Salam alaik...
mari sini saya nak bercerita.
bukanlah cerita sangat pun.
cuma sedikit apa yang selalu terbayang dan terlintas di fikiran.
meninggalkan dan yang ditinggalkan?
pernah menjadi salah satu daripadanya?
anda yang mana?
atau pernah mengalami keduanya?
yang mana lagi tinggi impak kepada perasaan kita?
di sudut insan yang meninggalkan. yup. memang sedih tak terkata. terpaksa meninggalkan keadaan atau suasana yang telah sekian lama menjadi kebiasaan diri. setiap detik dan saat yang dilalui pasti akan diingati atau dikenang bila berada di tempat baru nanti.
di sudut lain yang ditinggalkan tidak kurang impaknya. insan yang selalu mendampingi kita, yang ketawa, yang menemani, yang menjadi teman ke mana sahaja. pergi ke tempat lain pasti kita kan merasa kehilangan yang amat. memang sedih tak terkata.
Jadi dua-dua pun memang sedih tak terkata.
tapi untuk dibandingkan ( ini di sudut pandangan saya, mungkin anda ada pandangan lain..jika sudi mari berkongsi)..yang meninggalkan, ditempat baru nanti..pasti kan sibuk dengan suasana baru, kawan baru, perlu sesuaikan diri dengan tempat dan kawan baru. mungkin akan jadi terlalu sibuk untuk mengingati kesedihan meninggalkan tempat lama. bukan bermakna terus lupa. itu tidak mungkin. maksudnya kesedihannya sedikit kurang oleh kerana ada perkara lain untuk difikirkan.
cuba fikir di sudut yang ditinggalkan. masih melalui hari2 yang sama, teman-teman yang sama, aktiviti2 yang sama tapi yang berbezanya setiap yang disebut itu hari2 yang sama tanpa insan yang telah meninggalkan kita, teman2 yang sama tanpa insan yang telah meninggalkan kita dan aktiviti2 yang sama tanpa insan yang telah meninggalkan kita. semuanya kurang. dan kita akan lebih terdorong untuk memikirkan kesedihan sebuah perpisahan itu. kehilangan lebih terasa di sini.
ok. ini apa yang saya rasa.
dan sememangnya apa yang saya rasa.
ok. dan saya sangat sedih.
dan anda tentu tahu saya berada di tempat yang mana.
Wassalam
2 comments:
both side akan sedih. Whatever it is, kebenaran mmg pahit. Doakan yang terbaek, dan Allah telah bagi yang terbaek. Ade hikmah disebalik. Bersabarlah.
salam...byk2 brsabar..kmu sdih 1 ujian ALLAH swt kpd kmu jga...tanda kasih sayangNYA kpd hmba2NYA....
Post a Comment