurang bersedia, kami redah je..jalan-jalan cari ...cari apa pun xtau...

mula2 kitorg g la dekat kawasan sebijik kapal besar tu...punyalah ramai orang beratur nak naik kapal tu...snap2 gambar sikit kami pun pusing2 la dekat Melaka Megamall, Hatten Square & Mahkota Parade tu...

kapal tadi...versi tak perlu sengetkan kepala

sangat seronok...dan agak tercabar jua dengan Sale dan jualan2 murah yang sedang berlangsung...gerammm.....

lepas ni kami merancang nak shopping area sini la...barang2 pun baik punya..harga pun best....insyaallah ada rezeki nak datang lagi lain kali dengan perancangan yang lebih baik...apa2pun kita hanya mampu merancang Allah jua yg menentukan segalanya...

disini dihidangkan sedikit gambar kat sana..... ^_^
big lolypop... 

bergambar bersama pussy in boots
  

  
transformers 
  
nur kasih...hilmi nk jadi hero utk nur kasih the movie 2...

termenung: esok dah bermula posting baru!!!

terfikir : bersedia ke tidak ni???

terfikir lagi : tinggal 71 hari lagi nak final exam..Allahuakbar!!! 

Thursday, May 26, 2011

~ tahniah

Assalamualaikum...

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...detik dan saat ini kita masih lagi diberikan nikmat untuk bernafas serta menjalani kehidupan seharian kita dengan kesihatan yg Allah kurniakan.

Tiada apa-apa yg menarik untuk post kali ini. Sekadar meng'update' kisah2 yg berlaku...

Tahniah diucapkan kepada pelajar2 perubatan Fasa 1 dan Fasa 2 MBBS UM yg dah dapat keputusan mereka. Alhamdulillah. Kepada sahabat-sahabat yang tak berjaya, jangan berputus asa. Ujian Allah berikan kepada kita hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNYA. Teruskan berusaha serta perbanyakkan amal ibadah kepadaNYA..Insyaallah, moga2 Allah Permudahkan segala urusan kita. Lebihkan usaha untuk supplement nanti.

FASA 1 DAN FASA 2 dah selesai...kini giliran kami pula FASA 3A. Alhamdulillah minggu ni baru sahaja selesai End Of Posting Exam. Saya ditempatkan di posting SURGERY. Selepas ini pula, kembali ke posting MEDICINE. Kembali ke Wad Perubatan. Insyaallah ini merupakan posting terakhir di Hospital Klang ni, sebelum melankah kaki pulang Ke UM untuk peperiksaan akhir MBBS Fasa 3A bulan Ogos nanti.. Kalau ikutkan kiraan, hari ini tinggal 74 hari lagi sebelum peperiksaan itu.

Semoga yang baik2 sahaja untuk waktu itu...Alhamdulillah, exam tu nanti dalam bulan Ramadhan yang pernuh barakah. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan al-Mubarak itu nanti serta Rahmat Allah segalanya berjalan dengan lancar. Doakan kami ya.

Setakat ini sahaja dulu...

Jaga Iman, Jaga Solat, Jaga Akhlak.

Wassalam...

Saturday, March 5, 2011

~renung balik

Assalamualaikum...

salam sejahtera kepada semua pembaca budiman...



baru sedar dah sangat la laaaaaaamaaaaaaaaaaaaaa dah tak update blog ni (*actually dah sedar lama tp xde idea nak tulis apa, time ada idea ada tangan ni pulak malas nak menaip*)-->okeyh, alasan ni sepatutnya dah xleh nak terima, ramai dah guna alasan mcm ni even dah pernah guna pun sebelum ni..

okaylah: update terbaru tentang diri-->baru sahaja habis posting medicine! yeay!-->kegembiraan dan kelegaan buat seketika. sebab lepas ni adalah posting surgery and then medicine balik dan seterusnya adalah FINAL EXAM!!<--tanda seru sebesar2nya dan telah di'bold'kan.

pejam celik pejam celik, dah dekat nak habis dah fasa IIIA MBBS ni...tak terasa dah menapak selama lebih 6 bulan kat HTAR. masa bukanlah persoalan besar disini. tapi apa yang ingin saya tekankan adalah sebanyak mana masa yang telah aku manfaatkan sebaiknya dalam usaha mencari sesuap ilmu (jap2, ada ke org pakai penjodoh bilangan sesuap untuk ilmu)..layan je la..maaf, saya telah menjadi perosak bahasa..(*baru nak sedar ke?habis tu post2 sebelum ni macam mana?)..aish...lain pulak yang dibicarakan.

berbalik kepada permasalahatan kita sebentar tadi, selalu tertanya2 kepada diri sendiri, adakah aku cukup bersedia untuk menghadapi kerjaya aku yang bakal ku tempuhi dalam 3 tahun lagi?
cukup kompeten kah aku? cukup berkualiti kah aku? cukup bersediakah aku dengan persiapan yang aku tengah buat sekarang ni??jawapannya, biar aku jawab dalam hati je...

yelah, sapa tak takut..satu hari nanti seorang pakcik berusia dalam 60-an datang kat emergency & trauma dengan chest pain + breathlessness then tetiba syncope. macam mana ko nak handle kalo ko x taw? tetiba ada seorg budak umur 18 tahun datang with massive bleeding with shock?
TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT BESAR DAN BERAT!!!

xpun dekat wad tiba2 patient asystole! kena fikir dan buat keputusan dengan sangat pantas dan tenang!

*mood tengah sangat membara disaat ini sambil terngiang2 lagu gemuruh faizal tahir+ingat step menari lagu tu*

korang paham x apa yg aku cuba sampaikan ni??aku pun sedikit blur bila baca balik,macam tunggng langgang je benda yg aku nk ckpkan...maaf ya..

oklah aku cuba ringkaskan disini, tolong hentikan saya jika saya bercakap terlalu panjang lebar lepas ni ok.

begini..pernah tak anda terfikir, sebagai contoh anda sangat nak menjadi seorang doktor, tp di tengah2 perjalanan anda ingin menjadi seorg doktor itu, anda telah mendapat tahu dan merasakan diri anda macam x layak je menjadi seorg doktor, apa anda nak buat?

nak patah balik? pastinya tidak! anda sudah separuh jalan. lagipun putus asa itu tiada dalam kamus hidup anda.

menyesal tak sudah?lagi la tidak!! ini bukan agama kita anjurkan..kita kena banyak bersyukur!

jadi tiada pilihan lain, BERUSAHA SEHABIS DAYA YANG ANDA UNTUK MENJADIKAN DIRI ANDA LAYAK MENJADI SEORANG DOKTOR!!!

oklah..ini sekadar satu post yg cuba menyedarkan diriku agar terlena dari mimpi!

currently watching JDrama CODE BLUE. sila lah tengok kepada kawan2 yg amik medik atau sesiapa yg berada dalam dunia perubatan. mungkin drama ini akan menjadikan anda lebih bersemangat untuk menjd seorang doktor yg COMPETENT!!
anda yg bukan berada dalam dunia perubatan pun boleh tengok macam mana doktor kerja..xtaw la sama x macam kat malaysia sebab ni drama jepun...

with regards
wassalam..

Saturday, February 12, 2011

~sambungan KKAA..

Assalamualaikum....

maaf, terlebih lama jarak masa untuk sambungan cerita tentang KKAA...masa tidak mengizinkan...sebenarnya nak bercerita lagi pun dah ingat2 lupa suasana kat sana..tetapi ada satu blog yg telah menceritakan segalanya tentang KKAA kali ni which is very nice story...nak baca pergi ke link ni----> Your Life Reflects Your Thoughts

apa yang nak dikongsikan disini?

pada hari terakhir KKAA tempoh hari, sempatlah tangan ni pegang satu pen...amik sekeping kertas...yup...satu coretan sajak telah ku tulis...

kalo ingat lagi, last KKAA pun ada wat sajak gak, nak baca klik sini

kali ni sajak nya bertajuk "KKAA dalam ingatan"..enjoy it!!

Bermula segalanya dikala laungan

Memanggil-mencari warga serta nadi sesuatu keluarga

Disitu setelah terbina kata sepakat

Paduan keringat, himpunan kudrat

Dipahat setiap yang dinobat

Getir!

Diwaktu kehangatan mentari memancar..

Disaat keringnya air-air di tasik

Kedahagaan waktu kian menjadi konflik

Namun terus dilanda kemarau penyelesaian

Yang seolah-olah enggan muncul

Tiada yang mengikat kaki,

Maka langkah terus digagahi

Renungan mata tepat jauh ke depan

Memastikan impian tercapai pasti

Tak mengerti definisi undur diri!

Dan akhirnya..

Setelah bekalan cukup rapi.

Disusun atur tanpa disedari

Masanya sudah tiba kini

Sekilas raut wajah terlihat

Terpamer kenaifan

Terpampang keikhlasan

Hadir menadah tapak tangan kecil

Mengharap diisi ilmu yang berguna

Usaha tidak terhenti disitu..

Curahan ilmu diberi

Walau kerahan tenaga memuncak

Ke tahap maksima

Semangat masih terus menyala

Takkan padam

Selagi si kecil di depan mata

Amanah di galas

Penuh tanggungjawab

Harapan menggunung

Terlakar diminda mendambakan sesuatu ikatan

Agar tertanam semaian nilai

Yang kan tumbuh mekar

Mewangi menjadi insan berguna

Detik berlalu pantas

Mencemburui saat bersama..

Setelah ukiran senyuman

Galak kegembiraan

Tangisan kesyahduan

Terpotret indah di laman ingatan…

Kini tiba waktu yang hiba

Melepaskan mereka pulang

Kembali ke halaman kehidupan sendiri

Setelah bertubi nasihat…

Amanat disemat ke jiwa

Dengan penuh sebak

Merelakan mereka pulang

Walau hati bagai sudah terikat

Terpulang kini untuk mereka

Mengamal tiap kata

Atau membiarkan hujah kita

Berlalu tanpa sebarang makna

Kita telah berusaha….

30Jan2011


Wassalam..

Monday, January 24, 2011

Smart Plan 2011 SMK Sri Ampang


Assalamualaikum...

ingat smart plan tu apa?
satu sub projek bawah KKAA-kem kecemerlangan akademik dan akhlak...
tahun ni KKAA dah yang ke 14..
masa yg ke 12 sy jd pengarah smart plan ni..
wat kat high school klang...
tahun lepas yg ke 13 wat kat high school klang gak, kali tu sbg fasilitator...
dan tahun ni...
kat ampang...
sy dtg tengok2 je...
tahniah utk pengarah KKAA saudara Salman
dan juga pengarah smart plan tahun ni.. saudara amir..ini adalah pengarah smart plan (kiri)..bersama ketua fasi kkaa tahun ni

kalo td x nmpak muka ketua fasi..ni lah dia gambar beliau..saudari mariam shafiyah..atau lebih dikenal sbg shafi(yg bju pink)..


apa yg nk diceritakan disini?

.................................................................................dah xde idea nak tulis apa...


sesi pengenalan fasilitator...moderator saudara ezzat...inilah barisan fasilitator tahun ni..semuanya muka2 baru..ganbatte!!



dua org ni fasi tua sikit..hehe..


apa2pun KKAA akan berlangsung start jumaat ni...
gud luck untuk warga kerja KKAA XIV
fasi2..al da best..curahkan segala ilmu yg ada...
adhoc2...wat yg terbaik...owh, itu saudara pengarah kkaa (dua dari kiri)..salman..all da best..kamu boleh!!


kredit to saudara ashraf..photographer kita dari biro multimedia


kredit juga kpd Abg Halim...ni sekolah tempat dia mengajar...

insyaallah..
semoga usaha kita yg sedikit ni mendapat keberkatan Allah ...

Sunday, September 26, 2010

~QUICK UPDATE

salam pembuka bicara kpd sumer blogger n pembaca2 yg budiman...

sungguh lama tidak meng'update' blog ni...itu lah yg berlaku bila kita diuji dgn sedikit ujian masa..diberiNya kita kesibukan dan kurangkan masa untuk kita duduk leka...lihat betapa kuat kita mampu untuk menghadapi ujian Allah swt yg begitu kecil ini...yup terlalu kecil ujian ini sebenarnya berbanding ujian2 yg telah Allah bagi kepada umat2 terdahulu...renung kembali,sejauh mana sbenarnya iman kita...

kini dah masuk minggu ketiga diri ini di 'posting' kan ke primary care medicine. tinggal seminggu lagi akan bertukar ke obstetric & gynaecology.sepanjang tiga minggu ni, alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar...byk input yg telah dipelajari. cuma tinggal untuk dipraktikkan je lagi semua benda tu..mudah2an semuanya akan terus berjalan dgn lancar selepas ni...

kisah hujung minggu..yup..bulan syawal katakan..openhouse di sana sini.. minggu lepas, sabtu g openhouse umah ejat aka biskut kering, shafi pharmacy, shah pharmacy, kak fiq, ain jr medic dan umah fathul...sampai kul 11 mlm br balik hostel. then ahad plak g umah lily,azie, nana, mimi, ainie, dan rumah kak marina. semalam plak g open house umah firdaus hariri and ezat afiq...thanks sumer yg wat open house and sudi menerima kehadiran kunjungan kami...semoga kalian semua dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki hendaknya...yg pasti teruskan ukhuwah kita semua...insyaallah..hari ni ada open house lg..=)

nak dipendekkan cerita..semua yg berad di asrama kampus cawangan klang ni nampak semakin enjoy dan berpuashati dgn posting masing2 berbanding diawal dulu kedengaran komen di sana sini...yup, kita kadangkala memerlukan sedikit masa untuk mengadaptasikan diri kita dgn sesuatu yg baru..

oklah..cukup untuk saat ini. =)

termenung : banyak benda baik berlaku sejak akhir2 ini..alhamdulillah...semoga berterusan begini.

terfikir : bila kita semakin jauh dariNYA..hati menjadi sunyi..

terlintas : cinta padaNYA lah cinta yg hakiki.

Tuesday, August 24, 2010

~sayonara

Salam~

tika ini, saat jari mula menekan papan kekunci lappy aku bukan lagi penghuni kolej kediaman tuanku bahiyah =( berat untuk menerima dan menelan semua ni..tapi itulah kenyataan yang harus ditempuhi...mungkin nampak agak melampau bagi sesetengah org utk sedih sebegini hanya kerana suatu yg kecil..tp tidak untuk diri ini. pemergianku dari kolej ini benar2 memberikan impak terhadapku.

terlalu byk memori. begitu indah kenangan. sangat berharga pengalaman. terlampau bererti tiap ingatan yg telah terukir dan terpahat di benang pemikiran. nostalgik.

teringat lagi saat2 mula menjejakkan kaki ke kolej ni dulu. dgn brg yg banyak. g angkut dr tempat parking dekat tasik tu n dgn gagahnya mendaki bukit masuk ikut pintu dpan 2nd disamping hati ni xhenti cakap "apesal la wat kolej atas bukit ni?" tp bersabar je la time tu.
tambah pulak dah masuk bilik.perkataan pertama keluar dr mulut. "usang". hehe. jgn marah. itulah first impression kt 2nd kolej masa tu. tp itu cerita lama. hanya kan tinggal kenangan.

hari2 berlalu. kelas. projek. test. projek. exam. stay up. wat keja deko. induksi. meeting. study. gelak2. BBG. meeting. surau. stay up lg. makan. DU. projek. result exam. terkejut. projek lagi. gelak lagi. nangis kadang2.post mortem. study week. main volleyball. joging tasik. kuar. mid valley. puasa. kem. kelas. kelas. tido dlm lecture. ponteng. befday party.sumenye ada. weee...tu masa 1st year.

2nd year pun lebih kurang gak. tp mcm lebih mencabar sebab masa ni diberi amanah untuk menggalas tugas. tp alhamdulillah, Allah tidak menjadikan sesuatu perkara tanpa ada sebabnya.
kesibukan hari2. cabaran. semuanya ada hikmah disebaliknya. itulah takdir yg telah Allah tentukan untuk kita.

alhamdulillah. berjaya ku tempuhi hingga kini bergelar pelajar tahun ketiga. dan masuk tahun klinikal. segala ilmu softskill yg telah di korek melalui projek2 ni akan cuba ku praktikkan di masa akan datang. itulah azam ku masa 1st year dulu. kenapa aku nak join projek.

pahit manis masam ..sumer ada.
itulah kata org pengalaman mendewasakan kita.
yg baik dijadikan tauladan. yg buruk dijadikan sempadan.
xmungkin dapat dilupakan.
semua yg telah berlaku.
semoga dgn pengajaran ini dpt menjadikan diri lebih baik.

tiba pula saat perpisahan.
kata org setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
saat yg sememangnya sukar bagi diri ini.
sejak dari dulu lg.
dari bangku sekolah kot.
sukar nak terima perpisahan.
mood leh bertukar secara drastiknya bila berbicara ttg ini.
kerna benda ini kita xleh lari.
harus tempuhi.
cuma bagi diri ni proses itu bisa memakan masa yg lama.

buktinya saat ni.
otak fikiran masih lagi disana walau kini berada di rumah.
menulis post ni dgn harapan kan hilang kerinduan tu.
tp ternyata lebih syahdu jadinya..hehehe
sekurang2nya dgn terluahnya ayat2 disini..
kuranglah sedikit penderitaan di hati..
*tiba2 muzik iringan yg sedih kedengaran*

oklah. sebelum cuba menjadi drama sinetron. harus menekan bukan noktah.

terMenunG : minggu depan dah start kat KLang. Posting pertama saya adalah PRIMARY CARE MEDICINE atau singkatnya PCM. akan bertugas di klinik kesihatan bukit kuda untuk posting itu. PCM ni kira mcm outpatient clinic gak la..

TerMenunG lagi : kena baca buku. bila nak start neyh?? ish2.

terfikiR : dah lama x buat sajak baru. akan diusahakan. sekarang juga tengah berjinak2 kembali dengan 2 hobi lama.. =)

terfikir jugak : minggu depan sebenarnya ada 3 hari je kelas. rabu khamis n jumaat. napela dia x bagi cuti terus je. kan leh cuti 3 minggu n balik sarawak terus..

masih terfikir : macam mana ramadhan tahun ni???


wassalam.

Sunday, August 8, 2010

~hah???

Salam~

sy nk update blog...tp xtaw nk tulis pasal apa.

tp tangan sgt2 gatal nak menekan butang2 berlabel huruf2 dekat keyboard neyh..

maka dgn itu terhasil lah post yg xtaw apa isi kandungannya neyh...

nasihat sy : juz close this tab(if this blog open in new tab)or juz close this window.sbb xda pa2 nak cakap pun...hanya mengarut je..tp bkn mencarut...





masih lg setia untuk mbaca ayat2 seterusnya???

wpun anda sudah tahu anda bakal tidak mndapat apa2 sgt drpd post ni??????


fine..
bacalah...
i've warned ya...


mata dah ngantuk ni...padahal td da tidor..
esok da start minggu kelima.
minggu kedua terakhir sblm habiskan 6minggu di kampus UM ni.


kumar&clarke yg sgt tebal itu x baca2 ag...
talley o'connor yg xberapa nk tebal tu pun xlarat nk baca
handbook oxford yg lg simple tu pun sgt x bdaya nk baca...
tp masih lg ada masa nk update blog...
xfaham...
napelah susah sgt nk wat..
padahal simple jer..
duk elok2..
buka buku.
BACA.
itu sahaja langkah2 nye..
tp still payah gak...

cam mana lah nk g hospital klang nti...
xprepare.
nti kat sana konfem kena sembelih ngn doktor2 yg mengajar tu...
huhu.
minggu depan dahla ada OSCE.
OSCE itu adalah sejenis exam.

masih lg berusaha untuk menaip...




tp otak da xde idea.
haruskah aku tekan butang "PUBLISH POST" sekarang???

atau

teruskan menaip.


atau tekan butang pangkah kat atas tu

atau

tekan ALT+F4

ATAU


SHUT DOWN LAPPY NI SECARA KASAR
dgn mencabut bateri n power supply beliau.

hurmmmm
fikir jap...
apa pandangan kalian..
nak pilih yg mana...




thinking in progress...
85% completed.
Do not press any button.
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
congratulations!
thinking process is successful.
100% completed
=)




keputusannya adalah saya akan tekan butang "PUBLISH POST" sekrg.
sekian terima kasih.

Friday, August 6, 2010

~ini baru klinikal

Salam =)

minggu ni kami da start wat physical examination atau singkatannya PE...based on system...apa yg kitorg blaja??

==>PE ni adalah perkara2 yg doktor2 lakukan kat pesakit dalam usaha nak menyiasat apa masalah sebenar pesakit tu...lebih kurg gitu la...

minggu ni da wat 3 sistem : Cardiovascular(bab2 jantung), respiratory(bab2 paru2) dan sedikit neurology...

apa yg seronoknya dapat wat PE ni...

PRAKTIKAL

that's the best word to describe it~

biasa kita buka buku,baca,faham,hafal~~~~~~tak lama kemudian lupa =(

tapi bila kita wat sendiri, nampak ngan mata kasar kita mcm mana rupa n keadaan pesakit bergantung kpd penyakit mereka--> makes life easier to remember things!!

but seriously, you need a strong basic sciences knowledge. Kalau tak.. agak terkapai2, xtaw apa yg lecturer cakap.

sekarg ni nk kena revise byk benda yg da blaja time 1st year n 2nd year~ ganbatte!!!

makin lama rasa macam makin seronok!!!
seronok seronok jugak...tapi risau tu ada...
yeah...
u're dealing with patient.
patients are human being.
they have emotional,feeling
they have their rights
they have family
and etc...
then u need to respect them!
treat them properly!
care for them appropriately!
no harm!
be nice!
be friendly!
that's what patient want from a doctor~~~

BE A GOOD DOCTOR!!
some words that comes from the patient and their relatives after having conversation with the patient..
BELAJAR ELOK2 ye NAK...
harapan yg mereka berikan...
come on Doctors In The Making!!
people are putting their trust on us!!
carry it!
hold on and live up to that trust.
we can make it!!!
INSYAALLAH!

adakah aku terlalu bersemangat??*monolog*
people may said : awal2 ni bolehlah semangat camtu...jap ag xde dah semangat camtu..lama2 nti bosan la nti...
ignore it..
it's true our spirit may rise up high as high as mountain..
n time goes by it may fall down to the deepest sea in the world *hyperbola x??*

then why don't we just maintain our spirit by keep on giving motivation to ourself??
ok.
enough with te medical things again...

comes to SECHOLIAN PART..
sekarang ni FESKUM tgh berjalan di UM
FESTIVAL KONVOKESYEN UM..
secara x langsung 2nd stove juga berjalan bersama.
yup.
masih sperti tahun2 sudah..
kekal setia bersama biro Tugas-tugas khas.TTK.
tugas membasuh pinggan.
=)

then malam hari rabu lepas.
kami dak2 medik 2nd makan2 kat luar..
ala2 gathering gitu..
hehe
before this penah wat g makan2 kat Kpg Baru masa study week sem lepas.
Kali ni kami g restoran nelayan titiwangsa.
BEST sebb dapat kumpul ramai2 gitu..
hope ukhuwah kami semua lebih akrab seakrab2nya.
insyaallah...
thanx korg
dzarif, hilmi, pejol, mahfuz, pian, biskut, yen, din, luqman, adli, arm, afiq, matyie, dinesh, maleena, goh, vincent, kim wei, may fong, edmund, jo ee, isz,lily, liya, tiqah, azie, aini, nurul, has, rai, chem, mazidah, miza, adoss, zati...thanx for the memorable night...
sayangnya akram malek n izzul xdpt join...

tp yg best mlm tu..
ada satu table tu diorg sambut befday..
so kitorgpun nyanyi la lagu befday ramai2 to the befday girl...
last2 dapat cake befday free..
heee...
then gambar2 ckit...
terus pulang ke UM..
*ada kelas awal*heee

okla..
nak bersiap2 g second stove

jumpa lagi di post mendatang..
hidup mesti diteruskan!! ^_^

Sunday, August 1, 2010

~lagi 3 minggu

Salam pembuka bicara~



updating blog in progress.Please wait...

80%













update is succesful!!






weeeee....3 weeks have passed...another 3 weeks left b4 going to Klang..am i ready??
frankly speaking im not ready yet..

so much skills have to be developed b4 going there. but not to worry so much...learn slowly..
that's why we need a 5 years training in medical school. people dont expect u to become a professional in juz a blink of eyes.

actually quite dissappointed with myself last 2 weeks...im not satisfied the way i performed in history taking...still cant get a complete history from the patient. plus packed schedule...making ur spirit down down down down day by day...

but thanx to Prof Philip..lecturer in charge for our group history presentation last friday. he sure has lite up our spirit! !

TIME ! BUSY ! PROFESSIONAL !

some of his word that day.


next week. new things. we'll learn physical examination (PE).
PE is done to confirm our diagnosis in history taking.



enough things with the medical line.



as a residents of 2nd RC. last 2 weeks, Minggu Mesra Pelajar (MMP) was held. fullstop.
hehe. no elaboration for this.

for project. b4 leaving i'm joining 2 projects. Second Stove and Ihya Ramadhan.

Ramadhan is coming!!!!
hope that this Ramadhan will be better than the last.


got to go.


Wassalam

Saturday, July 17, 2010

~1st week

Assalamualaikum~

dah seminggu dah. mcm dah diberitahu sblm ni.
kelas memang sangat padat.
kami batch yg pertama introduction 6 weeks ni dipenuhi dgn kelas dr 8-4pm...
penat tp rsnya berbaloi.

kata lecturer manfaatkan 6 minggu ni untuk mantapkan skills dlm history taking.
supaya nti kat klang hospital xdela terkapai2 nti.
hope leh wat apa yg sepatutnya kena wat. =)
"Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menempuhi hari2 kami."

minggu pertama ni juga dah diperlihatkan dgn mcm2 ragam adik2 pelajar tahun pertama.
nothing much to say bout' them...
mayb it's juz too early to judge anything in just a week.
people needs time to adapt to new situation new environment.
that's what i think.

and mayb they should also think the same way on their side.
juz dun juz say that say this and etc so much.
be thankful of what they have just experienced.
others outside there may experienced thing that is much harder.
juz be more though.
life is not that easy anyway.
but u can make it looks like easy through ur perception, ur mind of course.
if u always say..it's hard'it's hard...then it will end that way.
if u say u don't like it, u don't like it...then u will never like it.
how if u say, i like it, i like it....???
psychological aspect of ur mind.

life is juz a long journey that u can't complaint everyday in every seconds of ur life.

yeah. i love this 3rd year. i like it.<--for my own motivation.
let this new academic year become better than the last.

couldnt afford to be lazy anymore.must work hard work hard work hard work hard.

"The Patient is the best text book"

that's what lecturer said. so no more studying sitting down in ur room reading books so much like before this. new ways of learning--> patient bedside...clerk ur patient, take history and practice.Prof Rokiah said : clerk 3 long cases a day! by the end of ur medical school u have clerked 1500 patients. in that way u will become more competent.

yup this 1st week is full of motivational classes from all the lecturer. they want us to be the best.
that what should i do??
yup, for sure DO the best in my part!
ganbarimas!!!

and to all my friends also...GAnbatte!!!

i think that's it for now.

Wassalam.

Thursday, July 8, 2010

~dah 3rd year dah?

Assalamualaikum.

salam pembuka bicara. tinggal 3 hari je lagi. esok, lusa dan tulat. hari isnin nti secara rasminya aku bergelar pelajar tahun 3 dalam bidang perubatan neyh. pejam celik pejam celik. kejap je. tp byk benda yg kena ditempuhi untuk sampai disini. alhamdulillah dah ditempuhi dgn segala kekuatan yg ada.

hari sabtu ni bakal terbang meninggalkan bumi kenyalang ni.insyaallah raya pulang semula ke sini. kemudian berjuang lagi.

takut. gembira. risau. excited. bimbang. mcm2 perasan bermain. gembira akhirnya dah masuk clinical years. excited sebab bakal melalui perkara2 baru lepas ni. takut akan kemungkinan2 yg bakal terjadi. risau memikirkan cabaran2 dan dugaan2 mendatang. bimbang diri ini mampu atau tidak untuk menghadapi hari2 esok.

senior2 cakap." juz wait the day comes. nti kamu tahulah apa yg kamu akan rasai. n juz follow the flow.u will learn as time moving.xyah risau2 sgt."

6 minggu akan berkampung di universiti malaya. untuk introduksi kepada tahun klinikal. kemudian bakal berpindah ke hospital tuanku ampuan rahimah klang. akan berada di sana setahun menjalani "clinical posting" bertukar2 disiplin.

jadual untuk 1st week dah kuar. n grouping untuk posting kat UM dah kuar gak. hari isnin ni jadual sgt padat. da minggu pertama ni my group kena disiplin "medicine".hurmm..apa yg bakal berlaku nanti?

basically, kami akan belajar 2 benda untuk tahun 3 ni : satu. history taking. dua. physical examination. dua benda basic seorang doktor perlu ada.

yup, i'm doing this for sure. no turning back. this is my 3rd year in this medical line. hope u can use all the things,skills n knowledge plus experiences u have learnt b4.

pasni harap2 lebih fokus dgn pelajaran ni. mintak2 Allah konsisten kan diri ini agar tahun klinikal ni mampu ku hadapi dgn jayanya.



jadual untuk minggu pertama =) hari isnin dah penuh.

my group ^_^

wassalam.

Saturday, May 29, 2010

~u.p.d.a.t.e ?.?.

Salam..

baru ada kesempatan nak kembali buka blog n surf internet.

sambung update yg lepas.

cerita pasal result. hari rabu. list Viva medik kuar! i'm not in the list...xtaw nak hepi ke x??
dalam fikiran lulus or gagal. tp xnak fikir sgt. Coz malam tu akan bertolak ke Kedah untok KKB.

RAbu sampai SelAsa. 13 mei-18mei. Di SG Petani Kedah. Kem khidMat Budi.
*sangat seronok. pengalaman yg baru n best! bakal diceritakan di post yg lain.insyaallah.

then sampai je kolej. kena sambung pasal elektif. chop. lupa.masa kat KKB la dapat result.

ALHAMDULILLAH. LULUS. yeay. dah boleh masuk 3rd year. Going to KLANG hospital next sem. alhamdulillah kawan2 lain pun lulus. ada yg x lulus gak.skrg diorg tgh supplement.

okayy..sambung elektif. saya satu kumpulan ngn wani jamhuri, afiq n pyan.
tajuk : parasitic infection among hospitalized patient diagnosed in UMMC. kena wat statistics study on data dari tahun 1998-2010.......waaaaaaaaaaaaaa...sgt byk...everyday duk dpan lappy from 9am-5pm.

moga2 dapat habiskan data 2 scepat mungkin.

wifi kat kolej ada problem..only for blok D. blok lain ok je. xtaw nape...
tu yg jarang online.sebab bilik skrg kat blok D.nak bawa lappy g DU or BBG sangat la M.A.L.A.S.

sekarang dalam mode kebosanan. semalam pun sama. tp semalam telah keluar ke mid n tgk SHREK. best gak.siap tgk 3D ag..tiba2 nampak Datin Tiara JAcquelina dtg tgk gak ngan husband n anak2 dia.huhuhu...

hari ni pun xtaw nk watpe. adakah akan kuar?? atau tidO je???

bakal buat keputusan kemudian.

perasaan sekarang : nak balik sarawak jumpa family n kawan2.dah 6 bulan x balik. sgt400X mahu balik. jadi kawan2 hargai cuti yg ada bersama keluarga n rakan2 anda.semakin hari semakin sayang. pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh life-s0-complicated.blogspot.com...weeee....otak da x berapa btol..

blog da kembali kaler2 balik..eheh

okla..

lain kali sambung lagi~

Wednesday, May 5, 2010

~setelah sekian lama..

Salam,

fuhhhhh....sgt berhabuk blog ni~ bukan xtaw nak update pe...tp janji ngn diri sendiri xnak ber'fb', berblog n duduk dpn lappy surf internet sampai exam abis. ok.exam da abes td. fuhhh..
lega x lega? sangat lega sebab exam dah lepas. lega x lega? sgt x lega sebab nak menunggu result exam yg bakal keluar minggu dpn. viva kuar rabu.result penuh kuar jumaat.

misi utama sebelum exam. baca sampai habis cover sumer subjek b4 exam. sangat banyak walaupun study week ktorg tahun ni 2 minggu ditambah study week sendiri yg memg dah distart lebih awal. memg x tercover 6 subjek tu. huhu. rasa sgt tcabar. cakap pasal exam 3 hari ni. xtaw nak cakap camne. sedih sbb macam x berapa nak ok. tp redha je sbb kita nak buat apa dah kan. tp study kali ni rasa sgt puas hati. sbb byk benda dpt cover, byk benda dpt belajar. byk benda da taw pasal disease2 yg perlu diketahui doktor. segala parasit2. bakteria2. serta ubat2 pun banyak gak. alhamdulillah ilmu tu ada untuk dimanfaatkan insyaallah.

insyaallah kalo ada rezeki adala tu. yg penting kita jgn pernah berputus asa.
bercakap ttg 'jgn berputus asa' teringat sambil sibuk2 study ni sempat la jugak mencoret 3 sajak baru..wee...kalu berkesempatan akan di post di masa akan datang.

nak update pasal mende2 yg da berlaku semenjak kali terakhir x update blog agak mustahil sebab dah xingat sgt apa yg da berlaku. tp xpe. kita just fokus ngan apa yg bakal berlaku.

ok.pasni ada 2 benda kena settle.

Pertama. KKB. KEM KHIDMAT BUDI. 13-18Mei . SG PETANI KEDAH. program khidmat masyarakat n keluarga angkat. start esok dah mula gerak kerja untuk itu. x sabar nk g. n kalo boleh nak sgt pegi awal. sb kalo kena list viva hari rabu dpn.kena pegi lambat sbb hari khamis ada exam viva.

Kedua. Elektif pogram. bermula sebaik je habis exam ni sebenarnya. tp kena settlekan kkb dulu. elektif ni sampai 24hb jun. so shingga itu xleh nak balik sarawak...waaaa....nak balik.
kena tggu 2 bulan ag br leh balik. nasib baik pas2 ada cuti 2 minggu lagi. boleh la balik.
sangat nak wat elektif ni sbb kalo kena supplement xyah wat elektif. maknanya xnak kena supplement.amiin.

sekarang ni hanya mampu berdoa dan bertawakal.

cukup setakat ni dulu.

br bgn tdo sbenanya. lepas exam td. makan. balik bilik . terusssssssssss....ZZZZZZZZZZZzzzzz

(^_^)v