Showing posts with label ekspedisi. Show all posts
Showing posts with label ekspedisi. Show all posts

Monday, October 22, 2012

~Lata Naning revisited. Proceed to Gunung Rajah

Salam.

Ekspedisi Motivasi Final Exam Lata Naning & Gunung Rajah

Dari kiri berdiri : din, adli, pije, yeyeh, su'aidi, afiq rahim, hilmi
dari kiri duduk: me, yen, izzad, akram

Geng Piittt Piiiiiittttt telah berjaya menawan Gunung Rajah, Bentong ( ketinggian 1685m). Gunung yg tertinggi dalam rekod Team MedMalaya. Rasanya ini adalah ekspedisi terakhir kami sebelum duduk final MBBS 3B yang dijadualkan pada April 2013 nanti. Kali ni kami seramai 11 anggota meneruskan misi pendakian kami!

Disebabkan ini adalah trip terakhir, jadi aku memang xkan lepaskan peluang ni. Before nak naik tu, kena top up stamina, petang2 pegi joging. Makan pun kena jaga *jaga ke?* haha. Memang aku dah siapkan dari segi mental. Apa2pun kena sampai puncak jugak.

 Pada awalnya, kerisauan melanda jiwa yang lemah ni, bukan apa, sekarang tengah musim hujan. Memang sangat bahaya kalo nak panjat gunung. Aku yang penuh kerisauan ni pun buka la website jabatan meteorologi. dua hari tu dijangkakan hujan di satu dua tempat dan kebanyakannya cerah. aku tarik nafas lega sedikit. So, lepas segala barang aku dah ready packing semua. Aku serahkan segalanya kepada Allah untuk selamatkan perjalanan ekspedisi kami kali ni.

Jumaat petang- bertolak dari UM ke Bentong

Sampai di Bentong kami singgah nak beli barang2 sikit, dan isi perut. aku order bihun goreng. habiskan separuh je. xberani makan banyak, takut semput nanti. Masa tu aku tengok langit gelap je. Tanda macam nak hujan lebat. Memang aku sangat risau masa ni. Aku banyakkan doa, moga Allah permudahkan perjalanan kami. Buat masa ni, hanya doa yang mampu tenangkan hati ni. Dah siap2 makan, kami bertolak ke Masjid Bentong, Solat siap2.

teruskan perjalanan, samapai air terjun Chamang. Disinilah bermula nya ekspedisi!

Kitorg pun siap2 keluarkan barang, pakai kasut semua. Hujan pulak turun. Dalam hujan tu kami stretching. panaskan badan betol2, supaya xde yg cramp ke apa nanti. Kami mulakan dengan doa lepas tu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Jam ditangan ku menunjukkan 0920 malam. Kami memulakan langkah. Awal2 da memanjat mencanak, tapi dalam 10minit je, then perjalanan jalan balak dalam 45min. Kami sampai ke pintu masuk gunung tu.  teruskan perjalanan sampai sungai Y dan terus lagi sampai ke Lata Naning. Dalam pukul 120pagi kami sampai. rasa lega sangat. letak barang. hampar tempat baring, ada yg masak. ada yg berehat. Kami plan nak bertolak dalam pukul 3 tp kita hanya merancang. sempat tidur kejap dengan keadaan yg sangat sejuk. perghhh menggigil satu badan.




Pukul 330 lepas kami siap2 minum2 sikit. Perjalanan bermula. Daripada 11, hanya 7 yang teruskan perjalanan ke puncak, lagi 4 stay dekat lata naning. Kami berserah segalanya kepada Allah. Jalan memang mencanak habis. panjat2. turun sikit, panjat lagi. kalo mental x kuat mahu je patah balik. tapi disebabkan keinginan nak sampai ke puncak tu sgt tinggi, walau kaki ni rasa nak tercabut dah perjalanan tetap diteruskan. Dalam pukul 6 kami sampai ke puncak anak rajah, jalan depan sikit kami stop berehat untuk solat. solat gilir2 sebab tempat kecik je nak solat, sementara tunggu tu sempat lah melelapkan mata kejap.lepas semua selesai solat, pukul 7am kami mulakan perjalanan.



dalam 10 minit, kami jumpa batu besar yg kena panjat pakai tali, masa tu semua dah excited, sebabb view kat situ memg dah lawa. lebih kurang sama paras ngan awan dah masa tu. Lepas batu besar ni sangat la mencabar mental, jalan2 punya jalan, panjat punya panjat x sampai2. semua mcm dah hilang semangat. tapi tetap teruskan jugak.

akhirnya, jam 8.00 pagi kami sampai ke puncak gunung Rajah!

let the picture speaks!


that's genting










we've made it!











sangat lega, tiba2 penat tu semua hilang.
memang tersenyum lebar je.
terus aku sujud.
Alhamdulillah.
terpancar kegembiraan di wajah masing2 walau ada la jugak muka kepenatan tu.


di puncak, gambar2. lepas dah penat.
kami tidur atas puncak tu beramai2.
mula2 ok nyenyak je tidur. dalam 930am, matahari dah naik rasa bahang panas
plus lebah yg sgt byk berterbangan
'nggennnnggg ngengggg ngennng' kat sebelah telinga
semua pun terjaga.

kami lepak2 lagi, minum2, makan2, amik gmbar lagi.
dalam pukul 11.00 pagi kami mulakan langkah untuk turun.
Turun memg sangat cepat, perut semua da lapar, dalam kepala ingat nak makan maggi je kat lata naning tu.
kami just amik masa 2 jam setengah utk sampai ke lata naning berbanding naik makan masa lebih kurg 4 jam.

mandi. berendam. makan. solat. berehat.
pukul 430pm kami mulakan perjalanan pulang.
sampai semula ke air terjun chamang pukul 800pm.

singgah di masjid bentong utk bersihkan diri dan solat.
Kami singgah di KFC Bentong.
semua makan macam org baru keluar hutan *memang baru keluar hutan pun kan?

bertolak pulang ke UM semula.
aku memang tidur sepanjang perjalanan.
minta maaf kepada hilmi.
sorry xdpt teman. memang xleh tahan.
sampai UM dalam kul 1100pm.
tidur terus.

 wassalam.
baca lah blog kawan saya yeyeh

Sunday, July 1, 2012

~Ekspedisi Sangap Gunung Anak Hantu

Salam.

baru je balik dari satu lagi ekspedisi Geng Piittt Piiiiiittttt (ada sejarah di sebalik nama grup ni. haha) atau aku lebih suka panggil team kitorg Team MedMalaya (nama jersey kitorg which means medic malaya [UM]).
Tanggal 29 June-30 June menjadi tarikh untuk ekspedisi kami kali ini.


kat kem anak bukit : dari kiri me, pije, abg long, edi, yeye,adli, alan, ahmad,
talhah
Update ringkas. nak cerita banyak2 x berapa nak larat. Nak tahu jalan cerita sepanjang perjalanan baca blog sahabat saya yeYeH .

Kami kali ni seramai 10 orang : Me, Pije, Yeye, Edi, Ijat, Alan, Talhah, Adli, Abg Long & Ahmad.
Bagi aku. setiap ekspedisi memberi aku satu pengajaran baru. atau mungkin lebih dari satu.
Real experience learning.
Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya.
kita mungkin boleh rancang se'perfect' yang kita mampu, namun kita hanya Hamba Allah yang lemah. Segala keputusan dan pengakhirannya atas ketentuan Allah swt.

tetapi bukanlah disebabkan itu menjadi alasan untuk kita untuk tidak berusaha. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang merubahnya. Jika kita tidak mahu menuai manakan dapat padinya, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. begitulah kata bidalan.
















lagi satu, bersangka baik dengan segala yang Allah beri kepada kita.
Mungkin kita tak dapat apa yang kita mahukan.
Tetapi Allah itu Maha Adil.
Mungkin Allah nak bagi benda lain untuk kita.
Mungkin benda yang lebih baik daripada apa yang kita harapkan.
Atau mungkin Allah tak bagi apa yang kita mahukan kerna perkara itu mungkin boleh memudaratkan kita.
wallahu'alam.

'Man Jadda Wa Jadda'

Sesiapa yang berusaha akan mendapat hasilnya.

Seperti yang sahabat saya Yeye cerita dalam blog beliau, kami tersesat di dalam hutan malam tu, tetapi Alhamdulillah tiada apa2 yg berlaku kepada kami. Syukur.




kita minum dulu.

main air terjun. sejuk wooo..terbaik

model air terjun.

apalah talhah ni.

Jangan berputus asa. itu kata kunci untuk kejayaan. kalau kami berputus asa awal2, mesti tak dapat naik puncak. Walau kepenatan kami tetap mendaki untuk mencari puncak gunung. Walaupun pada asalnya kami berniat untuk ke puncak Gunung Besar Hantu, oleh kerana tersilap jalan..kami terus berusaha, Allah hadiahkan kami dengan Puncak Gunung Anak Hantu. Sebelah je.

Nahh, lihat Allah itu Maha Adil, jadi dalam hidup ni kalau kita tak dapat apa yang kita nak. jangan mudah putus asa. usaha lagi. insyaallah, ketentuan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.
wassalam
 

berlatar belakang air terjun lata kijang.

formal picture


kami. inilah jersey med malaya kami.
macam biasa: gambar belakang mesti ada.

Monday, April 9, 2012

~Gunung Datok Ekspedisi Santai Panorama

Salamun alaik..

begitu cepat masa berlalu, lagi 2 minggu dah dua bulan jadi Final year. Makin lama makin sibuk. makin banyak nak kena belajar, nak kena buat. masa makin lama rasa macam bergerak sangat pantas. Tak terasa pun masa berlalu.pejam celik pejam celik dah esok.

Banyak benda nak cerita dan update. tapi tak diber kelapangan untuk itu. tapi cuba curi masa sikit hari ini. ada tiga ekspedisi dah dilalui lepas ekspedisi gunung nuang bulan februari lepas. awal bulan mac hari tu ekspedisi ke Lata Naning, Bentong. Ekspedisi yang sangat mencabar minda saya sebenarnya. Mula mendaki pukul 1.45 pagi sampai ke lata naning dalam pukul 6.00 pagi. Berlawan emosi dengan mata yang sangat mengantuk. Tapi kepuasan bila sampai ke destinasi memusnahkan segala kepenatan dan kesukaran yang dilalui. Masa tu pergi berlima..me, izzad, pije, yeye dan su'aidi.

Lepas tu hujung mac kami ke Pulau perhentian. trip 3 hari 2 malam. Kali ni kami berlapan..me, azlan, mahfuz, izzad, yeye, pije, ustad dan su'aidi. A very pleasant journey. My first experience for snorkelling.Subhanallah. indah sungguh kehidupan bawah laut.

straight to the point. Ekspedisi Santai Panorama Gunung Datok. Kali ni mencipta sejarah dengan keahlian seramai 17 orang..me,talhah,pije,yeye,abg long afiq, su'aidi,izzad,hilmi,yen dan 8 muslimah..isz, wani, etty, anisa, liya, nezi, ida dan masri. Kami bertolak dari UM pukul 4.30 pagi ke Rembau.Tiba disana dalam kul 6.00 pagi terus singgah solat subuh di Masjid Jamek An-Nur Rembau. Selesai solat kami singgah di restoran rembau ria.




Memulakan pendakian dalam pukul 8.10 pagi kami meneruskan perjalanan sehingga ke puncak dalam masa 1 jam 50 minit. Berjalan santai je, kadang2 tu stop berehat jap dan banyak stop sebab kena beri laluan untuk pendaki lain. Masa tu ada pertandingan yang dianjurkan oleh warga JKR negeri sembilan. Pada masa yg sama, ada trip KRS sekolah pun memanjat gunung yg sama.

Dipuncak kami berehat2, makan2 dan paling penting amik gambar serta menikmati keindahan di atas tu..Subhanallah..sungguh indah.

Dalam kul 12 kami turun bawah..ambil masa dalam 1 jam 10 min..official time satu jam 20min bila semua orang dah sampai. Dalam perjalanan pulang kami singgah di hutan lipur ulu bendul..mandi2 sebentar disitu. bertolak pulang dan sampai di kolej jam 6 petang.

adamasa nanti upload gambar. insyaallah dalam perancangan awal bulan 5 nanti akan mendaki Bukit Kutu kat Kuala Kubu Baru pulak..semoga semuanya berjalan lancar.