Wednesday, December 30, 2009

~BiCaRa SoLaT (I)

Salam~~

hari tu ada beli satu buku...menarik untuk dibaca dan didalami..tajuknya "Kuasa di Sebalik Solat"(The Power of Solat) terbitan al-Hidayah. buku ni menerangkan tentang pergerakan2 dalam solat kita seharian :: cara solat Rasulullah S.A.W, hikmah dan kelebihan setiap pergerakan2 tersebut...

setiap pergerakan bermula dari luruskan saf, takbiratul ihram hingga ke salam diterangkan dengan terperinci serta disertakan dengan hadith2 yg berkenaan.

xhabis baca ag...untuk bicara solat (I) ni nak kongsi pasal luruskan saf,takbiratul ihram dulu...selamat membaca dan selamat beramal...

(I)merapatkan dan meluruskan saf dalam solat berjemaah

dari Anas R.A, Rasulullah s.a.w bersabda :

"Luruskanlah saf kamu. Sesungguhnya meluruskan saf adalah sebahagian dari menegakkan solat."

dari Ibn Umar Radhiyallahu'anhuma, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Luruskanlah saf, sejajarkanlah antara bahu-bahu, tutuplah tempat yg kosong, dan janganlah kamu membiarkan celah2 utk syaitan. Barangsiapa menyambung saf, maka Allah akan menyambung hbungan dengannya. Dan barangsiapa memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya."

daripada hadith ini, ditegaskan pentingnya menyambung saf dan tidak memutuskannya.

  1. bahu haruslah dirapatkan dgn bahu
  2. kaki dirapatkan dgn kaki (bertemu mata kaki- bertemu tulang yg menonjol pada kedua sisi kaki-istilah sains nye plak bertemu lateral malleolus)
then, nak luruskan saf :

jari2 kedua kaki harus berada dalam satu garis lurus dan salah satu dari keduanya tidak mendahului yg lain.

JADI, apa kelebihan2 pergerakan ni??
  • rapatkan bahu n kaki - menjaga keseimbangan badan-->berat badan kita bertumpu pada kedua kaki secara seimbang. kalo berat badan hanya bertumpu pada satu kaki je->mjadikan tulang2 pinggul(pelvis) miring ke arah lain.
  • secara keseluruhannya pergerakan ni menjaga struktur tulang2 pelvis dan kaki.

(II) mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram

dari Salim bin Abdullah dari ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w mengangkat kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya ketika Baginda memulakan solat dan ketika bertakbir utk ruku'. Apabila Baginda mengangkat kepala dari ruku', maka Baginda juga mengangkat kedua tangannya sambil membaca , "sami'allahu limanhamidah, rabbana walakalhamd"(Allah mendengar org yg memujiNYA. Wahai Tuhan Kami, bagiMu segala puji). Dan Baginda tidak melakukan itu dalam sujud. (riwayat al-Bukhari)

dari Ubaidillah dari Nafi' bahawa ketika Ibn Umar R.Anhuma memulakan solat, dia bertakbir dan mengangkat kedua tangannya. Jika dia ruku', dia mengangkat kedua tangannya. Jika dia mengucapkan "Sami'allahu limanhamidah", dia mengangkat kedua tangannya. Dan jika dia berdiri setelah selesai dua rakaat,dia mengangkat kedua tangannya. Ibn Umar R.anhuma memarfu'kan ini kpd Nabi s.a.w.

tatacara mengangkat tangan, menurut jumhur ulama :
  1. angkat kedua tangan dekat dgn bahu
  2. hujung jari2 sejajar dgn bahagian atas kedua telinga
  3. kedua ibu jari sejajar dgn kedua cuping telinga
  4. kedua telapak tangan sejajar dgn kedua bahu
  5. membuka jari2 ketika mengangkat tangan : riwayat dari Abu Hurairah r.a, dia berkata :"apabila nabi s.a.w berdiri utk solat, maka Baginda mengangkat kedua tangannya seraya membuka keduanya."
hikmah mengangkat tangan??
  • menjadikan dua tulang belikat(scapular) kembali ke kedudukannya yg rata disertai keseimbangan tulang belakang
  • menambah luas dada-->menambah kapasiti udara kedua2 paru2-->kuantiti darah beroksigen bertambah-->kuantiti darah yg membawa makanan dan oksigen kpd sel2 bertambah-->kecepatan tubuh membersihkan diri dari sisa2 proses metabolisme pada sel bertambah-->menambag kemampuan sistem2 biologi tubuh.

setakat ini dahulu...seterusnya bahagian kedua...insyaALLAH~~

wassalam.

Monday, December 28, 2009

~yang ke-90

Salam~~

disaat org len sibuk pulang ke kampus, kami2 berada di rumah bergoyang kaki bercuti bersuka hati...hehe...harus menghargai dan mensyukuri nikmat cuti ini,walau diberi hanya seminggu bukan senang nak cari...lepas ni bukan ada cuti sgt dah sampai final exam nanti :p

hari jumaat lepas, flight ku mula membelah awan seawal 7.05 pagi lalu mendarat di landasan lapangan terbang Bintulu...tepat 9.05pagi...sebelum tu kul 5 pagi dah bertolak dr rumah untuk ke LCCT...smpai di Bintulu...ingatkan leh balik Tatau teruss...tetapi rupa2nya, ibuku,abgku sama kakakku da plan untok ke MIRI...sambung lagi perjalanan 2jam...aduh..penat...wat pe kat Miri...jalan2 jer...sambil menyelam minum air...sempat la membeli sedikit disana...cukup kisah disitu..akhirnya sampai di Tatau malam....penat..tido...ZZzzZZZzzzz

esoknya kul 1 petang...ada kelas memandu...ok,blajar time hujan turun...xpe2,hujan rahmat Allah swt...

then, hari Ahad...xde watpe sgt...facebook...tgk muvee kat lappy ni...ptg tu jumpa la kwn2 jap...terubat winduu kat diorg... ^_^

hari isnin..tadi..saat ditunggu2,ternanti2 selama ni...n tu la antara sebabnya kena balik cuti ni...ujian memandu JPJ...takot2..mula2...huhuhu...alhamdulillah...sgalanya berjalan dgn lancar...yeay dah ada lesen keta...jauhlah perjalanan lepas ni...heheeh...aku bukan lagi pemandu haram di jalan raya..hahaha...

lepas ni...xtaw nak watpe...

menunggu waktu terus berlalu...
akan cuba isi dgn sebaiknya!!!
insyaAllah
kpd yg dah start sem baru...
selamat kembali ke alam ilmu...
setelah lama bercuti...
semoga lebih bersemangat untuk teruskan semester baru ni...
Ganbatte!!!

Wassalam...
.
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang2 yg bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" [6:32]

Tuesday, December 22, 2009

~ceritera bulan 12

Salam...

dah lama x update blog..lebih sebulan, xde kekuatan n kerajinan utk menulis pa2,cam biasa cuma melayari blog2 sahabat lain...byk perkara yg da berlaku sepanjang bulan 12 ni...

mula2 hari tu bila buka sem baru dak2 medik ni, kena pindah bilik...dapat blok E tingkat atas sekali...memang terbaiklah nak angkut barang ke atas ni...nak pengsan rasanya...roommate sem ni sama ngn sem lepas gak..

xlama pas2 KKAA wat program cuci keta untuk cari dana projek...wat sehari je kat fakulti perubatan...alhamdulillah, pendapatan yg agak memberangsangkan....

kemudian, hari2 berlalu cam biasa...lectures, PBL, practical, ward round...rutin harian sebagai pelajar...cuma payah sikit bab makan...DU(Dewan Umarak aka dewan makan) still under renovation.. 27hb ni baru DU buka...pastu kafe pun xbuka...setiap hari kena kuar cari makan...kadang2 kat 12th..kadang2 kena cari makan luar UM..yelah sekrg fakulti lain sumer tgh cuti,byk kafe kat dalam tutup...ni awal2 bulan 12 hari tu la...sekarg byk kafe da buka..kafe kat 2nd aka Pak Mail(nama yg kitorg bagi padahal pemiliknya bukan pak mail pun) pun da buka...

then, kitorg (me, hilmi, pian, atiqah, azie, aini, liya ) pegi Muar...survey kampung untk KKB (Kem Khidmat Budi) kitorg bermalam di umah ketua Kampung kat situ...kat sana keja makan je..tambah2 masa kitorg dtg tu ada kenduri kahwin...sambil2 tu kitorg pun singgah kat umah atiqah (umah dia kat Muar) sebelum berangkat pulang ke KL...sonok2...
pe2 pun semoga KKB tahun ni dapat dilaksanakan dgn jayanya...all the best to my roommate (pian) selaku pengarah KKB tahun ni...p/s: pian, xyah riso2 sgt kitorg akan support ko.

dan juga result untuk part A da kuar da pun...alhamdulillah, dapat result...mungkin x cukup baik, kena usaha lebih lagi kali ni...part B tiada masa utk bermain2 lagi...redha dgn ketentuan Allah swt...ada sebab kenapa dia berikan semua ni...

" Tidaklah Allah turunkan cubaan kepadamu melainkan cintaNYA kepadamu"

sekarang ni petang2 diluangkan untuk bermain volleyball...bila dak2 medik berkumpul main volleyball riuh satu court...yg dari 6th pun datang gak...semangat itu penting...dan yg paling penting ukhuwah kita sesama hamba Allah dapat dipertingkatkan dan dirapatkan...alhamdulillah
nikmat ukhuwah sesuatu yg sgt indah, jadi hargailah persahabatan tali ikatan sesama kita, jangan ada yg berpecah belah...

belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1431H...satu Muharram detik permulaan perkiraan tahun Islam Hijrah...semoga tahun baru ni lebih menjadikan diri kita sebagai insan yg lebih berguna dan lebih baik dpd sebelumnya..insyaAllah...

apa lagi nak cakap ek...hurmmm start khamis ni dak2 medik 2nd year akan bercuti selama seminggu...yeay boleh balik...heheheh...flight hari jumaat ni seawal 7 pagi..xsabar nak balik...
hurmmm...pasal JPA, perkataan yg sgt kerap didengari akhir2 ni..."tolonglah masuk duit JPA...dah xde duit nak makan ni..:p"

wokeyhlah...setakat ini dahulu...

wassalam....