Friday, July 22, 2011

~berakhir sudah posting di Klang

Assalamualaikum..

Salam pembuka bicara buat semua pembaca budiman.


Maka dengan ini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang serta Asrama Perubatan Universiti Malaya Kampus Klang kerana esok (sabtu 23/7/2011), kami pelajar2 perubatan tahun 3 akan kembali semula ke Kampus UM di Pantai Dalam.

Sangat tak sabar sebenarnya nak balik UM semula. cukuplah sudah setahun menetap di Klang ni. Bukan bermakna Klang tak menyeronokkan ye. No offend ya..cuma cukuplah sudah hari2 ku lalui sebagai pelajar tahun 3 ni. tahun clinical pertama bagi kami.

Dalam masa yang sama juga sangat takut sebab balik UM ni, dalam masa 2 minggu akan dtg..oh tidak...sangat menakutkan...hanya Tuhan yang tahu apa yang ada di dalam hati kami ini. Peperiksaan Akhir Fasa 3A MBBS UM. akan berlangsung dari 8/8 hingga 26/8.

Sekadar pengetahuan anda, berkaitan dengan fasa2 ni..mungkin ada yg x tahu lagi..Ada 5 fasa nak amik medik UM ni..
  • Fasa 1 - Tahun pertama
  • Fasa 2 - Tahun kedua
  • Fasa 3A - Tahun ketiga
  • Fasa 3B (junior) - Tahun keempat
  • Fasa 3B (senior) - Tahu kelima
Fasa 1 dan 2 adalah fasa teori atau pre-klinikal.Memang kerjanya membaca,memahami serta menghafal di depan buku2 yang banyak. Fasa2 ni nak dedahkan pasal ilmu sebelum masuk tahun klinikal. Antara subjek2 yang kami belajar untuk fasa 1 adalah Anatomy, Physiology, Biochemistry. Dan untuk Fasa 2 parasitology, pharmacology, medical microbiology serta pathology. sekadar perkongsian untuk sapa2 atau adik2 sapa2 yg bercadang nak amik medik.

Oh..untuk fasa 1 dan 2 ini anda kena duduk dua exam besar. Untuk naik fasa ni anda kena lulus exam tu. kalo x repeat fasa yang sama.

Kemudian masuklah tahun klinikal. more on to practical. pergi wad, jumpa patient. itulah kerja kami hari-hari. xmaw cerita panjang lagi pasal klinikal ni. ada masa nanti saya kongsikan lagi..

Apa2pun doa kan saya dan semua kawan2 saya di UM ni untuk final exam kami ya. Kami nak jadi doktor yang baik dan berguna kepada masyarakat insyaallah.

Exam kali ni berlangsung sepanjang bulan Ramadhan . Insyaallah, moga2 mendapat keberkatan dalam bulan ramadhan ni.

Wassalam.

3 comments:

-m3- said...

all de best k-run! kim salam gudluck utk yg len2 gak..=)

Arfazilah Abka said...

~K Run
All the best..berusaha dan bertawakkal...=)

Unknown said...

best nye medik, btw, sy dlm bidang biotech pon belajar gk biochemistry n microb..