Showing posts with label JalanJalan. Show all posts
Showing posts with label JalanJalan. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

~Perhentian Island

Assalamualaikum...

 dulu pernah cerita pasal percutian kami ke perhentian bukan?

Sekarang baru ada special post ...xbyk nak cerita. nak letak gmbar je.

Kami pergi sana bertolak khamis(kul 2pagi dari UM) sampai kuala besut pagi jumaat.
Berada di Pulau Perhentian Jumaat sampai ahad. Bertolak balik tgh hari ahad tu sempat singgah kuala terengganu jap jumpa kak Yana. :) Sampai UM malam. pagi kul 1 baru sampai banting (masa tu posting kat hospital banting)

hayati gambar2 ni ^__^ picture speaks a thousand words.

Welcome to Kelantan

Pije & Ustad

Ijat the driver!

di jeti kuala besut

Kami! except me not in the picture
dari kiri ijat pije ustad, edi, mahfuz, alan, yeye

atas bot nak pi pulau.

dah nak sampai

me & pije

our chalet..

view pantai

perhentian 2012

misi menjelajah laut

nak pi snorkelling

ombak kuat

muka tak sabar

pre-snorkelling..org sana suh practice tepi pantai dulu

subhanallah..keindahan ciptaan Allah

Setakat ni je dulu. letak byk2 gmbr nti lambat lak loading. nanti wat perhentian Island part 2.


Monday, April 9, 2012

~Gunung Datok Ekspedisi Santai Panorama

Salamun alaik..

begitu cepat masa berlalu, lagi 2 minggu dah dua bulan jadi Final year. Makin lama makin sibuk. makin banyak nak kena belajar, nak kena buat. masa makin lama rasa macam bergerak sangat pantas. Tak terasa pun masa berlalu.pejam celik pejam celik dah esok.

Banyak benda nak cerita dan update. tapi tak diber kelapangan untuk itu. tapi cuba curi masa sikit hari ini. ada tiga ekspedisi dah dilalui lepas ekspedisi gunung nuang bulan februari lepas. awal bulan mac hari tu ekspedisi ke Lata Naning, Bentong. Ekspedisi yang sangat mencabar minda saya sebenarnya. Mula mendaki pukul 1.45 pagi sampai ke lata naning dalam pukul 6.00 pagi. Berlawan emosi dengan mata yang sangat mengantuk. Tapi kepuasan bila sampai ke destinasi memusnahkan segala kepenatan dan kesukaran yang dilalui. Masa tu pergi berlima..me, izzad, pije, yeye dan su'aidi.

Lepas tu hujung mac kami ke Pulau perhentian. trip 3 hari 2 malam. Kali ni kami berlapan..me, azlan, mahfuz, izzad, yeye, pije, ustad dan su'aidi. A very pleasant journey. My first experience for snorkelling.Subhanallah. indah sungguh kehidupan bawah laut.

straight to the point. Ekspedisi Santai Panorama Gunung Datok. Kali ni mencipta sejarah dengan keahlian seramai 17 orang..me,talhah,pije,yeye,abg long afiq, su'aidi,izzad,hilmi,yen dan 8 muslimah..isz, wani, etty, anisa, liya, nezi, ida dan masri. Kami bertolak dari UM pukul 4.30 pagi ke Rembau.Tiba disana dalam kul 6.00 pagi terus singgah solat subuh di Masjid Jamek An-Nur Rembau. Selesai solat kami singgah di restoran rembau ria.




Memulakan pendakian dalam pukul 8.10 pagi kami meneruskan perjalanan sehingga ke puncak dalam masa 1 jam 50 minit. Berjalan santai je, kadang2 tu stop berehat jap dan banyak stop sebab kena beri laluan untuk pendaki lain. Masa tu ada pertandingan yang dianjurkan oleh warga JKR negeri sembilan. Pada masa yg sama, ada trip KRS sekolah pun memanjat gunung yg sama.

Dipuncak kami berehat2, makan2 dan paling penting amik gambar serta menikmati keindahan di atas tu..Subhanallah..sungguh indah.

Dalam kul 12 kami turun bawah..ambil masa dalam 1 jam 10 min..official time satu jam 20min bila semua orang dah sampai. Dalam perjalanan pulang kami singgah di hutan lipur ulu bendul..mandi2 sebentar disitu. bertolak pulang dan sampai di kolej jam 6 petang.

adamasa nanti upload gambar. insyaallah dalam perancangan awal bulan 5 nanti akan mendaki Bukit Kutu kat Kuala Kubu Baru pulak..semoga semuanya berjalan lancar.

Sunday, May 29, 2011

~Melaka memang best...

Assalamualaikum...
salam sejahtera....

hujung minggu atau lebih spesifik hari sabtu ku dipenuhi dengan aktiviti berjalan-jalan.

Pergi mana?

dah tajuk kat atas "Melaka memang best", mestilah pergi Melaka...ye dok??

welcome to Melaka 
                                                                                ^_^
Melaka memang ada banyak traffic light... 
  
menara taming sari... 

asalnya pergi Melaka untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan Kakak kepada coursemate Monty Mont...
tetapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...

sambil menyelam minum air...tu pepatah melayu la...

alang-alang dah kat Melaka, ambil lah kesempatan jalan2 sikit kat Bandar Hilir...

al-kisahnya, disebabkan ramai coursemate yg lain dah balik..maka tinggallah diri ni, Hilmi & Talhah bertolak dari Asrama UM kampus cawangan Klang jam 11.15 pagi sabtu tersebut...trafik mula2 bergerak lancar..tetapi mula bergerak perlahan dari Nilai Ke Seremban...maka dengan itu tibalah kami di Melaka pukul 2 lebih..

sampai2 terus mencari rumah kawan kami ni...

sampai kat situ, saudara Mont dah menunggu kehadiran kami...apalagi, dah namanya kenduri kahwin maka teruslah kami dijamu dengan pelbagai juadah <--bunyi macam raya la plak kan...
 inilah mont...
  
makanan yg sedap... 


mont dan hilmi..

band yg wat performance...


lama jugak kami kat rumah tu...berbual2 , amik gambar sikit sambil layan band yg memang happening gila hari tu...apa2pun terima kasih tuan rumah sebab jemput kami datang...lepas ni giliran Mont la pulak ye...hehehe...

dari rumah MOnt, kami bertiga pun terus menjelajah ke Bandar Hilir...sebelum tu Solat jangan lupa ye kawan2...kewajipan kena selesaikan dahulu...kami singgah di Masjid Negeri Melaka...
inilah kapal...sorry lupa nk rotate..

  
depan mahkota parade

  
menara berputar taming sari... 

disebabkan perjalanan ini bukanlah dirancang, dan bukanlah jua suatu percutian dan dalam keadaan yang kurang bersedia, kami redah je..jalan-jalan cari ...cari apa pun xtau...

mula2 kitorg g la dekat kawasan sebijik kapal besar tu...punyalah ramai orang beratur nak naik kapal tu...snap2 gambar sikit kami pun pusing2 la dekat Melaka Megamall, Hatten Square & Mahkota Parade tu...

kapal tadi...versi tak perlu sengetkan kepala

sangat seronok...dan agak tercabar jua dengan Sale dan jualan2 murah yang sedang berlangsung...gerammm.....

lepas ni kami merancang nak shopping area sini la...barang2 pun baik punya..harga pun best....insyaallah ada rezeki nak datang lagi lain kali dengan perancangan yang lebih baik...apa2pun kita hanya mampu merancang Allah jua yg menentukan segalanya...

disini dihidangkan sedikit gambar kat sana..... ^_^
big lolypop... 

bergambar bersama pussy in boots
  

  
transformers 
  
nur kasih...hilmi nk jadi hero utk nur kasih the movie 2...

termenung: esok dah bermula posting baru!!!

terfikir : bersedia ke tidak ni???

terfikir lagi : tinggal 71 hari lagi nak final exam..Allahuakbar!!! 

Friday, July 2, 2010

~Road to Batu Pahat

Salam...


post kali ni lebih kepada catatan peristiwa yg blaku dlm hidupku..hehe..ala2 diari..satu hari nanti penulisan ni kan jadi catatan sejarah kita.


kisah kali ni berwatakkan saya, hilmi, afiq, pyan, isz, tqah, n liya. kami telah pergi ko Johor-->Muar & Batu Pahat. bertolak dari UM dlm kul 5 lebih: 2 buah keta. mula2 pergi Muar, antar Tqah ke rumah beliau. tujuan utama ekspedisi kami kali ni sebenrnya nak ke rumah tqah menghadiri walimatulurus abang beliau. sampai muar kami makan2 dulu.then after anta tqah g umah dia kami bertolak ke rumah Isz kat Parit Karjo. kami bermalam disana dua malam. Thanks to Isz sekeluarga kerana menumpangkan kami n melayan kami disana =)


pagi esoknya setelah bersarapan kami telah pergi ke 2 buah pantai. maaf lupa nama pantai tu. =)
n kami sempat juga jalan2 kat pasar. tiba2 stop kat kedai makcik yg jual sayur. kuiz sayur2an telah berlangsung disitu dgn bantuan makcik tersebut utk memastikan jawapan yg betul! hehe. makcik tu pun layan gak. sporting. thank u makcik =)



After jalan2 kami bersiap2 n bertolak ke rumah Tqah. sampai je rumah dia pengantin baru sampai. apa lagi. makan. ramai. meriah. ungu. dan gembira. suasana yg dapat digambarkan.



Selesai sudah kami pun berangkat pulang. pulang ke rumah isz? tidak. kami jalan2 dulu.hehe. sempat pegi UTHM. gambar2 sikit kat sana. pastu balik umah isz. sebab dah maghrib. malam nya kami keluar lagi. pergi dataran batu pahat kot nama tempat tu. yg ada batu n pahat tu. sana macam ada ekspo. yg bestnya ada belon udara panas. teringat cerita karton UP. =)



then esoknya plak kami g ayer hitam. jalan2 kat sana. sempat beli chipmunk yg comel. =)

dah siap2 kami bertolak ke rumah tqah. jemput dia. nak balik KL.
sebelum ke KL kami beriadah sekejap kat Gunung Ledang. mandi2 n berkelah. =)


perjalanan pulang Ke KL.
sampai UM dalam kul 1 pagi.

now let the picture do the storytelling..

















Monday, February 15, 2010

~lawatan sambil belajar ke zoo negara?

Salam~

weeee.....tajuk post mcm wat lawatan masa skolah2 dulu2...heheheee, rindu zaman2 melawat sambil blaja kat skolah suatu tika dahulu...kini direalisasikan semula dgn melawat zoo negara...keh3x...hurmm..xdela sambil blaja sgt...juz suke2 jer..kuar ramai2 ngan kawan2 memang seronok...kata org nikmat ukhuwah itu sangat indah...bila dpt kuar ngan kawan2 hilang sumer rasa letih...di samping dpt merapatkan ukhuwah yg sedia ada...
sabtu lepas...bila org sumer sudah pulang ke rumah masing2, kami pula bersiap2 untuk ke zoo, seawal 7.30 pagi(plus minus 10 minutes) kitorg pun bertolak dari universiti terchenta ni...pergi ke rumah AZIE di Kepong...untuk pengetahuan Azie dah balik rumah sehari sebelum on project..hehe...disana dia menunggu bersama adiknya Azril Azlan...
kami pergi ngan 2 buah keta honda jazz hilmi dan myvi zaman...
kami iaitu saya, zaman, hilmi, tiqah, pian, pejol, dzarif, amad adoss, azlan sakri, n kerol 6th telah bertolak dr kolej..tidak luper adlia arifin juga turut serta tp beliau datang lambat sikit sebab dia dr umah...malas nak tulis panjang2...hayati gambar2 ni...mungkin ini akan jadi entry sy yg paling byk gambar...kerana dekat zoo kerjanya bergambar yg lebih..hehehe


kami dari kolej..sepuluh org [tiada dlm gambar dzarif]

perjalanan dimulakan..

setibanya di rumah azie

yeay..da sampai..kitorg sampai awal..zoo x buka ag...

sambil menunggu zoo buka n tiket dibeli..bergambar la kat luar dulu..



kami...

dan kami lagi..dari kiri : adoss,kerol,tiqah,azie,azril,pian,zaman,azlan,dzarif
duduk didepan ialah pejol...[tiada dlm gambar hilmi]
my roommates : pian n zaman

dah nak masuk dah ni...

ini adik bongsu azie : azril azlan

tinggal harapan untuk menjadi setinggi zirafah...moga2 dpt jadi cam zirafah dapat menggapai apa2 yg tinggi[cita2 n impian]

i wish u could be as big as the elephant~

swan-dia berenang dgn sungguh tenang~

cuba menjadi burung...hehe

bersama2 kerol n atiqah cuba untuk terbang...wakakaka..

burung tu namanya comot...

burung ni namanya comel..dzarif kalo ye pun jgn la sampai nak makan comel...kalo nk tau umur burung ni 8 tahun


hilmi: cakap cepat..kalo x aku cekik...

zaman amik gambar pe 2??


pandai baca x??

yeah..akhirnya fatin adlia sampai...

di kawasan rama2...
adlia sgt excited...



adoss yg sgt penyayang..dia je yg leh bagi rama2 hinggap atas tangannya dgn mudah...

kami cuba menjadi flamingo..

pejol n adoss..belakang tu sape??

wajah2 riang

lapar sgt ke dzarif..bagi makan zirafah tu..bukn ko..

adoss membantu azril...


eh2..jgn bagi zirafah tu makan azril plak...zirafah bukan karnivor adoss..


bergambar bersama kuda comel..pony..


wajah ketakutan dalam senyuman


masa tgk multi animal show...

antara checkpoint2 terakhir sebelum pulang...

dalam kul 5 kitorg kuar dari zoo..ye r..zoo nak tutup kot...seronok sgt..ala2 family outing gitu..sape2 nak g sini sila bawa bekalan makanan sendiri ye..kerana makanan di dalam agak mahal...huhu..nasib baik kitorg ada biro makanan...

then anta azie ke rumah nya...ingtkan nak balik terus..rupa2nya ibu azie dah sediakan santapan nasi ayam...thanx azie n family...

sekian...malam tu sgt penat...tido....

owh..sila baca blog kerol : ventricle of my life juga ada citer pasal trip ni...
wassalam