Showing posts with label Renungan Amal. Show all posts
Showing posts with label Renungan Amal. Show all posts

Monday, February 20, 2012

~ Wasathiyyah dalam kehidupan

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian ilmu. Baru-baru ni diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghadiri konvensyen fiqh ummah 2012 di PWTC anjuran iluvislam.com. Konvensyen yang berlangsung selama 2 hari ini sememangnya memberi manfaat serta faedah yang amat besar khususnya kepada peserta. Banyak yang dapat kita pelajari semasa konvensyen ini. Dibarisi lebih 20 orang para asatizah terkemuka negara dan seorang ulama luar negara (Sheik Mufti Ismail Menk), ternyata konvensyen ini telah berjaya menghidangkan juadah ilmu yang dicari-cari oleh semua umat Islam di luar.

"Manhaj Fiqh Wasathiy" menjadi topik utama perbincangan dan pembentangan untuk konvensyen ini. Konsep 'wasathiyyah' dalam pelbagai aspek daripada akidah, ibadah, politik, kewangan, gaya hidup, tafsir, hadis, ekonomi dan sebagainya telah dibentangkan kertas kerjanya oleh asatizah-asatizah.

Insyaallah, akan dikongsikan serba sedikit apa yang telah dibentangkan sepanjang K-fiqh 2012.

Konsep "wasathiyyah" yang digunakan menurut istilah mempunyai pelbagai maksud. Menurut Muhammad al-Munawi, "washat iaitu persamaan yang nisbah sudut-sudut kepadanya semua adalah sama, ia adalah khiyar asy-Syai' (sesuatu yang terpilih)". Menurut Dr Ahmad Umar Hashim pula, ia bermaksud keseimbangan dan kesaksamaan antara 2 pihak. Tidak terlalu rigid dan tidak pula terlalu longgar. Tidak melampau dan tidak mengabaikan. Jadi dapat disimpulkan wasathiyyah membawa maksud kesederhanaan, kebaikan, keadilan dan ketinggian dengan sifat-sifat mahmudah yang tidak terlalu rigid dan tidak terlalu longgar. tetapi ia bukan bermakna seorang umat islam itu bersederhana dalam ibadah, amalan atau akhlaknya atau sederhana dalam ilmu atau pekerjaannya sehingga menjadi orang yang tidak cemerlang.

 Mungkin konsep wasathiyyah sukar untuk difahami sekiranya diterangkan sebegini. Namun apabila dibincangkan mengikut aspek-aspek tertentu secara lebih mendalam, konsep wasathiy ini akan dapat difahami.

Setakat ini perkongsian buat kali ini. Penjelasan panjang lebar mungkin akan memeningkan. Insyaallah, jika diizinkan, konsep wasathiy dalam akidah akan dibincangkan dalam perbincangan yang seterusnya.

Wallahu'alam
Maaf andai ada kekurangan, dan harap dibetulkan jika ada kesilapan dari konsep yang sebenarnya

Wassalam.

Tuesday, June 28, 2011

~tekanan yang menekan jiwa hingga jadi tertekan

Assalamualaikum.
serta salam sejahtera buat semua pembaca yang saya kasihi dan sayangi sekalian.

   Daripada Miqdam bin Ma'di Kariba r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya."

(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. menganjurkan kepada kita supaya memberitahu kepada saudara seislam kita yang kita kasih dan sayang. Ini akan menyemarakkan lagi rasa kasih dan sayang sesama saudara kita, teman2 kita, rakan2 kita dan sahabat kita. Ini juga akan membuatkan teman kita lebih senang dengan diri kita.

   Kadang-kala teman kita tidak tahu bahawa kita mengambil berat tentang diri mereka. Kadang-kala juga kita sendiri tidak tahu bahawa teman kita juga sebenarnya ambil berat tentang diri kita. Apabila kita lafazkan atau luahkan mungkin pagar-pagar ketidak-tahuan itu dapat dipecahkan.

   Namun, bila kita menyatakan rasa kasih tersebut hendaklah kita jaga diri kita dari perkara yang terlarang dalam Islam. Jangan kita ambil hadith ini sebagai alasan kita untuk meluahkan rasa kasih pada teman istimewa kita. Senang cakap, jangan kita gunakan ayat2 al-Qur'an atau hadith sebagai alat untuk meng'justify'kan hubungan "Cinta" itu. 

Credit to Abu Raiyan

Jadi.ingin saya ungkapkan sekali lagi saya sayang kamu sebagai saudara seagama. Saya sayang kamu sebab kamu sujud, kamu ruku' serta kamu taat pada perintah Allah serta meninggalkan laranganNya.


Sedikit tazkirah untuk renungan kita bersama.


Berbalik kepada tajuk di atas. Tekanan yang menekan jiwa hingga jadi tertekan. Rasanya semua insan yang biasa seperti kita di dunia ini pernah rasa tertekan. Tidak kira apa sebabnya namun perasaan ini kebanyakan daripada kita selalu atau pernah merasainya, tidak terkecuali diri yang menulis ini.

Lagi-lagi buat masa sekarang ni. Peperiksaan akhir untuk Fasa IIIA MBBS UM bakal menjelang tidak lama lagi. Kira-kira 41 hari lagi. Tekanan serta bahangnya kian terasa. Mungkin ini bukan sahaja dialami oleh penulis sendiri, rata-rata teman-teman serta sahabat-sahabat seperjuangan yang lain turut menyuarakan luahan rasa yang sama. Berbekalkan masa yang sedikit dan semakin lama semakin berkurang serta bilangan penyakit-penyakit yang harus dikuasai dan difahami serta diingati, sesiapa pun boleh terkandas dan kadang-kadang hilang keyakinan dan rasa enggan meneruskan apa yang sedang dilakukan.

Sukar untuk digambarkan rasa ini dalam penulisan ini. Tetapi berputus asa bukan lah jalan nya. Walaupun adakala tercuit rasa hati untuk berputus asa itu tetap ada. Kita bukan manusia sempurna. Tambah-tambah lagi diri ini yang penuh kekhilafan serta dosa, iman yang tidak cukup kuat, sememangnya menjadi sasaran mudah untuk ditewaskan oleh hasutan syaitan dan godaan hawa nafsu sendiri.

Mungkin mudah untuk berbicara serta menasihati orang agar jangan berputus asa, kuatkan azam dan tabahkan hati. Seperti yang penulis cuba lakukan sekarang ini. Tetapi untuk mempraktikkan sendiri, ternyata sukar dan perlukan kekuatan diri serta sokongan daripada insan sekeliling.

"Banyak lagi tak cover ni"
"stress la aku macam ni, makin aku baca makin banyak aku lupa, penat la baca macam ni..exam dah makin dekat ni..adoi"
"makin dekat exam ni, makin banyak pulak aku tidur, bacanya sedikit je..tertekan la.."
"tertekan la, tak cukup masa"
Ayat-ayat yang selalu penulis dengar, malah lahir sendiri dari bibir yang berbicara ini. Pelbagai rasa tidak puas hati dikeluarkan, rasa diri tidak mampu melakukannya, rasa terlalu berat cubaan dan dugaan yang Allah bagi ini.

Kalau diikutkan rasa hati, ingin sahaja  diri ini mengurung diri dalam bilik dan makan sekeping-sekeping helaian kertas dan buku-buku yang ada. Ingin rasanya tidak mahu pergi kelas, sebab masa dah tak mengizinkan, dan kena baca banyak lagi. Malu betul dengan diri ini, baru diuji dengan ujian seperti ini sudah goyah. Zaman Rasulullah s.a.w. serta para sahabat Baginda, mereka diuji dengan ujian yang jauh lebih berat namun mereka mampu tempuhi. Tidak perlu kita lihat contoh yang begitu jauh, ada contoh yang berlaku pada zaman ini, anak-anak di Palestin, pejuang-pejuang Islam di sana bertempur darah untuk tegakkan syiar Islam. KITA? Hanya diuji dengan peperiksaan ini, dah cakap tidak mampu. Insaflah diri.

Apa-apapun, perjuangan harus diteruskan. Ingat tiada istilah putus asa. Yakinlah dengan Ketentuan ALLAH S.W.T. Ingat perjuangan kita ini perjuangan menegakkan syiar agama ALLAH. Perjuangan kita ini Perjuangan Fi' Sabilillah. ALLAHUAKBAR.

TERMENUNG : kita selalu risau dengan peperiksaan yang bakal menjelma, macam penulis katakan tadi kalau boleh nak kurung diri baca buku. Tetapi pernah tak kita risau tentang Ujian Allah yang lagi besar. Kiamat, Yaumul-akhir..hari penentuan. Pernah tak kita terfikir nak kurung diri kita dalam masjid atau surau untuk mempertingkat ibadah dan amalan kita.

Terfikir : Apa yang cuba nak disampaikan disini adalah, dalam kita mengharungi dunia yang serba mencabar ini, jangan kita lupa persiapkan diri kita untuk ukhrawi.Ingat dunia ini hanya persinggahan yang sementara, kumpul bekalan sebanyak yang mungkin. Dunia ini adalah saat untuk beramal bukan ganjaran. Akhirat kelak pula adalah saat untuk ganjaran bukan lagi untuk beramal.

Renung-renungkan dan selamat beramal.


Wallahua'lam

Wassalam.

Tuesday, May 31, 2011

~10 kekejaman yang biasa kita lakukan

Assalamualaikum....

Anda rasa anda kejam atau tidak?
Kebanyakannya pasti menjawab tidak.

Soalan seterusnya, anda sukakan kekejaman?
Majoriti akan menjawab tidak suka.

Tetapi, sahabat-sahabat semua, sedar tak sedar dalam kehidupan kita seharian kita adakalanya melakukan kekejaman. Kekejaman yang kita tidak sedari.

Renung-renungkan 10 perkara di bawah.

  1. Mendoakan diri sendiri TETAPI tidak mendoakan ibu bapa, anak-anak (bagi yang ada anak) serta kaum muslimin dan muslimat.
  2. Pandai baca al-Quran, TETAPI tak baca Al-Quran sekurang-kurangnya 100 ayat sehari.
  3. Masuk masjid TETAPI tak solat sunat 2 rakaat Tahiyatul masjid.
  4. Berjalan melalui kubur, TETAPI tak bagi salam dan tak mendoakan kesejahteraan ahli kubur.
  5. Orang yang sampai ke sebuah kota pada hari Jumaat, TETAPI tak solat jumaat.
  6. Seseorang yang di daerah tempat tinggalnya didatangi orang alim TETAPI enggan belajar apa2 daripadanya contohnya enggan menghadiri majlis ilmu orang alim itu.
  7. Dua orang yang bertemu dalam suatu pertemuan TETAPI tak bertanya nama.
  8. Orang yang dijemput menghadiri jamuan TETAPI tidak memenuhi undangan tersebut.
  9. Pemuda yang tidak bekerja TETAPI enggan pula belajar tentang agama dan adab.
  10. Seseorang yang kenyang, TETAPI tahu jirannya lapar dan enggan pula memberi jirannya makanan.

Sekadar perkongsian untuk kita renungkan bersama.

Wassalam.

Tuesday, January 12, 2010

~ziarah

SaLam~~

ahad lepas...kami2 dak2 medik tahun 2 pegi melawat sahabat2 kami yg berada di PPUM n IJN..
bermula pagi ahad, kitorg : hilmi, pian, afiq, yen, tiqah, isz, dayah n me bergerak ke pusat perubatan UM utk ziarah seorg sahabat: dak medik gak...sahabat tu ada kanser (synovial sarcoma)...skrg tgh tunggu lab report chemotherapy apa yg dia kena wat....kami....

petang : kami lebih ramai : 5 buah kereta : g Institut Jantung Negara
kami : pian, afiq, hilmi, mahfuz, abg hafiz, talhah, azlan, syazwan, pijan, isz, tiqah, liya, rahmah, lolyasmin, azira, yana, amira, rafidah, yogi, roza, dayah , nashjit n pei ling...
memang sangat ramai...tp kitorg redah je masuk melawat...dengan telah menghebohkan suasana di dalam wad tu...yelah kalo da ramai gitu x bising memang x sah la...

di sini bukanlah nak bercerita tentang proses lawatan tu sebenarnya...

tapi lebih kepada renungan seketika buat kita semua yg hari ni masih lagi diberi nikmat kesihatan : yg membolehkan kita melakukan kerja2 seharian kita.

bersyukur bersyukur bersyukur...itu yg mampu dikatakan...tp adakalanya kita manusia selalu lupa akan kenyataan ini:kita sering lupa utk menghargai nikmat kesihatan yg Allah beri kepada kita. selalunya bila kita hilang sesuatu benda tu baru kita nak tercari2...contohnya masa kita tgh sihat ni: adakah kita betul2 mengisi hari2 kita dgn ibadat kpd Allah? diisi dgn aktiviti2 yg berfaedah?

tepuk dada tanya lah iman...

sendiri pun selalu alpa..peringatan untuk kita semua terutamanya diri ini : bersyukurlah kerana setiap kali kita celik mata di waktu pagi kita masih memiliki kesihatan untuk meneruskan hari itu.

satu perkara lagi untuk direnungkan :
bila melihat sahabat2, raut wajah, tiap langkah, tutur kata sedikit pun tidak menampakkan yg mereka lemah. mereka menerima apa yg telah ditakdirkan dengan hati yg redha. cuba kita bayangkan kita berada di tempat mereka: mampukah kita untk menjadi setabah mereka??
mungkin kita boleh katakan ya sekarang. kita mungkin x pernah mengalami situasi seperti mereka.
itulah saatnya Allah nak uji kita.


renung2kanlah...mungkin kita xkan dapat untuk berubah secara drastik...dan mungkin ada detik kita tetap akan lupa...sekurang2nya kita berusaha untuk berubah menjadi lebih baik...sikit2 pun xpa...perlahan2...insyaallah, kalo dilakukan secara istiqomah hasilnya nyata memberangsangkan...dan disaat lupa, itulah fungsinya kita hidup dlm keadaan bermasyarakat, saling mengingati antara satu sama lain...jika sahabat lupa kita tegur,dikala kita pula yg alpa sahabat pula menegur diri...insyaALLAH~~

wassalam...

Friday, June 26, 2009

~Bulan Rejab Sudah tiba...

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari.
Sedar x sedar hari ni da 3 Rejab 1430H
Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakan kita sedar
kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan
bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan
memperbanyakkan ibadah. Sekadar renungan bersama...
(ekceli artikel ini disedut dari sumber lain..bukanlah hasil penulisan sy sepenuhnya..)

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan
Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
(Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,
yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal
di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

15.Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

26.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

27.Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

yang telah meng"copy" dan meng"paste",
sign2

termenung : da bulan Rejab, pastu bulan Syaaban kemudian RAMADHAN bulan seribu rahmat...

terfikir : semoga Allah memanjangkan umur kita semua agar dapat bertemu bulan ramadhan tahun ini, INSYAALLAH...