Wednesday, November 9, 2011

~sedikit kata yang tertulis

Salam alaik.

mari ku coretkan di sini. aku tak bisa luahkan dengan lisan kerna tulisanku lebih lancar dari bicaraku. itu aku.
mungkin aku bukan insan yang sesuai mahupun layak untuk berhujah di sini. aku bukanlah seorang wira mahupun pendekar. lagilah bukan seorang ilmuwan agung. setakat ilmu secetek ini mungkin kau kan rasa "ek eleh, ko sapa nak cakap mcm tu?"

tambah lagi, aku ni bukan pernah rasa apa yang kau pernah rasa. apa yang kau pernah lalui. kesukaran. kepayahan. kedukaan. kesedihan. keperitan dan segala bagai ke".."an yang lain.

semua ini bermain di minda ku, di saat setiap kali aku cuba untuk berbicara menasihati atau menegur orang.

"jalan kau lain. jalan aku lain. jalan yang kau lalui mudah. jalan yang aku lalui tak begitu senang". mungkin itu kata hati kau. "diam boleh tak. kau tak rasa, senang lah kau nak cakap apa". kata kau lagi.

aku jadi lagi diam. tak mampu berbicara. hampir terhenti nafas. fuh fuh.. tercungap-cungap.

niat cuma ingin berada di sisi memberi sedikit sokongan dan dorongan.
apa-apa pun tak kira kau nak cakap apa. biar aku bicara melalui coretan ku ini. kau tak perlu dengar. hanya perlu baca.

dengar sini. maaf. hayati ayat-ayat yang bakal ku coretkan di sini.

apa pun yang terjadi, ku harap kau tabah. dugaan yang Allah bagi kepada kita tandanya Dia masih ingat dan sayang kita. Lagi hebat ujian yang diberi pada kita, lagi sayang Allah pada kita. Cuba tengok balik kisah-kisah para rasul, para nabi..betapa hebatnya, betapa sukarnya ujian yang Allah turunkan pada mereka. tapi ternyata darjat mereka disisi Allah sangat tinggi. dan ingatlah ujian yang Allah turunkan kepada kita ada tujuannya, bukan sia-sia. Segala aturan yang Allah telah tetapkan ada sebabnya. Allah itu Maha Mengetahui.

ujian-ujian ni juga nak uji sejauh mana keimanan kita kepada Yang Maha Esa.
Firman Allah SWT,  "Jangan kamu mengatakan kamu sudah beriman, sedang kamu belum diuji".
jadi, bersyukurlah kita andai kita insan-insan yang terpilih diuji Allah dengan ujian yang hebat.
teringat pulak lagu Rahmat Ujian dari Mestica "..Harus ada rasa bersyukur, Di setiap kali ujian menjelma, Itu jelasnya membuktikan, Allah mengasihimu setiap masa, Diuji tahap keimanan, Sedangkan ramai terbiar dilalaikan, Hanya yang terpilih sahaja, Antara berjuta mendapat rahmatNya.." lagu ni betul-betul menusuk kalbu bila kita hayati bait-bait liriknya. kadang-kadang bila aku rasa tertekan aku dengar lagu ni. sekadar menghibur hati. ye sebaiknya kita ambil wuduk, solat, dan baca Quran. Insyaallah hati akan tenang. luahkan perasaan kita kepada Dia. Dia Maha Mendengar. mengadu lah puas-puas dekat Allah. Allah suka pada hambaNya yang meminta pertolongan pada Dia.

mari sini, nak sambung lagi.. terkadang tu pernah jugak rasa sangat2 tertekan sangat bila diuji ni. dah buat macam-macam, tapi hati masih gundah gulana. mungkin sebab hati yang ada dalam diri dah hitam sangat. hati dah merajuk dengan kita. bila masa-masa macam ni baru nak cari Allah. bila senang leka, alpa, lalai. bila waktu-waktu macam ni..pujuklah hati kita, kembali mengingati Allah.
macam ni, kita mesti fikir ujian ni dah cukup berat untuk kita kan? pernah tak kita fikir ada orang ujian nya jauh lagi hebat daripada kita, jauh lebih sukar. kadang-kadang tu bila tengok, kita terfikir macam mana diorang boleh hadapi semua tu. mungkin dengan cara ini kita akan lebih redha dengan apa yang kita lalui.
mungkin cari seorang sahabat yang rapat dengan kita. luahkan segala apa yang terpendam. mungkin kau akan rasa lebih lega.

banyakkan zikir. sendiri. ataupun berdamping dengan siapa-siapa yang sentiasa berzikir. sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. pergilah tepi sungai, tepi laut, masuk hutan ke, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan sentiasa berzikir kepada Allah.
mungkin setakat itu sahaja yang mampu aku coretkan di sini. sedikit peringatan untuk aku juga.maaf andai sepanjang perkenalan kita aku ada buat salah dan silap. yang aku sedari mahupun tidak aku sedari. apa yang aku harap kau tak berputus asa. berusaha lagi. tabah dan terima semuanya. aku sampaikan doa dari sini.

wassalam

1 comment:

Anonymous said...

salam....byk2 brsabar....nukilan kli ni btul2 trsirat mksudnya....