Saturday, July 30, 2011

~Masanya kian tiba...

Assalamualaikum..

dup dap dup dap dup dap...jantung berdegup makin kuat...

tik tik tik tik tik tik...masa berdetik macam biasa..tp perasaannya seperti ia berdetik dgn sangat pantas.

Hari ini dah sabtu..LUSA kita semua akan mula melangkah ke bulan Ramadhan yg penuh berkah.

Jadi di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada anda semua yang mengenali diri ini andai sepanjang perkenalan ada buat salah dan silap, terlanjur kata, tersinggung perasaan, terkasar bahasa serta yang sama waktu dengannya secara sengaja atau pun tidak. Kepada pembaca2 semua saya juga nak minta maaf andai ada penulisan saya disini yang menyinggung perasaan kalian.


DAN...

Lagi seminggu nak final exam...

DOAKAN KEJAYAAN KAMI SEMUA DALAM MENEMPUHI PEPERIKSAAN INI. DOAKAN AGAR SEMUANYA DIPERMUDAHKAN ALLAH SWT. DOAKAN KAMI AGAR DAPAT JAWAB SOALAN DENGAN MUDAH. DOAKAN KAMI AGAR DILANCARKAN LISAN UNTUK MENJAWAB SOALAN PEMERIKSA.

INSYAALLAH...

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DAN LEBIH BEMAKNA BERBANDING TAHUN-TAHUN SUDAH.
SEMOGA KITA SEMUA MEMPEROLEH KEBERKATAN SERTA RAHMAT SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI
PERBANYAKKAN AMAL IBADAT SERTA ELAKKAN KEMUNGKARAN.

WALLAHU'ALAM

Friday, July 22, 2011

~berakhir sudah posting di Klang

Assalamualaikum..

Salam pembuka bicara buat semua pembaca budiman.


Maka dengan ini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang serta Asrama Perubatan Universiti Malaya Kampus Klang kerana esok (sabtu 23/7/2011), kami pelajar2 perubatan tahun 3 akan kembali semula ke Kampus UM di Pantai Dalam.

Sangat tak sabar sebenarnya nak balik UM semula. cukuplah sudah setahun menetap di Klang ni. Bukan bermakna Klang tak menyeronokkan ye. No offend ya..cuma cukuplah sudah hari2 ku lalui sebagai pelajar tahun 3 ni. tahun clinical pertama bagi kami.

Dalam masa yang sama juga sangat takut sebab balik UM ni, dalam masa 2 minggu akan dtg..oh tidak...sangat menakutkan...hanya Tuhan yang tahu apa yang ada di dalam hati kami ini. Peperiksaan Akhir Fasa 3A MBBS UM. akan berlangsung dari 8/8 hingga 26/8.

Sekadar pengetahuan anda, berkaitan dengan fasa2 ni..mungkin ada yg x tahu lagi..Ada 5 fasa nak amik medik UM ni..
  • Fasa 1 - Tahun pertama
  • Fasa 2 - Tahun kedua
  • Fasa 3A - Tahun ketiga
  • Fasa 3B (junior) - Tahun keempat
  • Fasa 3B (senior) - Tahu kelima
Fasa 1 dan 2 adalah fasa teori atau pre-klinikal.Memang kerjanya membaca,memahami serta menghafal di depan buku2 yang banyak. Fasa2 ni nak dedahkan pasal ilmu sebelum masuk tahun klinikal. Antara subjek2 yang kami belajar untuk fasa 1 adalah Anatomy, Physiology, Biochemistry. Dan untuk Fasa 2 parasitology, pharmacology, medical microbiology serta pathology. sekadar perkongsian untuk sapa2 atau adik2 sapa2 yg bercadang nak amik medik.

Oh..untuk fasa 1 dan 2 ini anda kena duduk dua exam besar. Untuk naik fasa ni anda kena lulus exam tu. kalo x repeat fasa yang sama.

Kemudian masuklah tahun klinikal. more on to practical. pergi wad, jumpa patient. itulah kerja kami hari-hari. xmaw cerita panjang lagi pasal klinikal ni. ada masa nanti saya kongsikan lagi..

Apa2pun doa kan saya dan semua kawan2 saya di UM ni untuk final exam kami ya. Kami nak jadi doktor yang baik dan berguna kepada masyarakat insyaallah.

Exam kali ni berlangsung sepanjang bulan Ramadhan . Insyaallah, moga2 mendapat keberkatan dalam bulan ramadhan ni.

Wassalam.