Saturday, November 13, 2010

~Mari2..ada hadiah untuk dimenangi..

Assalamualaikum...

tibe2 rasa nak wat satu contest..mcm blog2 lain selalu wat..hehe...
saja nak try...

okla..peraduan nya mudah je..anda kena ikut langkah2 seperti di bawah:

1.Anda kena jadi seorang blogger. iaitu mempunyai blog anda sendiri.sekiranya anda sudah memiliki atau mempunyai blog anda sendiri sila abaikan step 1 ni.

2.Anda juga adalah follower blog Life-s0-Complicated ni. sekiranya anda juga adalah sedia ada telah menjadi follower blog ni, maka abaikan step 2 ni jugak.

3.Ini merupakan langkah yg paling penting..ini merupakan step yang bakal menentukan siapa pemenang untuk pertandingan a.k.a peraduan ini...Anda perlu lengkapkan ayat berikut..

"Sahabat..................................."(tiada had dalam patah perkataan tapi janganlah melampau sangat ye patah perkataannya hingga mencecah 350 seperti karangan SPM plak...cukuplah 2-3 ayat)

contoh: "Sahabat yg sebenar tidakkan pernah memikirkan hatinya biar terpaksa merintih sendiri dalam sepi demi menjaga keakraban suatu persahabatan dan memelihara hati seorang saudara".
Ini sekadar contoh.

senang tak??Anda boleh tulis apa sahaja tentang sahabat..erti seorang sahabat ke..buatlah ayat se"kreatif" yg boleh...lagi puitis lagi bagus..dan yg paling penting adalah mesej yg anda nak sampaikan melalui ayat tersebut..

4. setelah anda siap memikirkan ayat yg bombastik itu. Sila taipkan dan letak dalam komen post ni.Anda tidak perlu membuat post baru di blog anda berkenaan peraduan ini seperti mana kebanyakan peraduan2 lain buat.

5.Untuk pengetahuan anda, tiada had dalam menghantar penyertaan anda.tetapi hanya satu penyertaan terbaik anda sahaja akan dipilih.

6. LIMA pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah daripada saya.Nak tahu hadiahnya...???tunggu...Anda menang nanti tahulah apa yg anda akan dapat..hehehe

selamat mencuba!!

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31/12/2010..waa.....lama x?bukan apa..masa tu nanti saya dah abis posting paediatriks.dan tengah bercuti seminggu..so bolehlah menilai ayat2 tersebut nanti.ok.

Wassalam

17 comments:

-m3- said...

err...saye ni dikire follower awk x?

khairul ridhuan Mkr said...

sahabat...
dengan kehadiranmu...
hidupku kini dibimbing dengan nasihatmu...
engkaulah perawat segala suka dan duka aku...
teringat aku akan kisah kegagalan aku...
dengan bantuanmu itu..
aku kini berjaya mengorak langkah dalam mencapai hasrat cita-citaku...
kehadiranmu amat bererti bagiku...
tanpamu siapalah aku..

K-RuN said...

m3..dikira.

Amirul Amzar said...

pendek je boleh x kerun...hihi

sahabat...adalah orang yang berjalan di depan tetapi memandang ke belakang...
dia di depan supaya apa bahaya..dia yang hadapi dulu...
dia pandang ke belakang bukan saja menjaga kita dari jatuh...tp jugak mengingatkan kita tentang masa lampau yg kita sesal kan...=)

khairul ridhuan Mkr said...

sahabat..
kehadiranmu memberi satu erti yang bermakna untukku..
aku merintih akan keihsananmu...
supaya aku tidak keseorangan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini....
aku tahu...
aku lemah bila keseorangan...
seperti juga insan yang lain...
tiada bezanya kita ini yang bergelar manusia...
melainkan amalan dan akhlak menjadi penentu keikhlasan seseorang...

sahabat...
pertemuan ini bukan satu mainan tanpa erti...
aku bersyukur memiliki insan yang sanggup bersama-sama mengharungi liku-liku hidup ini...
nasihat dan budi pekertimu santiasa aku genggami...
menjadi batang tegaknya hijau daunan penyeri alam..
dan keikhlasanmu itu dibalas jua di akhirat nanti...

aru said...

sahabat,,,,
satu perkataan yang mudah ditulis namun sukar di mengerti..
ada ketika menemani gembira..
ada ketika menemani duka..
itulah erti sahabat sebenar..

sahabat,
membimbing jika tidak mengerti..
membantu jika kurang kudrat diri..
bersama menuju ke jalan ILLAHI..
menjadi SAHABAT di AKHIRAT nanti..

namun adakah boleh digelar sahabat jika
sahabat hanya ada dikala gembira dan meninggalkan ketika duka,
hanya menjadi sahabat di dunia?

~terataibungaindah~ said...

sahabat?
sahabat itu bukan seperti chipmore,
sekejap ada, sekejap tiada.
bukan jua seperti coklat m&m,
cair di mulut, tidak di tangan.
dan bukan juga seperti bayang-bayang,
sentiasa ada tetapi hilang bila gelap...

sahabat itu ibarat air zam zam
sentiasa ada untuk hilangkan dahaga.
ibarat paha kiri dan paha kanan,
satu dicubit, satu lagi turut terasa.
dan sahabat itu ibarat telinga,mata dan tangan extra untuk sahabatnya,
telinganya untuk menjadi pendengar setia,
matanya untuk menjadi prihatin,
dan tangannya untuk menghulurkan bantuan bila masa ia diperlukan...
serta bahunya, untuk ia menangis dan menenangkan hatinya.

jadilah sahabat yang baik...

by terataibungaindah

im in!=p

hannan nazri said...

Sahabat..
Dia memeluk erat waktu titisan air mata masih belum sempat jatuh menitis di telapak tangan.

Atau cukup sekadar menadah telinga saat gundah menerjah perasaan andai jarak penghalangnya.

Sahabat..
Dia tersenyum senang waktu diri rasa bahagia.

Atau cukup tersenyum sendiri andai jarak memisahkan.

Sahabat..
Dia faham bicara temannya saat berdiam.
Dia faham gusar hati temannya dibalik tawa riang temannya.
Dia sentiasa ada walau jarak memisahkan.

marinata said...

okay.. memang tak tahu nak berpuitis langsung..
tapi untuk keron yang semangat menjemput kte kat blog..
kte tibai je lah eh..haha



Sahabat
tatkala suka mahupun duka
engkau juga turut bersama
membalut luka merasa derita
berkongsi rasa tika gembira
bagaimana bisa ku lupa
engkau sahabat akhirat jua dunia



*tak boleh panjang2.. kang merepek bukan2..haha

-m3- said...

guess it's my turn eh? hoho...^_^

sahabat...
dia yang kita cari, yang kita perlu.
dia yang kita marah, yang kita sayang.
dia yang kita nasihat, yang kita perli.
dia yang selalu ada, bila yang lain tiada.
dia yang terima kita, x kira siapa kita.
dia yg setia bersama, selamanya.

shahniz said...

sahabat,
bukan seperti kawan,
kerana kawan makan kawan,

bukan seperti kekasih,
kerana kekasih datang dan pergi,

bukan seperti hero,
kerana hadir apabila perlu sahaja,

tetapi,
sahabat adalah bila kau memandangnya terus ingat kepada ALLAH..

-ain- said...

sahabat,
memang susah nk didefinasikan...
sahabat yang baek akan sentiasa menyokong saya menjadi diri saye yang lebih baek, dunia dan akhirat...
n syukran that i have one.... :)

tiQawaN said...

sahabat..
suatu ketika dahulu..
waktu kita mula bertemu,
rasa senang antara satu,
mengikat diri menjadi satu...
mula mengenal hati budi,
mula rasa ambil peduli,
sahabat..
indahnya perkenalan itu
diteruskan lagi,
menjadi sahabat seikhlas hati..
agar perjuangan x lagi bersendiri..
mencari cahaya
dibalik onak berduri,
agar jatuhku segera disambut,
agar tangismu segera terhapus,
agar kejayaanku menjadi kejayaanmu, agar perjalanmu sentiasa ada aku..
sahabat..
kita masing2 merangkak ..
merangkak mencari cahaya..
pedih!
sakit!
luka!
kita lalui bersama..
xkan ku biar kau menangis sepi,
xkan kau biar ku hanyut sendiri..
ku bersyukur adamu teman..
sama2 merangkak mencari cahaya..
walaupun lambat kita berjanji untuk setia,
walaupun sukar kita berjanji untuk tetap mengejarnya..
kerna cahaya itu tinggi nilainya,
cahaya yg dapat menerangi kita,
untuk ddunia utamanya
disyurga..

melur said...

sahabat ialah anggota, sahabat ialah deria dan sahabat adalah organ bagi seorang yang menghargai sahabat

macam nak bagi lagi je ni..tiba2 datang pulak ilham..hahhaha =p

melur said...

"sahabat sejati ialah sahabat yang sentiasa di sisi tidak akan datang untuk kepentingan diri dan tidak akan pergi andai di marahi"


"sahabat bukan fun fair tempat mencari hiburan,,
sahabat bukan masjid tempat mencari ketenangan,,

tetapi sahabat ialah manusia yang perlu diberi penghormatan dan penghargaan,,

bukan penghormatan seperti orang atasan,,
bukan penghargaan seperti orang menderma,,
cukuplah sekadar menjaga hati dan perasaan,,
agar hati tidak terluka"

marinata said...

Sahabat mampu memberi sepatah kata yang bisa buat kita ketawa
Sahabat juga mampu memberi sepatah kata yang bisa buat kita terluka
sahabat jua mampu menyembuh duka sekelip mata
Sahabat jua mampu menguris rasa yang tak bisa kita lupa sampai bila bila



Sahabat itu mudah dicari
tetapi sukar mencari yang mahu sehidup semati
Sahabat itu mudah dicari
tetapi sahabat sejati sukar ditukar ganti
Namun Allah punyai kuasa tersendiri
hadirkan teman disisi pabila tiada siapa yang peduli.

-m3- said...

i've got one more, tp ini bukan ori...just for sharing, kalo nak consider sbg penyertaan boleh gak..^_^

sahabat..
dia cinta kamu
tapi dia bukan kekasih
dia sayang kamu
tapi dia bukan keluarga
dia bersedia berkongsi sakit denganmu
tapi dia tiada talian darah denganmu

sahabat..
marah seperti seorang ayah..
menjaga seperti seorang ibu..
suka mengejek macam kakak abg..
menjengkelkan macam adik2..

dan sayangkan kamu lebih daripada kekasih..