Thursday, March 10, 2011

~Jalan pilihan hati

Kembalilah...
dari jelajah kembaramu...
yang tiada destinasi hakiki
sebuah perjalanan yang asalnya
suatu permainan
kini telah berkembang
menjadi mimpi nyata!
mimpi ngeri yang realiti.

tersasar dari laluan yang benar..
melalui titian rapuh
yang tidak menjanjikan pulangan yang diredhai.
sudah termaktub kebenaran
kenapa enggan kembali?

peringatan demi peringatan
saban hari meniti tiap corong pendengaran
sindiran berbaur nasihat
terpancar dari lidah yang prihatin
namun bagai bertiup bayu damai...
kian lena dibuai angin nyaman
terus tegar.
mendaki ke puncak mungkar.

naluri percaya
walau sedikit pasti ada
secebis dihati suci
pernah merasionalisasi tingkah laku
mempersoal kewarasan akal
yang mampu membeza hak dan batil
tapi sayang rasa itu kecundang
dek kesuburan hawa nafsu
yang saban masa disemai
tak pernah cuba dicantas!

maka inilah yang terjadi..
hanyut-

entah sampai ke laut mana?
ingin pulang?
ternyata perlukan kudrat yang kubra
bagi menempis bisikan iblis
yang janjinya kan menumpaskan anak-anak Adam

perlu jua iman dan taqwa
untuk meracuni lumut hawa nafsu
yang melitupi kepercayaan diri.

pernah suatu tika
diri telah mengeluar hujah
kata diri mahu berubah
namun kini semua tak diendah.

pernah suatu tika
janji yang ditabur
kata diri enggan terlanjur
nyata kini janji kian kabur.

berarak awan mega
menghalang sinaran an-Nur
dari memancar permukaan hati
diri tambah longlai.
walau kini awan sudah jadi nano
dek kerana keselesaan kedinginan kelam
terus memilih jalan yang gelap
diri masih terlena

naluri masih terdaya
walau banyak rintangan
serta kekangan
masih cuba membisikkan bicara
pemanis halwa telinga
moga terjaga yang terlena

kembalilah..
masa kian suntuk
sebelum pintu hati kelam tertutup
sebelum masa berdetik berhenti berdenyut
teguhkan azam
hayati manisnya jalan
indahnya laluan
redha Ilahi
yang terbentang luas.

No comments: