Monday, October 26, 2009

~hari interaksi

::Salam::

ini sebuah kisah yg br berlaku semalam: tanggal 25 oktober 2009
lokasi : taman jaya
waktu : 7.00am - 2.00 pm

hari interaksi balai islam sesi 2009/2010
start jam 7.00pagi:mula berkumpul di surau dan kami telah bersarapan di situ.
tunggu punya tunggu hingga kehadiran beberapa org maka kami pun bertolak ke stesen universiti pada jam 7.45pagi. Setibanya kami di stesen taman jaya dalam pukul 8.30pagi

disana kami dibahagikan kpd 5 kumpulan : sy kumpulan ketiga bersama arif,lily,kak mai n yana

checkpoint pertama kami segitiga. nasib baik dtg2 je terus jumpa.ada kumpulan yg pusing2 byk kali still x jumpa checkpoint. di checkpoint ini kami kena wat stretching.panaskan badan. seterusnya kena baca ayat hafazan surah as-saf ayat 1-4 beserta maksud :

"telah bertasbih kepada ALLAH segala apa yang berada di langit dan di bumi, dan Dialah yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
Wahai orang2 yg beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan?
Amat besarlah kemurkaan di sisi Allah atas apa yang kamu katakan tetapi tidak kamu kerjakan.
Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang berperang di Jalan Allah dalam saf yang lurus,seperti bangunan2 yg tersusun."

jika hendak dihuraikan ayat ni memg panjang penjelasannya. tetapi secara ringkasnya ayat ini menyuruh kita apabila menyampaikan sesuatu hendaklah kita jua melakukannya. contohnya apa
apabila kita mengajak kwn kita untuk sentiasa menjaga waktu solat.kita hendaklah juga menjaga waktu solat kita. lebih ringkas janganlah kita cakap x serupa bikin. englishnya "Walk the Talk".
ayat ke 4 pula menerangkan bagaimana kita harus menjalankan kerja2 di jalan ALLAH di dalam saf yg teratur iaitu organisasi yg teratur.itu serba sedikit kupasannya.

checkpoint kedua kami adalah bintang. ini slot disiplin. slot serius. basically nak ajar ttg kita harus ambil berat tentang Islam. Islam bukanlah suatu yg boleh di ambil ringan. Dalam pada itu, kita juga harus membetulkan niat kita dalam apa jua yg kita lakukan agar semuanya adalah diniatkan kerana Allah Taala.

checkpoint ketiga ialah bulan sabit : slot mengisi air di dalam 2 botol.syaratnya paras air mesti sama dlm kedua2 botol dlm masa 4 minit. checkpoint ini menguji bagaimana kita menyusun strategi dlm melakukan sesuatu. konsep musyawarah. begitu jua dlm kita melakukan kerja2 islam . kita harus ada strategi yg tersusun agar apa yg kita lakukan berjalan dgn lancar. selain itu kepentingan kita berbincang, bermesyuarat agar kita mencapai kata putus dan beroleh keputusan yg terbaik dlm melakukan ssuatu.

checkpoint keempat
: bulat. kata diorg checkpoint paling best dan santai. diberi masa lima minit untuk berkenalan sesama ahli- nama penuh, asal,anak ke berapa, bil adikberadik,kursus, tahun pengajian, tarikh lahir, biro. diakhirnya kami diuji setiap seorg. seterusnya kami disuruh menyusun diri kami mengikut turutan : mengikut usia, bil adik beradik, tempat asal.
pentingnya kita mengenali antara satu sama lain. tak kenal maka tak tahu. bila dah kenal baru lah senang untuk kita berkomunikasi seterusnya nti. satu langkah merapatkan silaturrahim.

checkpoint terakhir : segiempat. cari gula2 dlm tepung. makan gula2 then pas kan gula2 tersebut kat org lain tanpa menggunakan tangan. kemudiannya kami dibekalkan 2 botol air yg dibuat dgn penuh kasih sayang. satu air teh tanpa gula.rasanya ok lagi. satu lagi air sarsi kalo x silap ditambah dgn entah berapa senduk garam agaknya. hurmm.meloyakan.hypertension dibuatnya.
setiap seorg kena merasa. ukhuwah penting. bila dah ada ukhuwah yg kukuh apa pun yg kita lakukan adalah lebih mudah.

itulah serba sedikit apa yg telah kami lalui. Semoga semua yg kami pelajari hari itu menjadi iktibar kepada kami semua. dan diharap agar semuanya dapat diamalkan dlm kehidupan harian.
dan jua diharap apa yg dilihat hari itu juga berlaku dimasa2 seterusnya dan bukan hanya untuk hari interaksi itu insyaALLAH.

p/s : semalam jugak ada ceramah oleh ustazah sharifah zaleha. sgt penuh dgn ilmu dpt dipelajari berkenaan alamat2 hati org mukmin.

4 comments:

-m3- said...

bukan air sarsi la k-run...
masih air teh, tambahan garam jak...*wink*

K-RuN said...

yeke??...
rasa cam air sarsi jer...
mungkinkah air teh + garam= air sarsi???
hehehe
^_^

-m3- said...

hehe...sejak bile sarsi rasa masin yek, musykil2...=p

K-RuN said...

air sarsi rasa masin apabila dibuat dgn penuh kasih sayang kata pembancuh air itu..=P