Monday, January 31, 2011

~KKAA empatbelas Hari Pertama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..Kem Kecemerlangan Akademik & Akhlak XIV dah pun melabuhkan tirainya..
walaupun kali ni x melibatkan diri secara langsung..
tp telah merajinkan diri hadir masa 'on project'..
jadi pemerhati je..dan juga adhoc secara x langsung
merangkap ahli biro kebajikan yg secara tiba2 telah tertubuh oleh saya,tqah,isz,lily & liya..
biro kebajikan yg bertanggungjawab ke atas peserta2 yg sakit.

iklan sebentar : currently dekat LCCT, nak balik sarawak flight kul 7.30 am..xleh nk tido sgt kat airport ni..aduh..maka dgn itu telah memutuskan untuk post sumthing pasal KKAA sementara ia masih segar dlm ingatan..

ok..sambung balik..
KKAA kali ni untuk tahun ketiga kalinya diadakan selama 3 hari 2 malam..b4 tu 4 hari 3 mlm..
maka adik2 yg datang dari daerah sentul, gombak & satu daerah lagi tiba kira2 jam 4pm lebih sikit...mcm biasa tugas para fasilitator untuk menyambut ketibaan adik2 yg datang..
program diteruskan dgn sesi pendaftaran.

habis tu terus solat asar.kemudian sesi taklimat oleh moderator dan pihak YATIM (Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia).habis semua tu..makan =) solat maghrib dan slot maghrib isya' telah diisi dgn slot bacaan al-fatihah dan juga rukun solat.

lepas isya' barulah acara sebenar bermula.

dimulakan dengan sesi pengenalan fasiliator2 kpd adik2...

diteruskan dgn

ice breaking. nk bahagikan adik2 ni kpd kumpulan masing2..
dibelakang baju adik2 telah ditampal nombor 1-12 oleh fasilitator2...
adik2 dikehendaki mencari ahli kumpulan yg mempunyai nombor yg sama dgn diri mereka..
TANPA mengeluarkan sebarang SUARA dan TANGAN mereka tidak boleh digunakan. bayangkan agak sukar sebenarnya. tetapi adik2 ni boleh dikatakan melepasi slot ini dengan mudah dan cemerlang. mereka mampu mencari ahli kumpulan masing2 dgn mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

kemudian ketua kumpulan diminta mencari fasilitator kumpulan masing2
dah habis ice breaking.
masa untuk bersama2 fasilitator buat pertama kalinya dalam LDK.

LDK 1 : Taaruf
aktiviti: taaruf ringkas, perlambangan dan siapa saya.

sempat la tgk2 fasi2 batch baru ni conduct LDK. walaupun kebanyakannya first time conduct(x termasuk smart plan), dapat dilihat junior2 fasi tahun ni mempunyai bakat dan kredibiliti masing2. salute kat diorg..tabik sprrringgggg!

dan macam biasa. hari pertama. kem komanden mesti massyuuuk punya.
sesi bersama kem komanden: Sir Joe (kovbe@fadhil)
mcm biasala..peraturan, disiplin , masa..semuanya ditekankan oleh kem kom..
semua ni bagi memastikan kelancaran KKAA...

habis tu..minum malam..then adik2 dilepaskan untuk slot kumpul daya(a.k.a T.I.D.U.R.)

adhoc dan fasi...
kumpul daya?
ooo..belum lagi...
post mortem dulu.

macam biasa segala permasalahatan, ketidakbetulan, kelemahan..
semuanya dibincangkan agar dapat diperelokkan & memastikan kelancaran program hari berikutnya..


okla..setakat tu dulu untuk laporan hari pertama..laporan hari kedua menyusul kemudian =)

wassalam...

KKAA power!
MISI kita cemerlang!
Because we are the BEST BEST BEST!

Monday, January 24, 2011

Smart Plan 2011 SMK Sri Ampang


Assalamualaikum...

ingat smart plan tu apa?
satu sub projek bawah KKAA-kem kecemerlangan akademik dan akhlak...
tahun ni KKAA dah yang ke 14..
masa yg ke 12 sy jd pengarah smart plan ni..
wat kat high school klang...
tahun lepas yg ke 13 wat kat high school klang gak, kali tu sbg fasilitator...
dan tahun ni...
kat ampang...
sy dtg tengok2 je...
tahniah utk pengarah KKAA saudara Salman
dan juga pengarah smart plan tahun ni.. saudara amir..ini adalah pengarah smart plan (kiri)..bersama ketua fasi kkaa tahun ni

kalo td x nmpak muka ketua fasi..ni lah dia gambar beliau..saudari mariam shafiyah..atau lebih dikenal sbg shafi(yg bju pink)..


apa yg nk diceritakan disini?

.................................................................................dah xde idea nak tulis apa...


sesi pengenalan fasilitator...moderator saudara ezzat...inilah barisan fasilitator tahun ni..semuanya muka2 baru..ganbatte!!



dua org ni fasi tua sikit..hehe..


apa2pun KKAA akan berlangsung start jumaat ni...
gud luck untuk warga kerja KKAA XIV
fasi2..al da best..curahkan segala ilmu yg ada...
adhoc2...wat yg terbaik...owh, itu saudara pengarah kkaa (dua dari kiri)..salman..all da best..kamu boleh!!


kredit to saudara ashraf..photographer kita dari biro multimedia


kredit juga kpd Abg Halim...ni sekolah tempat dia mengajar...

insyaallah..
semoga usaha kita yg sedikit ni mendapat keberkatan Allah ...

Saturday, January 1, 2011

~Keputusan Peraduan "Sahabat..."

Salam pembuka bicara...

senyuman terukir di pagi hari di tahun baru 2011 ini..
alhamdulillah...
begitu pemurahnya Allah
begitu pengasihnya Allah
Dia bagi kita lagi bernafas di tahun baru ini...
marilah sama2 kita memanjangkan syukur kita ke hadrat Ilahi..

Semoga Tahun baru 2011 ini kita dpt memperbanyakkan amal ibadah kita
meningkatkan keimanan
menyuburkan ketaqwaan
mudah2an kita dapat menjadi muslim sejati...
insyaallah...


berbalik kepada peraduan "sahabat...", setelah ana baca, tapis satu per satu..bukan baca sekali...baca banyak2 kali...susah jugak nak pilih 5 terbaik ni...sebab semuanya mantap2..disebabkan semuanya adalah terbaik...ana pilih kelainan yg ada dalam setiap penyertaan yang anda berikan...dan juga penyertaan yg bila baca, terus terlekat di hati...
alhamdulillah, 5 sudah pun terpilih...segala keputusan adalah muktamad...tahniah diucapkan kpd pemenang...yg kurang bernasib baik..jangan bersedih...insyaallah, akan diwujudkan peraduan2 yg akan datang..join la lg ye...

5 pemenang peraduan "sahabat..."

sahabat..
kehadiranmu memberi satu erti yang bermakna untukku..
aku merintih akan keihsananmu...
supaya aku tidak keseorangan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini....
aku tahu...
aku lemah bila keseorangan...
seperti juga insan yang lain...
tiada bezanya kita ini yang bergelar manusia...
melainkan amalan dan akhlak menjadi penentu keikhlasan seseorang...

sahabat...
pertemuan ini bukan satu mainan tanpa erti...
aku bersyukur memiliki insan yang sanggup bersama-sama mengharungi liku-liku hidup ini...
nasihat dan budi pekertimu santiasa aku genggami...
menjadi batang tegaknya hijau daunan penyeri alam..
dan keikhlasanmu itu dibalas jua di akhirat nanti...

by khairul ridhuan mkr


Sahabat..
Dia memeluk erat waktu titisan air mata masih belum sempat jatuh menitis di telapak tangan.

Atau cukup sekadar menadah telinga saat gundah menerjah perasaan andai jarak penghalangnya.

Sahabat..
Dia tersenyum senang waktu diri rasa bahagia.

Atau cukup tersenyum sendiri andai jarak memisahkan.

Sahabat..
Dia faham bicara temannya saat berdiam.
Dia faham gusar hati temannya dibalik tawa riang temannya.
Dia sentiasa ada walau jarak memisahkan.

by hannan nazri

sahabat...
dia yang kita cari, yang kita perlu.
dia yang kita marah, yang kita sayang.
dia yang kita nasihat, yang kita perli.
dia yang selalu ada, bila yang lain tiada.
dia yang terima kita, x kira siapa kita.
dia yg setia bersama, selamanya.

by -m3-

sahabat..
suatu ketika dahulu..
waktu kita mula bertemu,
rasa senang antara satu,
mengikat diri menjadi satu...
mula mengenal hati budi,
mula rasa ambil peduli,
sahabat..
indahnya perkenalan itu
diteruskan lagi,
menjadi sahabat seikhlas hati..
agar perjuangan x lagi bersendiri..
mencari cahaya
dibalik onak berduri,
agar jatuhku segera disambut,
agar tangismu segera terhapus,
agar kejayaanku menjadi kejayaanmu, agar perjalanmu sentiasa ada aku..
sahabat..
kita masing2 merangkak ..
merangkak mencari cahaya..
pedih!
sakit!
luka!
kita lalui bersama..
xkan ku biar kau menangis sepi,
xkan kau biar ku hanyut sendiri..
ku bersyukur adamu teman..
sama2 merangkak mencari cahaya..
walaupun lambat kita berjanji untuk setia,
walaupun sukar kita berjanji untuk tetap mengejarnya..
kerna cahaya itu tinggi nilainya,
cahaya yg dapat menerangi kita,
untuk ddunia utamanya
disyurga..

by tiQawaN

Sahabat mampu memberi sepatah kata yang bisa buat kita ketawa
Sahabat juga mampu memberi sepatah kata yang bisa buat kita terluka
sahabat jua mampu menyembuh duka sekelip mata
Sahabat jua mampu menguris rasa yang tak bisa kita lupa sampai bila bila

Sahabat itu mudah dicari
tetapi sukar mencari yang mahu sehidup semati
Sahabat itu mudah dicari
tetapi sahabat sejati sukar ditukar ganti
Namun Allah punyai kuasa tersendiri
hadirkan teman disisi pabila tiada siapa yang peduli.

by marinata

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pemenang2...hadiah anda akan di poskan kepada anda dalam masa yang terdekat...insyaallah..=)
Terima kasih kerana terus menjadi pembaca blog life-s0-complicated.

^_^