Wednesday, August 24, 2011

~update selepas dapat result

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. yang memberikan kita nafas lagi hari ini untuk masih berada dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Pejam celik hari ini sudah 24 Ramadhan..tinggal beberapa hari lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita.

Syukur juga dengan rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah telah kurniakan diri ini dengan kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. Moga-moga dengan kejayaan ini menjadikan diri ini lebih dekat denganNya, insyaAllah.

Namun, seperti biasa, Allah masih nak uji sebahagian daripada kita, ada juga sahabat-sahabat yang perlu mengharungi satu lagi ujian sebelum memasuki Fasa IIIB Junior ni. Semoga Allah tabahkan hati mereka, dan permudahkan segala urusan mereka. Amin.

Sebenarnya, bukanlah kegagalan sahaja merupakan satu ujian, malah kejayaan juga merupakan ujian buat kita. Allah uji dari segi sejauh mana kita bersyukur dengan pemberianNya ini. Adakah selepas ini kita masih lagi di takuk yang lama, atau mengambil satu anjakan paradigma dan mengolah langkah setapak kehadapan dalam menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya. Satu ujian yang sangat besar. Moga-moga dapat mengharungi ujian ini, takut kalau Dia tarik balik nikmatNya.

sekian sahaja update kali ini.
Bakal pulang ke Sarawak Jumaat ini.
Tak sabar nak berbuka puasa dengan ibu dan ayah dan keluarga.
=)

Wassalam