Wednesday, December 30, 2009

~BiCaRa SoLaT (I)

Salam~~

hari tu ada beli satu buku...menarik untuk dibaca dan didalami..tajuknya "Kuasa di Sebalik Solat"(The Power of Solat) terbitan al-Hidayah. buku ni menerangkan tentang pergerakan2 dalam solat kita seharian :: cara solat Rasulullah S.A.W, hikmah dan kelebihan setiap pergerakan2 tersebut...

setiap pergerakan bermula dari luruskan saf, takbiratul ihram hingga ke salam diterangkan dengan terperinci serta disertakan dengan hadith2 yg berkenaan.

xhabis baca ag...untuk bicara solat (I) ni nak kongsi pasal luruskan saf,takbiratul ihram dulu...selamat membaca dan selamat beramal...

(I)merapatkan dan meluruskan saf dalam solat berjemaah

dari Anas R.A, Rasulullah s.a.w bersabda :

"Luruskanlah saf kamu. Sesungguhnya meluruskan saf adalah sebahagian dari menegakkan solat."

dari Ibn Umar Radhiyallahu'anhuma, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Luruskanlah saf, sejajarkanlah antara bahu-bahu, tutuplah tempat yg kosong, dan janganlah kamu membiarkan celah2 utk syaitan. Barangsiapa menyambung saf, maka Allah akan menyambung hbungan dengannya. Dan barangsiapa memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya."

daripada hadith ini, ditegaskan pentingnya menyambung saf dan tidak memutuskannya.

  1. bahu haruslah dirapatkan dgn bahu
  2. kaki dirapatkan dgn kaki (bertemu mata kaki- bertemu tulang yg menonjol pada kedua sisi kaki-istilah sains nye plak bertemu lateral malleolus)
then, nak luruskan saf :

jari2 kedua kaki harus berada dalam satu garis lurus dan salah satu dari keduanya tidak mendahului yg lain.

JADI, apa kelebihan2 pergerakan ni??
  • rapatkan bahu n kaki - menjaga keseimbangan badan-->berat badan kita bertumpu pada kedua kaki secara seimbang. kalo berat badan hanya bertumpu pada satu kaki je->mjadikan tulang2 pinggul(pelvis) miring ke arah lain.
  • secara keseluruhannya pergerakan ni menjaga struktur tulang2 pelvis dan kaki.

(II) mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram

dari Salim bin Abdullah dari ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w mengangkat kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya ketika Baginda memulakan solat dan ketika bertakbir utk ruku'. Apabila Baginda mengangkat kepala dari ruku', maka Baginda juga mengangkat kedua tangannya sambil membaca , "sami'allahu limanhamidah, rabbana walakalhamd"(Allah mendengar org yg memujiNYA. Wahai Tuhan Kami, bagiMu segala puji). Dan Baginda tidak melakukan itu dalam sujud. (riwayat al-Bukhari)

dari Ubaidillah dari Nafi' bahawa ketika Ibn Umar R.Anhuma memulakan solat, dia bertakbir dan mengangkat kedua tangannya. Jika dia ruku', dia mengangkat kedua tangannya. Jika dia mengucapkan "Sami'allahu limanhamidah", dia mengangkat kedua tangannya. Dan jika dia berdiri setelah selesai dua rakaat,dia mengangkat kedua tangannya. Ibn Umar R.anhuma memarfu'kan ini kpd Nabi s.a.w.

tatacara mengangkat tangan, menurut jumhur ulama :
  1. angkat kedua tangan dekat dgn bahu
  2. hujung jari2 sejajar dgn bahagian atas kedua telinga
  3. kedua ibu jari sejajar dgn kedua cuping telinga
  4. kedua telapak tangan sejajar dgn kedua bahu
  5. membuka jari2 ketika mengangkat tangan : riwayat dari Abu Hurairah r.a, dia berkata :"apabila nabi s.a.w berdiri utk solat, maka Baginda mengangkat kedua tangannya seraya membuka keduanya."
hikmah mengangkat tangan??
  • menjadikan dua tulang belikat(scapular) kembali ke kedudukannya yg rata disertai keseimbangan tulang belakang
  • menambah luas dada-->menambah kapasiti udara kedua2 paru2-->kuantiti darah beroksigen bertambah-->kuantiti darah yg membawa makanan dan oksigen kpd sel2 bertambah-->kecepatan tubuh membersihkan diri dari sisa2 proses metabolisme pada sel bertambah-->menambag kemampuan sistem2 biologi tubuh.

setakat ini dahulu...seterusnya bahagian kedua...insyaALLAH~~

wassalam.

Monday, December 28, 2009

~yang ke-90

Salam~~

disaat org len sibuk pulang ke kampus, kami2 berada di rumah bergoyang kaki bercuti bersuka hati...hehe...harus menghargai dan mensyukuri nikmat cuti ini,walau diberi hanya seminggu bukan senang nak cari...lepas ni bukan ada cuti sgt dah sampai final exam nanti :p

hari jumaat lepas, flight ku mula membelah awan seawal 7.05 pagi lalu mendarat di landasan lapangan terbang Bintulu...tepat 9.05pagi...sebelum tu kul 5 pagi dah bertolak dr rumah untuk ke LCCT...smpai di Bintulu...ingatkan leh balik Tatau teruss...tetapi rupa2nya, ibuku,abgku sama kakakku da plan untok ke MIRI...sambung lagi perjalanan 2jam...aduh..penat...wat pe kat Miri...jalan2 jer...sambil menyelam minum air...sempat la membeli sedikit disana...cukup kisah disitu..akhirnya sampai di Tatau malam....penat..tido...ZZzzZZZzzzz

esoknya kul 1 petang...ada kelas memandu...ok,blajar time hujan turun...xpe2,hujan rahmat Allah swt...

then, hari Ahad...xde watpe sgt...facebook...tgk muvee kat lappy ni...ptg tu jumpa la kwn2 jap...terubat winduu kat diorg... ^_^

hari isnin..tadi..saat ditunggu2,ternanti2 selama ni...n tu la antara sebabnya kena balik cuti ni...ujian memandu JPJ...takot2..mula2...huhuhu...alhamdulillah...sgalanya berjalan dgn lancar...yeay dah ada lesen keta...jauhlah perjalanan lepas ni...heheeh...aku bukan lagi pemandu haram di jalan raya..hahaha...

lepas ni...xtaw nak watpe...

menunggu waktu terus berlalu...
akan cuba isi dgn sebaiknya!!!
insyaAllah
kpd yg dah start sem baru...
selamat kembali ke alam ilmu...
setelah lama bercuti...
semoga lebih bersemangat untuk teruskan semester baru ni...
Ganbatte!!!

Wassalam...
.
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang2 yg bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" [6:32]

Tuesday, December 22, 2009

~ceritera bulan 12

Salam...

dah lama x update blog..lebih sebulan, xde kekuatan n kerajinan utk menulis pa2,cam biasa cuma melayari blog2 sahabat lain...byk perkara yg da berlaku sepanjang bulan 12 ni...

mula2 hari tu bila buka sem baru dak2 medik ni, kena pindah bilik...dapat blok E tingkat atas sekali...memang terbaiklah nak angkut barang ke atas ni...nak pengsan rasanya...roommate sem ni sama ngn sem lepas gak..

xlama pas2 KKAA wat program cuci keta untuk cari dana projek...wat sehari je kat fakulti perubatan...alhamdulillah, pendapatan yg agak memberangsangkan....

kemudian, hari2 berlalu cam biasa...lectures, PBL, practical, ward round...rutin harian sebagai pelajar...cuma payah sikit bab makan...DU(Dewan Umarak aka dewan makan) still under renovation.. 27hb ni baru DU buka...pastu kafe pun xbuka...setiap hari kena kuar cari makan...kadang2 kat 12th..kadang2 kena cari makan luar UM..yelah sekrg fakulti lain sumer tgh cuti,byk kafe kat dalam tutup...ni awal2 bulan 12 hari tu la...sekarg byk kafe da buka..kafe kat 2nd aka Pak Mail(nama yg kitorg bagi padahal pemiliknya bukan pak mail pun) pun da buka...

then, kitorg (me, hilmi, pian, atiqah, azie, aini, liya ) pegi Muar...survey kampung untk KKB (Kem Khidmat Budi) kitorg bermalam di umah ketua Kampung kat situ...kat sana keja makan je..tambah2 masa kitorg dtg tu ada kenduri kahwin...sambil2 tu kitorg pun singgah kat umah atiqah (umah dia kat Muar) sebelum berangkat pulang ke KL...sonok2...
pe2 pun semoga KKB tahun ni dapat dilaksanakan dgn jayanya...all the best to my roommate (pian) selaku pengarah KKB tahun ni...p/s: pian, xyah riso2 sgt kitorg akan support ko.

dan juga result untuk part A da kuar da pun...alhamdulillah, dapat result...mungkin x cukup baik, kena usaha lebih lagi kali ni...part B tiada masa utk bermain2 lagi...redha dgn ketentuan Allah swt...ada sebab kenapa dia berikan semua ni...

" Tidaklah Allah turunkan cubaan kepadamu melainkan cintaNYA kepadamu"

sekarang ni petang2 diluangkan untuk bermain volleyball...bila dak2 medik berkumpul main volleyball riuh satu court...yg dari 6th pun datang gak...semangat itu penting...dan yg paling penting ukhuwah kita sesama hamba Allah dapat dipertingkatkan dan dirapatkan...alhamdulillah
nikmat ukhuwah sesuatu yg sgt indah, jadi hargailah persahabatan tali ikatan sesama kita, jangan ada yg berpecah belah...

belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1431H...satu Muharram detik permulaan perkiraan tahun Islam Hijrah...semoga tahun baru ni lebih menjadikan diri kita sebagai insan yg lebih berguna dan lebih baik dpd sebelumnya..insyaAllah...

apa lagi nak cakap ek...hurmmm start khamis ni dak2 medik 2nd year akan bercuti selama seminggu...yeay boleh balik...heheheh...flight hari jumaat ni seawal 7 pagi..xsabar nak balik...
hurmmm...pasal JPA, perkataan yg sgt kerap didengari akhir2 ni..."tolonglah masuk duit JPA...dah xde duit nak makan ni..:p"

wokeyhlah...setakat ini dahulu...

wassalam....

Friday, November 20, 2009

~setelah diuji

Salam...

hari rabu 18 nov 2009 maka telah berakhir peperiksaan MBBS FASA 2 Bahagian A...maka dgn itu berakhirlah episod "stay up" sampai kul 3 pagi...hehe..bukanlah berakhir begitu sahaja, bakal bersambung di episod yg menjelang...sudah menjadi lumrah,itu yg bakal berlaku setiap kali peperiksaan...
Alhamdulillah, peperiksaan kali ini telah aku tempuh dgn tabah sekali, jarang benar ada episod kedukaan dan kemuraman serta kerungsingan yg amat sangat. Semuanya dihadapi dgn tenang berbekalkan keyakinan ALLAH swt sentiasa disisi kita. itulah kunci segala ketenangan. ingat lah Allah selalu. perbanyakkan amal serta zikrullah. insyaAllah, bertambah dekat diri kita dgn Allah maka akan lebih tenang jiwa sanubari kita.

kali ni peperiksaan bakal2 doktor UM tahun kedua ni ada 3 kertas :

Pertama : MCQ n SAQ -360 markah
Kedua : Long Case n SAQ - 340 markah
Ketiga : OSPE - 200 markah

maka secara totalnya ada 900 markah untuk dikumpul dimana ketiga2 kertas merangkumi soalan2 dari subjek Pathology, parasitology, pharmacology, medical microbiology, DPHS, Behavioural Sciences, Surgical and Medical.

cukup kisah exam..habis je exam hari rabu tu, lepas zuhur kitorg g makan kat Pantai Dalam...
aku,afiq,pejol,hilmi,lily,isz,aini,atiqah,liya,kak biha,kak yana n kakak kpd kak yana...ekceli kitorg wat makan2 tu khas utk kak yana n kak biha...diorg next sem dah xde kat kolej, mereka harus g Latihan Industri selama 6 bulan...waktu tu hujan sgt lebat...

lepas 2 petang plak,kitorg gerak ke Mid Valley...kononnya nak tgk 2012...tp xjadi tiket fully booked...ada tiket 1115 pm...mungkin tidak kerana cerita itu 2jam40minit...nak balik kul 3 pagi...batalkan hasrat...pastu ktorg pusing2 kejap kat JUSCO,n makan kat Domino's Pizza.
aku,hilmi,afiq,isz,azie,liya,lily....makan sampai kenyang..mulanya atiqah ada,tp dia balik Johor malam tu...so tinggal ktorg je..lepas makan, balik...tgh jln2 tu terserempak ngn geng2 kak emy,kak nad,kak marina,kak nabila....pulang ke UM menaiki Bas RAPIDKL...lama dah xnaek bas..huhu,sekali malam tu ramai plak org, driver bus tu mampatkan juga sampai sumer leh masuk....

ok. semester baru akan bermula isnin ini...cuti kami budak2 medik 2nd year hanya 4 hari...sunggoh kejam fakulti medik..huhu...apa2pun hari ahad ni kena pindah blok..so bakal dapat bilik baru, 4 sem tinggal kat kolej ni aku da dapat 4 bilik...hurmmm...bagus ke x bagus tu???yg penting kerja2 mengangkut barang nanti sangatlah memenatkan...sabar sabar....
isnin n selasa ni gak KKAAXIII akan wat program mencuci kereta untuk mencari dana projek itu nanti...nantikan kami di fakulti sains hari isnin dan fakulti perubatan hari selasa...

oklah...setakat ini dahulu, selamat bercuti kepada sahabat2 yg tgh bercuti...manfaatkan cuti anda sebaiknya...hargai nikmat cuti(kelapangan) yang ada ini sebelum kesempitan...

liya n afiq...fokus mendengar,smpai x sedar leher nk kena gunting

azie dgn gembiranya leher nya kena gunting..hahah


liya...tisu di atas kepalamu


azie, liya n afiq...studymates ku..huhu..duk satu meja kat BBG masa study week

afiq,azie,tqah n liya..selepas exam hari kedua..ini di PPUM



Kek istimewa untuk mereka..


Kak Yana n Kak Biha..mekasehbyk bagi tunjuk ajar selama ni...


Kak biha n liya- dua2 adalah ketua biro tajaan KKAA


tqah n kak yana


ayam golek yg sangat sedap..nyum nyum...

Saturday, November 7, 2009

~Istimewa buat sahabat

Walau digilis derita

Masih teguh menggalas peranan

Walau dihempas cubaan

Masih gigih menegak kebenaran

Zahir yang terpancar

Dari insan sepertimu

Takkan bisa dimiliki insan biasa…


Berjuang di jalan Allah

Tak pernah gentar

Meneruskan langkah ibadah

Tak pernah berpaling

Selagi misi digenggam

Visi menjadi matlamat

Kau redah segalanya

Demi mencari redha Ilahi


Di saat langkahmu terhenti seketika

Jangan kau kecewa

Dirimu tidak keseorangan

Kau didampingi jiwa-jiwa prihatin

Setia menghulur tangan

Sedia mengiringi langkahmu

Meneruskan perjalanan


Cemburu hati ini melihatmu

Masih tersenyum ceria

Menghadapi semuanya dengan sabar

Allah sentiasa bersama-sama orang beriman

Allah sentiasa bersama-sama orang bertaqwa

Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar

Semoga dirimu dalam kalangan mereka

Yang mendapat kasih sayangNya


Sahabat

Kami mendoakan yang terbaik untukmu

Semoga dikau menghadapi segalanya

Dengan tabah

Insyaallah

Dengan rahmatNya jua

Dengan redha yang Maha Esa

Semoga kita semua mendapat kejayaan

Kebahagiaan

Di dunia dan akhirat


TerMenUng : syukur diberi nikmat dari Allah swt...biasanya kita xpernah hargai apa yg kita miliki, bila dah tiada, nikmat di tarik balik...barulah kita merasai kehilangan...


terFikiR : harus tabah dan sabar menghadapi semuanya...semuanya ujian Allah...kita diberi nikmat,Allah nak uji adakah kita ni hamba yang bersyukur atau tidak...jika nikmat ditarik semula, Allah nak uji betapa sabarnya kita menerima ketentuanNya...apa2pun ujiannya,bersyukur kerana Allah masih mengasihi dan menyayangi kita...Subhanallah ^_^


p/s : untuk sahabatku, semoga kalian tabah menghadapi segala onak duri...Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segalanya...sesuatu yang baik atau buruk...jika kejayaan dan kebahagiaan adalah yg terbaik untuk kita...bersyukurlah, dan jika kegagalan itu adalah yang terbaik untuk kita, redha lah dgn apa yang Allah nak bagi kpd kita..Dia lebih Mengetahui...




Saturday, October 31, 2009

~jangan jadikan cinta kita fitnah

Salam~~

disaat ini aku berada di pasir gudang johor...ada sepupu tinggal kat sini. petang td br balik dr danga bay. akhirnya aku telah menjejakkan kakiku di selatan tanah air..huee~~sempat ag jln2 wpun org len sumer tgh sibuk menyiapkan diri untuk exam. bercakap pasal exam dak2 medik 2nd year akan exam 16,17,18 november 2009. dan dak2 course laen dah start exam hari isnin ni..gud luck sumer..semoga kita dipermudahkan oleh Allah swt dalam menjawab soalan peperiksaan nanti..byk2kanlah berdoa agar ilmu yg kita pelajari itu diberkati Allah. sesungguhnya semua yg ada di dunia ini milik Allah, maka mintalah dari Allah..insyaAllah lebih mudah kita untuk fahami apa yg kita baca...

okeyh, berbalik kpd tajuk post kali ni...pada hari rabu n khamis lepas, balai islam Kolej kediaman ke6 telah mengadakan satu program "ANDA BIJAK JAUHI ZINA"(ABJZ). hari rabu tu ada 2 ceramah: satu dari wakil RaudhatusShakinah iaitu Puan Rosie and satu lagi Dr Maria, lecturer fakulti medik. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal RS sila layari blog ini ummiroses.blogspot.

hari khamis pulak ada satu forum yg bertajuk seperti tajuk post sy kali ni..moderatornya ustaz zul yg selalu bg ceramah kat 2nd...panel plak ustaz muhammad and ustaz azman..kalo nak tahu ustaz muhammad ni pernah dtg gak masa forum kat episma dulu n dia ada blog dia ustazamin.blogspot. n ustaz tu pun dah update blog dia pasal program ABJZ kat 6th college tu..rajin2 singgahlah blog beliau...byk yg boleh kita pelajari di sana.

berbalik semula kpd tajuk, pasti ramai diluar sana bila bercakap pasal cinta mcm2 yg boleh keluar dari mulut kita. cinta itu buta. cinta itu indah. cinta tu penting utk pastikan pasangan yg sesuai. ada yg sekadar cinta monyet. n macam2 lagilah. kalo bdasarkan apa yg ustaz tu ckp tempoh hari.

Cinta itu adalah suatu perasaan yg senang dan tenang terhadap sesuatu. Cinta juga ditafsirkan sbg "asyik".

Cinta ni pulak terbahagi kepada dua :

satu. Cinta yang berdasarkan kepada nafsu dan syahwat

kedua. Cinta kpd Allah.

jika kita bercinta jenis yg pertama. maka anda perlu lakukan sesuatu.

jika kita bercinta jenis yg kedua. Alhamdulillah.

tanya diri sendiri, cinta bagaimana yg kita cari? sesungguhnya cinta kita perlulah dikaitkan dengan keimanan dan ketaqwaan kita kpd Allah swt. barulah cinta itu akan kekal di dunia dan akhirat. cinta kpd Allah...

persoalan yg pasti timbul, apakah boleh bercinta dlm ertikata lain ber"couple" dalam konteks islam??berdasarkan apa yg diterangkan ustaz, boleh tetapi hendaklah tidak melanggar hukum2 syarak. pergaulan mestilah dijaga. batas2 perlulah dititik beratkan..selagi mana tiada ikatan nikah yang sah. TETAPI, sebaik2nya bercinta selepas berkahwin adalah lebih baik.

mungkin saya bukanlah org yg sempurna untuk berbicara tentang hal ini...tetapi bila malam tu ustaz cakap "kita tegur org bukan untuk mengubahnya, tetapi kita tegur atau nasihat org sebab itu adalah suruhan Allah..org tu nak berubah menjadi baik atau tidak itu urusan Allah dgn org tu..yg pasti kita dah laksanakan tugas kita." secara peribadinya amat risau melihat keadaan di sekeliling sekrg ni...yup, bicara pasal cinta. lelaki n wanita.

batas pergaulan entah ke mana...berdua2an..berpegangan tangan...

hendak menegur...sesungguhnya amat lemah iman diri. hinggakan hanya mampu meluahkan rasa risau kpd sahabat2 yg lain. berbincang gak. bagaimana untuk atasi benda ni. benda berlaku dpn mata. takkan nak biarkan. maksiat. xpasal2 kita pun dpt dosa gak. mohon petunjuk dari Allah agar diberi cahaya penyelesaian terhadap masalah ini. secepat mungkin. insyaallah.

jgn jadikan cinta kita fitnah. sebagai umat islam, walaupun kita hendak bercinta jagalah apa yg patut dijaga.

satu. aurat : batas aurat perlu dijaga...

dua. batas pergaulan : bersentuhan. TIDAK BOLEH sama sekali.

ketiga. berdua2an: lagi lah.kalau nk jumpa gak pastikan ada org ketiga. org ke3 tu plak jgn lah terlibat sama dlm menjayakan berdua2an tu.

keempat. byk lagi : sendiri fikir.

pasal masalah tadi. ada seorg sahabat dah tegur. dah x nampak mereka berdua2an lagi.x tahu sama ada betul2 da xwat or pergi tempat lain. insyaallah kita doakan yg terbaik untuk mereka.

berbalik pasal forum tadi seorg sahabat da update gak pasal tu...so, silalah ke blog beliau. jauhtapidekat.

jadi, ingin dipendekkan cerita: sama2lah kita renung kembali..muhasabah diri kita...Cinta kpd Allah. Cinta Hakiki. cinta abadi. jika itu cinta yg kita cari cinta yg diredhai Ilahi.

Cinta sesama insan...jagalah adab dan batas2 yang disyariatkan dalam Islam..sandarkan cinta kepada keimanan..

Kita. sebagai sahabat. saudara sesama Islam. sama2lah kita menasihati. ingat mengingati satu sama lain. adakalanya kita lupa. adakalanya kita leka. apa yg lalu jadikan sempadan. semoga kita semua mendapat cinta daripada Allah swt..

p/s :betulkan saya jika ada yg x betul informasi yg sy sampaikan ni.


Wednesday, October 28, 2009

~9 alamat hati orang mukmin

Salam
seperti yg sy war2kan dlm post lepas...hari tu ada satu ceramah oleh ustazah sharifah zaleha...pernah menuntut di Universiti al-Azhar dan kini menyambung pengajian beliau di Universiti Malaya dalam bidang kaunseling. ini adalah sebahagian kandungan ceramah yg telah beliau sampaikan. Semoga menjadi renungan kita bersama. 9 alamat atau tanda2 hati org2 mukmin :

Pertama : Cinta kepada Allah
nak tahu sama ada kita cinta kpd Allah ke tidak?
kita renung balik amalan harian kita, adakah kita betul2 ikhlas dlm beribadat?
adakah kita rasa puas & tenteram dalam beribadat kpd Allah
adakah kita rasa ringan dalam mengerjakan ibadat?
jika ya, alhamdulillah.

Kedua : Kembali bergantung kepada Allah
dlm kehidupan seharian kita hendaklah ada sifat kebergantungan kpd Allah
Allah berfirman dalam surah al-Fatihah :
"Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami meminta pertolongan"
kita sebagai hamba-Nya mestilah mempunyai rasa kebergantungan kpd Yang Maha Pencipta.

Ketiga : Asyik/leka dalam melakukan ibadah
sama jua dgn yg pertama tadi..
bila ada sifat ini kita x akan berasa berat untuk melakukan ibadah kpd ALLAH
ini akan menjadikan kita lebih istiqamah dlm beibadat

Keempat : Hati tenteram bersama Allah
adakah kita memiliki sifat ini??
hati sentiasa tenteram walau dilanda bencana, dugaan dan musibah dlm hidup.
bila kita sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita,
nescaya hati kita akan sentiasa berada dlm keadaan yg tenang.

kelima : Ambil berat tentang waktu
lebih mudah, menghargai waktu.
dlm konteks ini bukan hanya tidak membazirkan masa
tetapi juga sentiasa menjaga waktu : contohnya waktu solat.
org yg mengamil berat ttg waktu akan sentiasa berwaspada dlm apa yg dilakukan
agar setiap aktiviti yg dilakukan tidak mensia2kan waktu.

keenam : memberi keutamaan terhadap kualiti amal
kualiti bukan kuantiti
perkara yg boleh dikatakan 'common' dlm kehidupan seharian...
kualiti lebih penting berbanding kuantiti
oleh itu, sama2lah kita menjaga kualiti amal kita.

ketujuh : ketaatan kpd Allah
taat kpd Allah.
lakukan apa perintahNya dan tinggalkan laranganNya.

kelapan : hati berorientasikan Allah
tanamkan sifat melakukan apa2 diniatkan hanya kerana Allah taala.

kesembilan : lembut hati untuk berzikir
subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar.
zikrullah.
mengingati Allah.
org2 mukmin sentiasa mengingati Allah setiap detik dan waktu dalam hidup
marilah sama2 kita latih lidah kita untuk sentiasa berzikir kepada Allah.


sahabat2 sekalian marilah kita renung kembali amalan seharian kita, dimanakah letaknya diri kita.tepuk dada tanyalah iman.adakah kita memiliki alamat2 hati orang mukmin??jika ya alhamdulillah. sejauh manakah tahap keimanan kita?
jika kita terlalu jauh dari alamat2 di atas, ayuhlah kita sama2 perbaiki diri kita...
mungkin kita xkan mampu berubah dengan serta-merta.
sedikit2 lama2 jadi bukit...
perubahan mungkin memerlukan masa
yg penting usaha kita.
insyaallah
mudah mudahan kita mendapat rahmat Allah
renung2kanlah dan selamat beramal!!


Monday, October 26, 2009

~hari interaksi

::Salam::

ini sebuah kisah yg br berlaku semalam: tanggal 25 oktober 2009
lokasi : taman jaya
waktu : 7.00am - 2.00 pm

hari interaksi balai islam sesi 2009/2010
start jam 7.00pagi:mula berkumpul di surau dan kami telah bersarapan di situ.
tunggu punya tunggu hingga kehadiran beberapa org maka kami pun bertolak ke stesen universiti pada jam 7.45pagi. Setibanya kami di stesen taman jaya dalam pukul 8.30pagi

disana kami dibahagikan kpd 5 kumpulan : sy kumpulan ketiga bersama arif,lily,kak mai n yana

checkpoint pertama kami segitiga. nasib baik dtg2 je terus jumpa.ada kumpulan yg pusing2 byk kali still x jumpa checkpoint. di checkpoint ini kami kena wat stretching.panaskan badan. seterusnya kena baca ayat hafazan surah as-saf ayat 1-4 beserta maksud :

"telah bertasbih kepada ALLAH segala apa yang berada di langit dan di bumi, dan Dialah yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
Wahai orang2 yg beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan?
Amat besarlah kemurkaan di sisi Allah atas apa yang kamu katakan tetapi tidak kamu kerjakan.
Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang berperang di Jalan Allah dalam saf yang lurus,seperti bangunan2 yg tersusun."

jika hendak dihuraikan ayat ni memg panjang penjelasannya. tetapi secara ringkasnya ayat ini menyuruh kita apabila menyampaikan sesuatu hendaklah kita jua melakukannya. contohnya apa
apabila kita mengajak kwn kita untuk sentiasa menjaga waktu solat.kita hendaklah juga menjaga waktu solat kita. lebih ringkas janganlah kita cakap x serupa bikin. englishnya "Walk the Talk".
ayat ke 4 pula menerangkan bagaimana kita harus menjalankan kerja2 di jalan ALLAH di dalam saf yg teratur iaitu organisasi yg teratur.itu serba sedikit kupasannya.

checkpoint kedua kami adalah bintang. ini slot disiplin. slot serius. basically nak ajar ttg kita harus ambil berat tentang Islam. Islam bukanlah suatu yg boleh di ambil ringan. Dalam pada itu, kita juga harus membetulkan niat kita dalam apa jua yg kita lakukan agar semuanya adalah diniatkan kerana Allah Taala.

checkpoint ketiga ialah bulan sabit : slot mengisi air di dalam 2 botol.syaratnya paras air mesti sama dlm kedua2 botol dlm masa 4 minit. checkpoint ini menguji bagaimana kita menyusun strategi dlm melakukan sesuatu. konsep musyawarah. begitu jua dlm kita melakukan kerja2 islam . kita harus ada strategi yg tersusun agar apa yg kita lakukan berjalan dgn lancar. selain itu kepentingan kita berbincang, bermesyuarat agar kita mencapai kata putus dan beroleh keputusan yg terbaik dlm melakukan ssuatu.

checkpoint keempat
: bulat. kata diorg checkpoint paling best dan santai. diberi masa lima minit untuk berkenalan sesama ahli- nama penuh, asal,anak ke berapa, bil adikberadik,kursus, tahun pengajian, tarikh lahir, biro. diakhirnya kami diuji setiap seorg. seterusnya kami disuruh menyusun diri kami mengikut turutan : mengikut usia, bil adik beradik, tempat asal.
pentingnya kita mengenali antara satu sama lain. tak kenal maka tak tahu. bila dah kenal baru lah senang untuk kita berkomunikasi seterusnya nti. satu langkah merapatkan silaturrahim.

checkpoint terakhir : segiempat. cari gula2 dlm tepung. makan gula2 then pas kan gula2 tersebut kat org lain tanpa menggunakan tangan. kemudiannya kami dibekalkan 2 botol air yg dibuat dgn penuh kasih sayang. satu air teh tanpa gula.rasanya ok lagi. satu lagi air sarsi kalo x silap ditambah dgn entah berapa senduk garam agaknya. hurmm.meloyakan.hypertension dibuatnya.
setiap seorg kena merasa. ukhuwah penting. bila dah ada ukhuwah yg kukuh apa pun yg kita lakukan adalah lebih mudah.

itulah serba sedikit apa yg telah kami lalui. Semoga semua yg kami pelajari hari itu menjadi iktibar kepada kami semua. dan diharap agar semuanya dapat diamalkan dlm kehidupan harian.
dan jua diharap apa yg dilihat hari itu juga berlaku dimasa2 seterusnya dan bukan hanya untuk hari interaksi itu insyaALLAH.

p/s : semalam jugak ada ceramah oleh ustazah sharifah zaleha. sgt penuh dgn ilmu dpt dipelajari berkenaan alamat2 hati org mukmin.

Monday, October 19, 2009

~Dia...sabarlah menunggu

aKu TaK MeNGeRTi
SeJaK DeTiK MaTaKu TeRLiNTaS oLeHNYa
HaTiKu BaGai DiTaMBaT...
aDaKaH Dia MiLiKKu?

BiaSaNYa Ku NaFiKaN RaSa SePeRTi iNi
BiLa KuKeNaNG JaNJiKu PaDaKu SuaTu SaaT DaHuLu
MaTLaMaT HaRuS Ku CaPai
SeBeLuM BiSa aKu MeMiLiKi HaTi iTu

NaMuN
TiaP KaLi aKu MeLiHaTNYa
aKu RaSa TeNaNG
WaJaHNYa
SeNYuMNYa BuaT JiWaKu MeLaYaNG
MuNGKiN DiaLaH iNSaN PiLiHaNKu
TaPi aPaKaN DaYa
KaTa JaNJi HaRuS DiuTaMa

aYu...
MaNiS TiNGKaH LaKu
CeRia...
SeTia PaDa aGaMa
PaSTi BiSa MeMBiMBiNGKu
MeLaYaRi BaHTeRa KeHiDuPaN
MeNuJu DeSTiNaSi aBaDi

BiaRLaH DuLu
BiaRKu SiMPaN RaSa HaTiKu
JiKa BeNaR Dia MiLiKKu
PaSTi BeRSua KeLaK
JiKa TiDaK
MuNGKiN aDa YaNG LaiN uNTuKKu
SaBaRLaH MeNuNGGu...



Tuesday, October 6, 2009

~yang sudah dan bakal...

Salam...
buka bicara kata...

hari ni baru je habis End oF Course Test untk subjek DPHS (E&S) yg membawa maksud " Doctor, Patient, Health and Society ( Epidemiology & Statistics ), test ini menyumbang 5% untk markah final nti...agak2 dpt brp ek td??huhu...

minggu lepas hari khamis br je lepas habis CoNass untk subjek Medical Microbiology n Pathology...dah xde test dah lepas ni...tggu final exam ajer lg...exam lepas raya, faham2lah sejauh mana tahap kesediaan untk ke dewan peperiksaan itu...

hari sabtu lepas juga telah pergi empat buah "open House" yg bermula jam 12 tgh hari hingga lah ke jam 2 pagi br sampai kolej...wuwuwu...penat.. hari tu g umah Azie kat selayang, pastu umah Kak Nad, then ke rumah Kak Hannan di Klang dan akhir sekali ke rumah Sha...penat perjalanan...itu yg boleh ku konklusikan...huhu..dgn tahap kesesakan lalu lintas di waktu puncak itu dan kesesatan jalan raya yg telah berlaku...kami sebenarnya lama berada di atas jalan raya...apa2pun, TQ 4 da rumah terbuka itu...thn dpn wat lg ek...

ahad lepas juga, jamuan aidilfitri KKTB...x terlibat apa2 dgn persiapan untk itu, hanya dtg untk makan...hehe..malam itu sgt ralat dgn satu perkara...=( seharusnya itu tidak berlaku...ok NOktah

start minggu ini tiada lagi makan2 di dewan umarak kerana sedang berada dalam proses renovasi di bawah RMK9...harus mencari makan di tempat lain selama dua bulan mendatang...bertambah perbelanjaan...hurmmmmm.....

akan datang :

pertama : harus siapkan report & slide CFCS (community family case study)-ada presentation minggu dpn

kedua : English Course- ada homework, n minggu seterusnya akan kena wat meeting(berlakon)untuk assestment then kena anta minit mesyuarat...

ketiga : minggu depan start wat ward-round..x pasti sama ada mahu excited atau tidak...tunggu dulu first experience...

keempat : juga ada PBL-problem based learning minggu dpn...no feeling...huhu

kelima : final exam 16-18 november...sudah sgt menghampiri!!!!!!!!!!!!!!!!!prepare lagi awal!!!!!
jgn mcm dulu!!!!!!!!!xnak dah!!!!!!!!!!!!ganbatte!!!!!!!!!!!

keenam : semoga semuanya diberkati ALLAH....




sign2

Friday, October 2, 2009

~BiCaRa PeMiKiR I


DuDuK LaGi-
MeReNuNG, FiKiR, TeRMeNuNG TeRuS JauH
DiaLun GeLoMBaNG aKaL- hanyut.
aPa MeNaNTi, TeRJaDi?
KeNaPa BeGiTu?
Di SaNa, Di SiNi,Di SiTu...
TeRBaYanG TsuNAMi MeLaNDa, WaBaK inFLueNZa...
PeRBaLaHaN BaNGSa,
TaK KeNaL eRTi BeRBaHaSa- sesak minda.

TeRCaBaR SaBaN HaRi
DiGiLis BaTu BeRGoLeK DaRi aTaS- menimpa diri
CuBa LaRi, TaKKaN DaYa
SeBeSaR BaTu iTu HaNYa BiSa DiHaDaPi
JiKa TeRuS LaRi
KaN DiKeJaR BaGai PeLuRu BeRMaTa

KaTa BeGiTu BeRaNi
HuJaH TeRSuSuN RaPi...
MeNGHuJaNi DeRia MeNDeNGaR HiNGGa
PeNuH CoRoNG CuPiNG TeLiNGa- tapi
KeSaL SeKaLi
BiCaRa HaNYa BeRaNi
aRaH SuaRa BeGiTu BeGiNi
TiBa SaaT BeRaKSi
iNSan LaiN YaNG MeNaNGGuNG, MeMiKuL
BeRaT BeSi, SeBeRaT PeSaWaT Airbus~kesal sungguh.

SeLeSai BiCaRa PuNYa KeRJa
YaNG DiBuaT BuKaN oLeH PeMBiCaRa
DaTaNG Dia YaNG BeRBiCaRa TaDi...
BaNGGa!!!
DeNGaN YaNG SuDaH SeLeSai SeMPuRNa
NaMuN BuKaN Dia YaNG MeNGaRaH MitoKoNDRia
KiLaNGKaN ATP, BeRMeTaBoLiSMe SeMua SeL
uNTuK SeMua iTU...
-GoYaNG KaKi...Tika MeReKa iNi SiBuk
MaLaM BeRTuKaR SiaNG
SiaNG TeTaP SiaNG
BiLaNYa MaLaM?-entah, tak teratur.

iNGaT!!!
BiLa KiTa DiSiTu
NaiK Di aTaS iTu, YanG iTu...
iNGaTLaH RaSaNYa JaDi YaNG DiBaWaH SiNi.
ToLoNGLaH , JaDiLaH YaNG BeTul-BeTuL ~ PeNuH CiRi YaNG SePaTuTNYa
JaNGaN HaNYa GaH MeMeGaNG NaMa~
DaRJaT DaN PaNGKaT iTu BuKaN SeKaDaR HiaSaN
DiGaNTuNG Di DiNDiNG, "HaLL oF FaMe"
BuaT TaTaPaN PeMeRHaTi
'WaH HeBaTNYa'
JaNGaN!!!

LaKSaNa SeTiaP LaNGKaH...
iKuT PRoSeDuR DaN aTuRaN TeRaRaH
JaDi iNSaN auToRiTi YaNG DiSeGaNi
BuKaN DiBeNCi-SaKit Hati
SaMPai JaDi GeMPa BuMi~ 9.9 skala ritcher

Hey KaMu!
BiLa SuDaH TeRiMa
JaNGaN HaNYa SuKa-SuKa
aDa aPa PaDa NaMa
JiKa uSaHaMu TiaDa~
TuLuSKaN HaTi
JiKa TiDaK oRaNG TaK SuKa
JaNGaN LeKa NaNTi DeRiTa
MeRaNa, TaK BeRMaYa
TiNGGaL SeORaNG TaK BeRDaYa
NaNTi TeRTaNYa-TaNYa SeBaBNYa...
-LaGi MaHu TaNYa?

sign2

Saturday, September 26, 2009

~bicara raya 3


-->ini betul2 kisah raya...^_^ heheheh


this is my small big family..sebahagian je, tym ni ramai x dtg ag...ni gambar raya pertama,lepas salam2..

ini gambar family sy..sumer adek beradek sy ada di situ...carila..ada 5 org including me...yg ni raya kedua...nak g kuala tatau...my mum's hometown...kena naek bot...

bila sampai je terus bergambar di tepi pantai itu...

with my two sisters...

gambar ni sy amek...

bergambar di rumah pakcik...


ini family my sister...that's her husband,org terengganu...

ini anak sedare, nama AZFAR...

kembali ke kuala tatau...sekolah kuala tatau...sy x sempat bersekolah di sini...my mum and 2 of my eldest sibling sempat...


si kecik ini lagi


ini saya..hehehe...masa ni dah nak balik,tgh tunggu bot kat jeti



ini anak sedara,kakak kepada azfar...nama NURKHAYRIN..a.k.a ANGAH@kak Ngah




ini juga anak sedara, kakak lagi kpd azfar dan juga angah..nama NISRINA...a.k.a. Along@kak Long

-setakat itu dahulu-



sign2

Wednesday, September 23, 2009

~bicara raya 2

tajuk post {bicara raya} tapi x berapa nk cerita pasal raya pun...
sepatutnya tajuk [bicara yg ditulis pada hari raya] *_* apa2 jelah...

~sambung kisah ihram~
walaupun byk gak masalah yg menimpa, alhamdulillah semuanya dpt dilalui satu persatu
dgn izinNya jua, ihram berjalan seperti yg dijalankan...
nk dikisahkan cerita, VVIP n VIP yg sepatutnya dtg pada hari program yg telah dirancang itu telah tidak menghadirkan diri pada waktu itu dan ada yg batalkan last minit...
kucar-kacir kitorg dibuatnya....
nak wat camne kan???
kita dah usaha...
-ALLAH jua yg menentukan apa yg berlaku-

alhamdulillah nafas lega setelah program selesai
tanggungjawab, amanah yg telah terpikul
sudah sampai saat
diselesaikan tugas itu...
seharusnya aku bisa tenang
tapi...
ya...
kerisauan masih ada...
dikhabarkan tentang program berbuka puasa untuk satu kolej itu
agak tidak sesuai
yelah dgn kapasiti dewan itu memg tidak akan memuatkan semua org
hingga yg patut berbuka puasa
terpaksa berbuka kat luar sbb xda tempat...
dgn keadaan diluar yg jammed tika itu...
waaaaaa.....
rasa sgt bersalah disitu...
bila fikir2 balik
xtahu cmne rasa nk berdepan ngn diorg yg terpaksa bbuka kat luar hari tu~~
=(
apa yg harus aku lakukan???

dikhabarkan jugak ihram tahun ni cam tenggelam...
macam ihram ni xde pun
bila imbas2 balik
mungkin ada betulnya
di sini nak minta maaf kat sumer kalo ihram tahun ni x mencapai standard yg sepatutnya...
maaf jua di atas kegagalan sy menjalankan tugas sy dgn sebaiknya
maaf
maaf
maaf

:bright side:
sy pernah ckp kt post mortem
"sy x menyesal terima tanggungjawab ni"
siyes
sy sgt x menyesal
byk benda yg dpt membuka hati n minda sy
sepjg ihram ni dijalankan
thnx untk sumer
i learnt lots of things

::habis jer ihram::
mode exam
yup
pharmacology dan parasitology
hari khamis itu
pergi exam hall
dgn xde perasaan nk exam
mcm nk g kelas biasa je
preparation ala2 kadar je...
huhu...
xpe...
sy buat yg terbaik
sedaya yg mampu...
habis exam....
fuhh...
xberapa leh nak jawab...
tp xtaw nape...
perasaan risau pasal result x berapa nk ada..
xtaw nape??
mungkin dah lali dgn benda2 mcm ni...
i mean cabaran,dugaan,kegagalan...
semua benda ni memg akan berlaku,x kira mcm mana bersedia pun kita...
masalah boleh muncul bila2 masa...

-cukup setakat ini-

sign2

Sunday, September 20, 2009

~bicara raya 1

-Salam-
sebelum bicara diteruskan
pertama sekali
SALAM LEBARAN
ampun & maaf dipinta
andai kata ada
terlanjur lisan
terabai janji
hati berprasangka
dan jua
sikap yang menyakitkan
moga kehadiran syawal kali ini dapat merapatkan ukhuwah kita sesama insan
noktah

meneruskan bicara~

banyak yg ingin ku sampaikan...terlalu byk...tp mungkin x sume mampu ku catitkan di sini..mana x nya,hampir 3 minggu aku x update blog ni...dlm tempoh tu mcm2 perkara yg berlaku...tentang ihram'09,study,kawan2,buka puasa, ramadhanku, exam...dan sebagainya

ok, bermula dgn ihram'o9 (ihya' ramadhan'09)...sekembalinya aku dari bercuti selama seminggu, setibanya aku di kolej, dengan langkah sepantas kilat jam menunjukkan 10.55pm aku bergegas terus ke bilik, meletakkan semua barang2 ku dan dengan segeranya aku terus ke pejabat kolej sbb nak kena jumpa ngn penyelia kolej untok bincang ttg majlis berbuka puasa yg dirancang berlaku jatuhnya pada hari selasa 15hb septembet 2009...dgn kepenatan itu,aku meng'gagah'kan diri, menahan mataku yg sgt mengantuk ketika itu untk mendgr bicara yg ingin disampaikan beliau...lebih kurg sejam kemudian habislah sudah perbincangan itu...disaat kaki melangkah keluar,kepala akalku sudah dipenuhi dgn pelbagai perkara...kerungsingan melanda tika itu....___________.....<-garis itu menggambarkan masa itu sgt lah bimbang hingga otak shut down kejap...dan kemudiaannya aku bergerak ke studio tari n dataran selasih,dimana saat itu proses mengerang sedang dijalankan::jgn salah faham proses 'mengerang' yg sy maksudkan adalah mengecat dan menyusun serta melekatkan kerang.untuk apa??ya untok malaysia book of record::untk pengetahuan anda kolej kami tika itu yg juga sedang menjalankan minggu kemerdekaan adalah dlm usaha untok mencipta rekod malaysia dalam menghasilkan logo satu malaysia yg terpanjang [untok gambar sila klik --> arumbaa daily news]...alhamdulillah tanggal 090909 adalah tarikhnya...MBOR telah mengiktiraf logo itu sbg yg terpanjang di MALAYSIA...

sambung plak cerita ihram...ya,program hari selasa itu adalah : majlis penutupan ihya' ramadhan berserta majlis berbuka puasa TNC n pengetua2 dan juga program wacana minda oleh pemidato Dato' Syed Ahmad...tika itu,aku sgt lah risau...tiga program itu dijalankan serentak, start 5.30pm hingga waktu berbuka...nak kumpul org lagi supaya penuhkan dewan...satu masalah kerana disaat dan masa itu sumer org baru balik dari kelas...mampukah kami warga ihram'09 melaksanakannya atau secara khususnya mampukah aku untk mengetuai gerak kerja ni...??sesungguhnya aku tika itu sgtlah serabut!! dahla aku ni jenis yg risau lebih2...namun aku wat gak...dgn bantuan sahabat2 disekelilingku...terima kasih buat anda semua yg membantu secara langsung dan secara tidak langsung...

kerja2 diteruskan, pengisian & protokol meneruskan kerja2 mereka mengesahkan kehadiran pengetua2 n TNC, berbincang protokol majlis...biro makanan n cenderamata menguruskan menu2 dan cenderahati...biro deko menyiapkn dekorasi dewan umara', penerbitan meneruskan usaha menerbitkan an-Nur, publisiti dalam usaha promosi mereka dan tidak lupa Biro tugas2 khas dgn T-shirt, name tag serta program memasak bubur lambuk n pertandingan ihram...

diceritakan pulak, sabtu telah diadakan pertandingan ihram ::anyam ketupat, tulisan khat, wat pelita buloh, n buat kad raya...seronok sgt hari tu sbb ramai yg turun
keesokannya pulak, gotong royong masak bubur lambuk...start seawal kul 8 pagi habis masak lebih kurang kul 3 lebih kot...masalah utama hari tu...xtaw resipi n camne nak masak..hehehe...

dan hari yg dinanti2...program hari selasa tu........

--to be continued--

melangkah untuk melayan tetamu yg datang bertandang



sign2

Wednesday, September 2, 2009

~kata

Maaf bukan ku tak percaya

Ku tak berpegang penuh pada kata-kata

Selain terbukti ternyata

Benar dan terlaksana


Kisah dulu

Waktu itu

Masa terdahulu

Bisa menggambarkan apa

Yang mungkin berlaku

Hari esok

Detik mendatang


Kerisauanku hari ini

Telah tertunjuk

Didepanku

Yang baik mahupun buruk

Kedua-duanya sekali


Terdiam aku seketika

Kelu…

Masakan bisa mengundur

Sedangkan belum cuba untuk mengangkat kaki

Melangkah ke hadapan

Kecewa…


Namun

Ada yg membuat ku kaget

Dengan setiap langkah mereka…

Begitu gah ke hadapan

Walaupun mereka berbicara

Mereka kan kecundang pada awalnya

Itu ku mahu


Sudah

Cukup bermain dengan hujah berbisa

Ini bukanlah permainanku

Perdebatan kata pasti ku kecundang berbicara

Aku insan lemah

Hanya terdiam

Mungkin itu langkahku

Caraku tak sama

Tapi aku akan pastikan setiap langkahku

Mantap

Bukan sekadar panahan bahasa

Kota apa dikata


Setelah ku letakkan batu amanah

Jangan biarku hilang percaya

Kerna sudah hampir kepada itu

Aku tak mahu


sign2

Sunday, August 30, 2009

~ihram09

alhamdulillah, 4 perkara dah berlalu dalam seminggu ni...bernafas la cket aku bila dah lepas, apa yg berlalu???

yang pertama isnin 10.00pm
mesyuarat ihram09 yg pertama : formal
syukur kehadiran amat menggalakkan:kata org biasala meeting first memg ramai..tp xpe...lepas sudah meeting...seterusnya gerak kerja
lepas habis meeting aku terus join 2 biro yg start wat gerak kerja: publisiti(wat banner)
teknikal&deko: wat backdrop
sambil2 wat keja aku kena study...sambil2 study aku kena wat keja
xnk tido,byk benda kena cover
esoknya ada test.

yang kedua selasa 2.00 pm
lokasi: dewan peperiksaan fakulti perubatan UM
End of Course TesT : DPHS-doctor ,patient, health n society (Family Health)
soalan esei
xnak cerita lebih lanjut NOKTAH

yang ketiga rabu 10.00pm
majlis perasmian ihya' ramadhan 09
dewan umarak
aku kena bagi ucapan selaku pengarah : xsuke..hueee
alhamdulillah
semua berjalan lancar
postmortem mlm itu : agak panas...
dari post mortem ini aku telah mengeluarkan 3 resolusi..huhu,mcm fasi la plak...tp xpe kita praktikkan dlm kehidupan seharian : UKHUWAH; KOMUNIKASI; AMANAH
faham2 sendiri la ek...<--ayat yg byk kuar mlm itu nak cerita lebih lanjut pasal perasmian buka arumba daily news or gambar2 kat marinata

yg keempat khamis 6.00 pm-malam
majlis iftar jamaie bersama warga rumah titian kasih
++majlis bacaan yasin dan doa kesyukuran
byk berlaku pada hari tersebut
gambar2 n cerita lebih lanjut terdapat di blog marinata

hari jumaat pukul 9.05am flight to BINTULU...yeay cuti seminggu
sign2

Monday, August 17, 2009

~apa??

Salam...
hari ini, tanggal 17 ogos 2009...isnin-->suasana kolej : sunyi ; cuaca-->hujan ; jam 1747 NOKTAH
hari ini sepatutnya kena anta assignment English: tapi xwat lagi...-->assignmentnya kena anta emel...malam ni aku anta...insyaallah NOKTAH
ihram09 semakin dekat...projek di bawah kelolaan ku...insyaallah,doakan semuanya berjalan lancar NOKTAH lagi
bercakap pasal ihram09,bulan ramadhan akan muncul beberapa hari saja lagi...dengan kesempatan yg ada ini, hamba yg serba hina ini menyusun sepuloh jari memohon keampunan dan kemaafan dari sahabat2 sekalian jika kalau ada tersalah tersilap terkasar bahasa, tersinggung perasaan atau sekiranya kelakuan diri ini menjadikan kalian marah...diharap semuanya dimaafkan..sebelum ramadhan muncul tiba marilah kita sama2 saling bermaafan antara satu sama lain...

ish, sepatutnya waktu ini kuluangkan membaca nota2 yg sudah pending berminggu2...
oklah..setakat ini sahaja..NOKTAH

akhir kalam, selamat menyambut bulan Ramadhan alMubarak...semoga kita semua berkesempatan bersua dgn bulan ramadhan yg penuh berkat ini...

"Kesempurnaan Ramadhan Menuju Mardha Dillah"


sign2

Friday, August 14, 2009

~ada masa gak untok aku duduk

SALaM...
akhirnya...
ada masa gak untok aku duduk depan lappy ku ini sambil melayari blog2 sahabat2 lain...byk benda yg dah berlaku dalam seminggu ni...
habis je episma09 hari tu, kat kolej start lak ngan 2nd Stove(gerai jualan masa FESKUM)
FESKUM-->festival konvokesyen UM
saat2 yg dinanti2 semua graduan2...
to me it is moment of awaiting for everyone yg bergelar mahasiswa...
bila tgk org grad,Rasa x sabar lak nak grad...insyaALLAH doakan semoga kita grad pada waktunya...kalo sy ada 4 tahun lagi...
Kpd senior2 yg dah grad...CONGRATULATIONS!!!!!!!
Abg Asrul, Abg Qimi, Kak Hannan n ramai ag....
semoga kalian berjaya diluar sana....

sambil2 2nd stove berjalan dimana sy merupakan AJK Tugas2 Khas(tugasnya membasuh pinggan) sy jua terlibat dgn Malam Jamuan Graduan KKTB...
so, tugas agak terbelah-terbahagi ke sana kesini sambil2 kadang2 tolong kat gerai sate KKAA...
alhamdulillah Jamuan Graduan dah berakhir malam semalam, semuanya berjalan lancar, thnx to semua AJK pelaksana especially to Cik Puan Pengarah Fatin Adlia Ariffin..you have done ur job well...

lepas ni dak2 dari fakulti lain n Course lain akan bermula bercuti selama seminggu,tinggallah kitorang dari kursus MBBS kat kolej...dan disaat itu kitorg kena wat keja untok ihram09-->IHYA' RAMADHAN...ye,Ramadhan akan muncul x lama ag...
so, amanah akan teruji, ketabahan dan kesabaran bakal diuji jua...
doakan semuanya berjalan lancar...
INSYAALLAH

28.8 bakal pulang ke tanah kelahiranku..yeay..boleh puasa kat rumah...
x sabar...
tapi sebelum itu...
selesaikan apa yang perlu diselesaikan....

akhir kalam....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK yg bakal tiba...
p/s:rasanya x terlalu awal kan wish puasa ni...
sign2

Wednesday, August 5, 2009

~takut + risau = serabut ayam???

Mampukah aku??
persoalan pertama yg terbit dari secebis pemikiranku......
makin aku fikirkan, bayangan mindaku menjurus ke arah semua ini adalah mustahil...tapi aku tempiskan segala prasangka itu,ketepikan ia...aku harus bergerak ke hadapan...
maju dan terus bangun...
seharusnya aku sekarang tidak boleh lagi melihat ke belakang........
yg dulu biarkan ia disitu...
setelah puas aku memerah minda, memujuk hati, melihat apa2 kemungkinan yg bakal dilalui keputusannya "ya"!!

kuharap inilah keputusan yg sebaiknya...
mungkin ini keputusan sebaiknya, tapi adakah aku bisa melakukan sebaiknya??

*persoalan muncul lagi*
*ditambah lagi kerisauan~~*

kenapa??
aku...

fikir ke arah yg lebih positif...
mungkin ini adalah cabaran buatku untuk menjadi insan yg lebih berani...
ini satu pengalaman yg bakal aku ingati di kala aku bergelar seorg doktor nanti...

''Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada diriku agarku bisa menghadapi semua ini''

*teringat:pernah terbaca,bila berdoa...jgn berdoa agar kerja kita dipermudahkan...tapi berdoalah agar keupayaan dan kemampuan kita menjadi setanding dgn kerja yg kita ingin selesaikan~~*

minta maaf sekiranya aku tidak menjalankan tugas seperti yg sepatutnya, segala kekurangan kelemahan melalui pimpinan ini diharap mendapat tunjuk ajar,bimbingan serta kerjasama dari kalian...sesungguhnya diriku bukan lah yang selayaknya berada di tempat ini...

terima kasih jua kerana memberi kepercayaan kpd diri ini, diharap kepercayaan itu adalah yg sepenuhnya...bukan sekadar kerana tiada pilihan lain...

jadi sekiranya tergambar pada diriku yg aku tidak sepatutnya di tempat ini, katakanlah di awal ini...
agar yg lebih berwibawa mampu menerajui bahtera ini...

*aku kan berperang dgn perasaan aku sendiri lagi...*

semoga ku kan tabah~~

sign2