Monday, June 28, 2010

~KeM KhidMaT Budi 2010

Salam~

akhirnya berpeluang untuk menulis kisah tentang KKB dalam waktu cuti ni ekceli dah lama dalam draft xsempat nak habiskan n post.keyh..kisahnya bermula begini...mcm yg dah diberitahu sblm ni,kitorg bertolak dari kolej kul 12.30 pagi menaiki bas DATARAN PINTAR. terima kasih kpd syarikat bas tersebut kerana telah menaja bas utk KKB thn ni. Syukran2!! ok.bila da siap2 semua. maka kami pun bertolak. tp ada sedikit masalah bila bas mula nak bergerak. tersekat sikit masa nak turun bukit kat 2nd tu.bhgn depan bas terlanggar tepi jalan.
akhirnya semua dah settle. kali ni betul2 bertolak. dalam perjalanan apa lagi tido...

Hari Pertama (KhaMis)
kami sampai di Sg Petani jam 6 lebih rasanya. stop kat masjid al-bukhari. solat subuh dan bersiap2 disitu. then bertolak ke rumah KaK HaniM untuk bersarapan di sana. Thanx untok kak Hanim n family sbb sediakn sarapan utk kami hari tu. dah siap2 semua kitorg pun btolak ke Desa Keda Che Bema. Bila sampai je.org kampung semua dah tunggu. terus angkat barang ke Balai Raya. then kemas2 barang cket kat bilik gerakan. ada yg settlekan PA system, gantung banner ngan bunting. ada yg tolong org kampung masak makanan tengah hari. n selebihnya bersedia untuk majlis perasmian petang tu.

majlis perasmian n penyerahan anak angkat. yg bestnya part ni bila majlis start je hujan turun. hujan rahmat. org kampung cakap dah lama x hujan kat situ. ada part yg lagi best. gimik penyerahan anak angkat. mak ayah angkat akan suapkan kerepek kat anak2 angkat. weee..semua org hepy2 time ni. dah habis penyerahan anak angkat. masing2 ngn family angkat balik ke rumah. sesi bersama keluarga plak.

malam tu plak kitorg g kampung sebelah ada majlis tahlil kat situ. then balik ke Balai untuk pre-mortem. dak2 viva sampai kedah dalam kul 2.30 pagi.

Hari Kedua (JumAaT)
seawal lapan setengah pagi kami berkumpul di balai raya. gerak ke rumah anak2 yatim. program start kul sembilan. aktiviti : berfasilitator. agak dah lama tinggal fasi2 ni.last masa kkaa bulan 3. adik2 tu dibahagikan kpd 3 kumpulan..my group fasi : me, pyqa chan, n liya.
seronok ngan adik2 tu wpun kejap je. kitorang sempat wat aktiviti taaruf, perlambangan n satu modul kreativiti. seronok dgr diorg cakap. sumer kuar loghat utara. =)

lepas habis sumer aktiviti. sembahyang jumaat. balik tu.malam ada ceramah kat surau.n b4 that ceramah kitorg gotong royong masak laksa kedah ngan org kampung.

HAri KeTiga (sAbTu)
hari ni merupakan hari yg paling sibuk sekali<--kesalahan bahasa disitu(paling & sekali membawa maksud yg sama---maka tidak boleh digunakan bersama2..hehe). Pagi kami adakan pertandingan mewarna utk adik2 kat kmpung tu n wat pemeriksaan kesihatan utk penduduk2 dewasa. alhamdulillah sambutan menggalakkan dpd penduduk kpg.kitorg juz risau xde org dtg.yela.dah jemput pegawai2 dari jabatan kesihatan pastu xde org ,malu lah nak berdepan ngn pegawai2 tu.
tengah hari plak kitorg wat program Ziarah Mesra. bahagi kepada 2 kumpulan : satu kumpulan pergi 5 buah rumah. motif program ni : bagi bantuan kpd keluarga2 yg kurg berkemampuan disamping menziarahi mereka.
petang pulak : SUKANEKA. ada byk acara : tarik tali, lari dlm guni, boling kelapa, cari gula2 dlm tepung, jln atas batu bata. seronok sgt hari ni. sambutan sangat3x memberangsangkan. kanak2 n pakcik2 n makcik2 semua sporting. sgt penat bermain coz sy sendiri ikut main tarik tali. for the first time in my life. pastu badan sakit2 sampai 3 hari..huhu..akan ikut lagi tarik tali pasni???perlu dipertimbangkan.
malam plak : kitorg wat kelas tusyen kat surau. adik2 sumer dtg..dari darjah satu sampai ke tingkatan berapa tah...bahagi ikut umur diorg. apa yg diajar. ikutlah apa yg diorg nak. ada yg bawa buku math ada yg nak blaja BI. berakhir disitu.

hari KeeMpat (AHad)

hari gotong royong membersihkan kawasan2 sekitar balai n acara mengecat pintu gerbang kampung tu.itu pagi.tiada apa2 yg menarik utk diceritakan. perkara2 biasa yg dilakukan utk gotong royong telah berlaku seperti biasa(anda sudah pun dapat bygkan kan??)

petang santai sikit :kami pergi beriadah bersama2 keluarga angkat. mandi2.berkelah. =)
ramai2.seronok tgk gelagat diorg.

malam : tusyen lagi.

hari keLima (IsnIN)

hari bersama lembu : nama asal. hehe. atau sepatutnya program menyembelih lembu.seekor lembu telah ditumbangkan hari tu. tp sebelum kena sembelih tu. lembu tu jatuh dalam parit. kena kuarkan lembu tu dulu. masa nak sembelih lembu tu x byk nak melawan.mayb badan dah lemah sebab duk dlm parit tu kot. setelah selesai melapah daging2 lembu. maka upacara memasak beramai-ramai telah berlangsung. berbekalkan tenaga penduduk kampung dan sedikit tenaga kami.hehehe. tengah hari tu kami makan ramai2 kat balai.ajak sumer penduduk kampung dtg.

then petang kami siap2 utk malam persembahan n BBQ.

malam nya.boleh dikatakan malam kemuncak. persembahan dari penduduk kampung : dari kaum2 ibu.adik2 ada yg bercerita, bersajak, bersilat n berkaraoke. dari kami : bersajak, nyanyi lagi "andai ku tahu" and wat persembahan sap dan juga nyanyi lagu gemuruh.
n makan2.

habis sumer. POST MOrtem terakhir.aik..dah abis dah...sekejap jer rasanya..

Hari KeenaM (hari SelaSa)

pagi bangun dirumah masing2.menghabiskan masa sekejap ngn keluarga angkat. then dah siap kemas2 barang berkumpul kat balai untuk majlis penutupan. majlis yg syahdu dilinangi dgn air mata perpisahan. ternyata Walau sekejap ikatan ukhuwah telah terjalin antara anak2 angkat dan keluarga angkat.

bertolak ke UM. sayonara Keda Che Bema!! insyaallah ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi.

sekian kisah KKB. =)