Anda rasa anda kejam atau tidak?
Kebanyakannya pasti menjawab tidak.
Soalan seterusnya, anda sukakan kekejaman?
Majoriti akan menjawab tidak suka.
Tetapi, sahabat-sahabat semua, sedar tak sedar dalam kehidupan kita seharian kita adakalanya melakukan kekejaman. Kekejaman yang kita tidak sedari.
Renung-renungkan 10 perkara di bawah.
- Mendoakan diri sendiri TETAPI tidak mendoakan ibu bapa, anak-anak (bagi yang ada anak) serta kaum muslimin dan muslimat.
- Pandai baca al-Quran, TETAPI tak baca Al-Quran sekurang-kurangnya 100 ayat sehari.
- Masuk masjid TETAPI tak solat sunat 2 rakaat Tahiyatul masjid.
- Berjalan melalui kubur, TETAPI tak bagi salam dan tak mendoakan kesejahteraan ahli kubur.
- Orang yang sampai ke sebuah kota pada hari Jumaat, TETAPI tak solat jumaat.
- Seseorang yang di daerah tempat tinggalnya didatangi orang alim TETAPI enggan belajar apa2 daripadanya contohnya enggan menghadiri majlis ilmu orang alim itu.
- Dua orang yang bertemu dalam suatu pertemuan TETAPI tak bertanya nama.
- Orang yang dijemput menghadiri jamuan TETAPI tidak memenuhi undangan tersebut.
- Pemuda yang tidak bekerja TETAPI enggan pula belajar tentang agama dan adab.
- Seseorang yang kenyang, TETAPI tahu jirannya lapar dan enggan pula memberi jirannya makanan.
Sekadar perkongsian untuk kita renungkan bersama.
Wassalam.
1 comment:
alhamdulillah..sy peroleh ilmu dari entri ini...tq k-run..
Post a Comment