Assalamualaikum...
Salam sejahtera.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...detik dan saat ini kita masih lagi diberikan nikmat untuk bernafas serta menjalani kehidupan seharian kita dengan kesihatan yg Allah kurniakan.
Tiada apa-apa yg menarik untuk post kali ini. Sekadar meng'update' kisah2 yg berlaku...
Tahniah diucapkan kepada pelajar2 perubatan Fasa 1 dan Fasa 2 MBBS UM yg dah dapat keputusan mereka. Alhamdulillah. Kepada sahabat-sahabat yang tak berjaya, jangan berputus asa. Ujian Allah berikan kepada kita hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNYA. Teruskan berusaha serta perbanyakkan amal ibadah kepadaNYA..Insyaallah, moga2 Allah Permudahkan segala urusan kita. Lebihkan usaha untuk supplement nanti.
FASA 1 DAN FASA 2 dah selesai...kini giliran kami pula FASA 3A. Alhamdulillah minggu ni baru sahaja selesai End Of Posting Exam. Saya ditempatkan di posting SURGERY. Selepas ini pula, kembali ke posting MEDICINE. Kembali ke Wad Perubatan. Insyaallah ini merupakan posting terakhir di Hospital Klang ni, sebelum melankah kaki pulang Ke UM untuk peperiksaan akhir MBBS Fasa 3A bulan Ogos nanti.. Kalau ikutkan kiraan, hari ini tinggal 74 hari lagi sebelum peperiksaan itu.
Semoga yang baik2 sahaja untuk waktu itu...Alhamdulillah, exam tu nanti dalam bulan Ramadhan yang pernuh barakah. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan al-Mubarak itu nanti serta Rahmat Allah segalanya berjalan dengan lancar. Doakan kami ya.
Setakat ini sahaja dulu...
Jaga Iman, Jaga Solat, Jaga Akhlak.
Wassalam...
Thursday, May 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
All the best yer~~ :)
best wishes yah utk exam! hihi..
all the best mate!
Post a Comment