Saturday, October 31, 2009

~jangan jadikan cinta kita fitnah

Salam~~

disaat ini aku berada di pasir gudang johor...ada sepupu tinggal kat sini. petang td br balik dr danga bay. akhirnya aku telah menjejakkan kakiku di selatan tanah air..huee~~sempat ag jln2 wpun org len sumer tgh sibuk menyiapkan diri untuk exam. bercakap pasal exam dak2 medik 2nd year akan exam 16,17,18 november 2009. dan dak2 course laen dah start exam hari isnin ni..gud luck sumer..semoga kita dipermudahkan oleh Allah swt dalam menjawab soalan peperiksaan nanti..byk2kanlah berdoa agar ilmu yg kita pelajari itu diberkati Allah. sesungguhnya semua yg ada di dunia ini milik Allah, maka mintalah dari Allah..insyaAllah lebih mudah kita untuk fahami apa yg kita baca...

okeyh, berbalik kpd tajuk post kali ni...pada hari rabu n khamis lepas, balai islam Kolej kediaman ke6 telah mengadakan satu program "ANDA BIJAK JAUHI ZINA"(ABJZ). hari rabu tu ada 2 ceramah: satu dari wakil RaudhatusShakinah iaitu Puan Rosie and satu lagi Dr Maria, lecturer fakulti medik. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal RS sila layari blog ini ummiroses.blogspot.

hari khamis pulak ada satu forum yg bertajuk seperti tajuk post sy kali ni..moderatornya ustaz zul yg selalu bg ceramah kat 2nd...panel plak ustaz muhammad and ustaz azman..kalo nak tahu ustaz muhammad ni pernah dtg gak masa forum kat episma dulu n dia ada blog dia ustazamin.blogspot. n ustaz tu pun dah update blog dia pasal program ABJZ kat 6th college tu..rajin2 singgahlah blog beliau...byk yg boleh kita pelajari di sana.

berbalik semula kpd tajuk, pasti ramai diluar sana bila bercakap pasal cinta mcm2 yg boleh keluar dari mulut kita. cinta itu buta. cinta itu indah. cinta tu penting utk pastikan pasangan yg sesuai. ada yg sekadar cinta monyet. n macam2 lagilah. kalo bdasarkan apa yg ustaz tu ckp tempoh hari.

Cinta itu adalah suatu perasaan yg senang dan tenang terhadap sesuatu. Cinta juga ditafsirkan sbg "asyik".

Cinta ni pulak terbahagi kepada dua :

satu. Cinta yang berdasarkan kepada nafsu dan syahwat

kedua. Cinta kpd Allah.

jika kita bercinta jenis yg pertama. maka anda perlu lakukan sesuatu.

jika kita bercinta jenis yg kedua. Alhamdulillah.

tanya diri sendiri, cinta bagaimana yg kita cari? sesungguhnya cinta kita perlulah dikaitkan dengan keimanan dan ketaqwaan kita kpd Allah swt. barulah cinta itu akan kekal di dunia dan akhirat. cinta kpd Allah...

persoalan yg pasti timbul, apakah boleh bercinta dlm ertikata lain ber"couple" dalam konteks islam??berdasarkan apa yg diterangkan ustaz, boleh tetapi hendaklah tidak melanggar hukum2 syarak. pergaulan mestilah dijaga. batas2 perlulah dititik beratkan..selagi mana tiada ikatan nikah yang sah. TETAPI, sebaik2nya bercinta selepas berkahwin adalah lebih baik.

mungkin saya bukanlah org yg sempurna untuk berbicara tentang hal ini...tetapi bila malam tu ustaz cakap "kita tegur org bukan untuk mengubahnya, tetapi kita tegur atau nasihat org sebab itu adalah suruhan Allah..org tu nak berubah menjadi baik atau tidak itu urusan Allah dgn org tu..yg pasti kita dah laksanakan tugas kita." secara peribadinya amat risau melihat keadaan di sekeliling sekrg ni...yup, bicara pasal cinta. lelaki n wanita.

batas pergaulan entah ke mana...berdua2an..berpegangan tangan...

hendak menegur...sesungguhnya amat lemah iman diri. hinggakan hanya mampu meluahkan rasa risau kpd sahabat2 yg lain. berbincang gak. bagaimana untuk atasi benda ni. benda berlaku dpn mata. takkan nak biarkan. maksiat. xpasal2 kita pun dpt dosa gak. mohon petunjuk dari Allah agar diberi cahaya penyelesaian terhadap masalah ini. secepat mungkin. insyaallah.

jgn jadikan cinta kita fitnah. sebagai umat islam, walaupun kita hendak bercinta jagalah apa yg patut dijaga.

satu. aurat : batas aurat perlu dijaga...

dua. batas pergaulan : bersentuhan. TIDAK BOLEH sama sekali.

ketiga. berdua2an: lagi lah.kalau nk jumpa gak pastikan ada org ketiga. org ke3 tu plak jgn lah terlibat sama dlm menjayakan berdua2an tu.

keempat. byk lagi : sendiri fikir.

pasal masalah tadi. ada seorg sahabat dah tegur. dah x nampak mereka berdua2an lagi.x tahu sama ada betul2 da xwat or pergi tempat lain. insyaallah kita doakan yg terbaik untuk mereka.

berbalik pasal forum tadi seorg sahabat da update gak pasal tu...so, silalah ke blog beliau. jauhtapidekat.

jadi, ingin dipendekkan cerita: sama2lah kita renung kembali..muhasabah diri kita...Cinta kpd Allah. Cinta Hakiki. cinta abadi. jika itu cinta yg kita cari cinta yg diredhai Ilahi.

Cinta sesama insan...jagalah adab dan batas2 yang disyariatkan dalam Islam..sandarkan cinta kepada keimanan..

Kita. sebagai sahabat. saudara sesama Islam. sama2lah kita menasihati. ingat mengingati satu sama lain. adakalanya kita lupa. adakalanya kita leka. apa yg lalu jadikan sempadan. semoga kita semua mendapat cinta daripada Allah swt..

p/s :betulkan saya jika ada yg x betul informasi yg sy sampaikan ni.