Wednesday, October 28, 2009

~9 alamat hati orang mukmin

Salam
seperti yg sy war2kan dlm post lepas...hari tu ada satu ceramah oleh ustazah sharifah zaleha...pernah menuntut di Universiti al-Azhar dan kini menyambung pengajian beliau di Universiti Malaya dalam bidang kaunseling. ini adalah sebahagian kandungan ceramah yg telah beliau sampaikan. Semoga menjadi renungan kita bersama. 9 alamat atau tanda2 hati org2 mukmin :

Pertama : Cinta kepada Allah
nak tahu sama ada kita cinta kpd Allah ke tidak?
kita renung balik amalan harian kita, adakah kita betul2 ikhlas dlm beribadat?
adakah kita rasa puas & tenteram dalam beribadat kpd Allah
adakah kita rasa ringan dalam mengerjakan ibadat?
jika ya, alhamdulillah.

Kedua : Kembali bergantung kepada Allah
dlm kehidupan seharian kita hendaklah ada sifat kebergantungan kpd Allah
Allah berfirman dalam surah al-Fatihah :
"Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami meminta pertolongan"
kita sebagai hamba-Nya mestilah mempunyai rasa kebergantungan kpd Yang Maha Pencipta.

Ketiga : Asyik/leka dalam melakukan ibadah
sama jua dgn yg pertama tadi..
bila ada sifat ini kita x akan berasa berat untuk melakukan ibadah kpd ALLAH
ini akan menjadikan kita lebih istiqamah dlm beibadat

Keempat : Hati tenteram bersama Allah
adakah kita memiliki sifat ini??
hati sentiasa tenteram walau dilanda bencana, dugaan dan musibah dlm hidup.
bila kita sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita,
nescaya hati kita akan sentiasa berada dlm keadaan yg tenang.

kelima : Ambil berat tentang waktu
lebih mudah, menghargai waktu.
dlm konteks ini bukan hanya tidak membazirkan masa
tetapi juga sentiasa menjaga waktu : contohnya waktu solat.
org yg mengamil berat ttg waktu akan sentiasa berwaspada dlm apa yg dilakukan
agar setiap aktiviti yg dilakukan tidak mensia2kan waktu.

keenam : memberi keutamaan terhadap kualiti amal
kualiti bukan kuantiti
perkara yg boleh dikatakan 'common' dlm kehidupan seharian...
kualiti lebih penting berbanding kuantiti
oleh itu, sama2lah kita menjaga kualiti amal kita.

ketujuh : ketaatan kpd Allah
taat kpd Allah.
lakukan apa perintahNya dan tinggalkan laranganNya.

kelapan : hati berorientasikan Allah
tanamkan sifat melakukan apa2 diniatkan hanya kerana Allah taala.

kesembilan : lembut hati untuk berzikir
subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar.
zikrullah.
mengingati Allah.
org2 mukmin sentiasa mengingati Allah setiap detik dan waktu dalam hidup
marilah sama2 kita latih lidah kita untuk sentiasa berzikir kepada Allah.


sahabat2 sekalian marilah kita renung kembali amalan seharian kita, dimanakah letaknya diri kita.tepuk dada tanyalah iman.adakah kita memiliki alamat2 hati orang mukmin??jika ya alhamdulillah. sejauh manakah tahap keimanan kita?
jika kita terlalu jauh dari alamat2 di atas, ayuhlah kita sama2 perbaiki diri kita...
mungkin kita xkan mampu berubah dengan serta-merta.
sedikit2 lama2 jadi bukit...
perubahan mungkin memerlukan masa
yg penting usaha kita.
insyaallah
mudah mudahan kita mendapat rahmat Allah
renung2kanlah dan selamat beramal!!


2 comments:

ezzat said...

thanx for sharing
seb baek ko upload cni, rugi sbb aku xdpt join
neway, apa kate share psl forum kt 6th baru ni?
heh~

K-RuN said...

u're welcome...
yg pasal forum kat 6th tu insyaallah dlm post yg akan dtg...