Tuesday, November 15, 2011

~Fasa Tiga B Junior-sedikit ulasan

Salam alaik..
Salam Sejahtera untuk semua pembaca.

Fasa 3B Junior atau Tahun 4 MBBS. dah masuk bulan ke 3 aku bergelar pelajar tahun 4.
habis saja final MBBS phase 3A (Tahun 3) tempoh hari, aku telah ditempatkan ke 4 department clinical

Satu. Department of Otorhinolaryngology (ENT-ear nose & throat)

Dua. Department of Ophthalmology (Eye)

Tiga. Department of anaesthesiology

Empat. Department of emergency medicine (Trauma dan kecemasan)

Setiap posting tu sekejap je. kami katakan sebagai minor posting. 2 minggu untuk setiap posting. Banyak benda baru dapat dipelajari. dan paling aku minati posting trauma dan kecemasan. mungkin aku nak jadi emergency doctor satu hari nanti. nak specialized dalam bidang ni. tetapi mungkin terlalu awal untuk buat keputusan. masih ada setahun lagi untuk Tahun akhir dan 2 tahun housemanship untuk ku fikirkan halatuju kepakaran untuk dipilih. buat masa ini, ikut sahaja rotation yang telah ditetapkan.

ok. sekarang untuk 2 bulan ni, aku tengah buat elective project. kira buat research. so aku xda kelas untuk 2bulan ni sampai la januari nanti. elective aku tentang sleeping disorder among UM medical students. hanya questionnaire. mungkin nampak mudah. questionnaire je pun, pastu wat kat medical student populations. senang je kot. orang lain wat gempak2 punya study. more on clinical basis which involved patients in the hospital. lepas habis semua tu nanti kena wat report. maka hbislah elektive dan disambung dengan posting balik.

after elective aku akan di tempatkan ke department of gynaecology (sakit puan) selama sebulan dan department of primary care medicine (outpatient clinic) selama sebulan juga. dan dengan itu berakhirlah tahun 4 ku sebagai pelajar perubatan UM.

lepas tu nanti i'm officially final year medical student (Phase 3B senior) from march 2012 until april 2013.
all the best to myself and to all my colleagues. let's gain as much knowledges and skills now to prepare us to become a good, competent and skillful doctors so that we can serves the public. Insyaallah.

Wassalam

Monday, November 14, 2011

~meninggalkan vs yang ditinggalkan

Salam alaik...

mari sini saya nak bercerita.
bukanlah cerita sangat pun.
cuma sedikit apa yang selalu terbayang dan terlintas di fikiran.

meninggalkan dan yang ditinggalkan?
pernah menjadi salah satu daripadanya?
anda yang mana?
atau pernah mengalami keduanya?
yang mana lagi tinggi impak kepada perasaan kita?

di sudut insan yang meninggalkan. yup. memang sedih tak terkata. terpaksa meninggalkan keadaan atau suasana yang telah sekian lama menjadi kebiasaan diri. setiap detik dan saat yang dilalui pasti akan diingati atau dikenang bila berada di tempat baru nanti.

di sudut lain yang ditinggalkan tidak kurang impaknya. insan yang selalu mendampingi kita, yang ketawa, yang menemani, yang menjadi teman ke mana sahaja. pergi ke tempat lain pasti kita kan merasa kehilangan yang amat. memang sedih tak terkata.

Jadi dua-dua pun memang sedih tak terkata.

tapi untuk dibandingkan ( ini di sudut pandangan saya, mungkin anda ada pandangan lain..jika sudi mari berkongsi)..yang meninggalkan, ditempat baru nanti..pasti kan sibuk dengan suasana baru, kawan baru, perlu sesuaikan diri dengan tempat dan kawan baru. mungkin akan jadi terlalu sibuk untuk mengingati kesedihan meninggalkan tempat lama. bukan bermakna terus lupa. itu tidak mungkin. maksudnya kesedihannya sedikit kurang oleh kerana ada perkara lain untuk difikirkan.

cuba fikir di sudut yang ditinggalkan. masih melalui hari2 yang sama, teman-teman yang sama, aktiviti2 yang sama tapi yang berbezanya setiap yang disebut itu hari2 yang sama tanpa insan yang telah meninggalkan kita, teman2 yang sama tanpa insan yang telah meninggalkan kita dan aktiviti2 yang sama tanpa insan yang telah meninggalkan kita. semuanya kurang. dan kita akan lebih terdorong untuk memikirkan kesedihan sebuah perpisahan itu. kehilangan lebih terasa di sini.

ok. ini apa yang saya rasa.
dan sememangnya apa yang saya rasa.
ok. dan saya sangat sedih.
dan anda tentu tahu saya berada di tempat yang mana.





Wassalam

Wednesday, November 9, 2011

~sedikit kata yang tertulis

Salam alaik.

mari ku coretkan di sini. aku tak bisa luahkan dengan lisan kerna tulisanku lebih lancar dari bicaraku. itu aku.
mungkin aku bukan insan yang sesuai mahupun layak untuk berhujah di sini. aku bukanlah seorang wira mahupun pendekar. lagilah bukan seorang ilmuwan agung. setakat ilmu secetek ini mungkin kau kan rasa "ek eleh, ko sapa nak cakap mcm tu?"

tambah lagi, aku ni bukan pernah rasa apa yang kau pernah rasa. apa yang kau pernah lalui. kesukaran. kepayahan. kedukaan. kesedihan. keperitan dan segala bagai ke".."an yang lain.

semua ini bermain di minda ku, di saat setiap kali aku cuba untuk berbicara menasihati atau menegur orang.

"jalan kau lain. jalan aku lain. jalan yang kau lalui mudah. jalan yang aku lalui tak begitu senang". mungkin itu kata hati kau. "diam boleh tak. kau tak rasa, senang lah kau nak cakap apa". kata kau lagi.

aku jadi lagi diam. tak mampu berbicara. hampir terhenti nafas. fuh fuh.. tercungap-cungap.

niat cuma ingin berada di sisi memberi sedikit sokongan dan dorongan.
apa-apa pun tak kira kau nak cakap apa. biar aku bicara melalui coretan ku ini. kau tak perlu dengar. hanya perlu baca.

dengar sini. maaf. hayati ayat-ayat yang bakal ku coretkan di sini.

apa pun yang terjadi, ku harap kau tabah. dugaan yang Allah bagi kepada kita tandanya Dia masih ingat dan sayang kita. Lagi hebat ujian yang diberi pada kita, lagi sayang Allah pada kita. Cuba tengok balik kisah-kisah para rasul, para nabi..betapa hebatnya, betapa sukarnya ujian yang Allah turunkan pada mereka. tapi ternyata darjat mereka disisi Allah sangat tinggi. dan ingatlah ujian yang Allah turunkan kepada kita ada tujuannya, bukan sia-sia. Segala aturan yang Allah telah tetapkan ada sebabnya. Allah itu Maha Mengetahui.

ujian-ujian ni juga nak uji sejauh mana keimanan kita kepada Yang Maha Esa.
Firman Allah SWT,  "Jangan kamu mengatakan kamu sudah beriman, sedang kamu belum diuji".
jadi, bersyukurlah kita andai kita insan-insan yang terpilih diuji Allah dengan ujian yang hebat.
teringat pulak lagu Rahmat Ujian dari Mestica "..Harus ada rasa bersyukur, Di setiap kali ujian menjelma, Itu jelasnya membuktikan, Allah mengasihimu setiap masa, Diuji tahap keimanan, Sedangkan ramai terbiar dilalaikan, Hanya yang terpilih sahaja, Antara berjuta mendapat rahmatNya.." lagu ni betul-betul menusuk kalbu bila kita hayati bait-bait liriknya. kadang-kadang bila aku rasa tertekan aku dengar lagu ni. sekadar menghibur hati. ye sebaiknya kita ambil wuduk, solat, dan baca Quran. Insyaallah hati akan tenang. luahkan perasaan kita kepada Dia. Dia Maha Mendengar. mengadu lah puas-puas dekat Allah. Allah suka pada hambaNya yang meminta pertolongan pada Dia.

mari sini, nak sambung lagi.. terkadang tu pernah jugak rasa sangat2 tertekan sangat bila diuji ni. dah buat macam-macam, tapi hati masih gundah gulana. mungkin sebab hati yang ada dalam diri dah hitam sangat. hati dah merajuk dengan kita. bila masa-masa macam ni baru nak cari Allah. bila senang leka, alpa, lalai. bila waktu-waktu macam ni..pujuklah hati kita, kembali mengingati Allah.
macam ni, kita mesti fikir ujian ni dah cukup berat untuk kita kan? pernah tak kita fikir ada orang ujian nya jauh lagi hebat daripada kita, jauh lebih sukar. kadang-kadang tu bila tengok, kita terfikir macam mana diorang boleh hadapi semua tu. mungkin dengan cara ini kita akan lebih redha dengan apa yang kita lalui.
mungkin cari seorang sahabat yang rapat dengan kita. luahkan segala apa yang terpendam. mungkin kau akan rasa lebih lega.

banyakkan zikir. sendiri. ataupun berdamping dengan siapa-siapa yang sentiasa berzikir. sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. pergilah tepi sungai, tepi laut, masuk hutan ke, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan sentiasa berzikir kepada Allah.
mungkin setakat itu sahaja yang mampu aku coretkan di sini. sedikit peringatan untuk aku juga.maaf andai sepanjang perkenalan kita aku ada buat salah dan silap. yang aku sedari mahupun tidak aku sedari. apa yang aku harap kau tak berputus asa. berusaha lagi. tabah dan terima semuanya. aku sampaikan doa dari sini.

wassalam

Tuesday, November 8, 2011

~kembali menulis

Salam alaik..
Salam sejahtera.

Bicara kembali bersua ditatapan mata.
setelah seberapa purnama berdiam sepi bahasa.
ingin kembali mengukir coretan-coretan hati.
yang setelah sekian lama terkubur sendiri.

ini bukan pantun cuma empat baris ayat yang disusun empat kerat.

sudah jelas agaknya maksud disebalik empat ayat tersebut.
Tanpa perlu saya jelaskan.
pasti anda sudah faham.

ok lah.
secara ringkasnya.
setelah lama x menulis dalam blog ni, saya nk kembali berwacana.

itu sahaja buat masa ini.
wassalam

"Masjid tempat ummat beribadah, bersama beramal dengan berjemaah,
itu tanda kuatnya ummah, membuat musuh terasa gundah"