Salamun alaik...
straight to the point--> nak cerita sikit pasal aktiviti ahad lepas.
mendaki gunung nuang.
last minute punya decision nak ikut. i decided to go just a day before naik gunung tu..
there were 8 of us. all are my batchmates.
Me.Izzad.Su'aidi.Syazwan.Azlan.Adli.Din.Yen.
bertolak dari um dalam kul 2.30pm mcm tu..on the way, sempat singgah petronas & 7eleven beli barang sikit. then sampai kat tempat pendaftaran dalam kul 4pm.
bila semua dah ready, terus gerak dalam kul 4.15pm ke tempat perkhemahan Kem Lolo. Perjalanan lebih kurang dalam 5.8km. Sampai kat Kem Lolo pukul 6.15pm. terus cari tempat yang sesuai untuk set up khemah. bila dah ready semua, solat asar dulu. then terus terjun mandi sungai. Sejuk memang teramat sangat. xleh rendam lama2..lagipun dah nak gelap dah pun..pas mandi, siapkan unggun api then solat maghrib.
then, makan malam. menu : maggie. Mi Maggie tu jadi sangat sedap bila dalam hutan.haha. dengan perut yang lapar and that's the only food that we have. Alhamdulillh. terisi jua perut malam tu. Lepas isya pulak, kitorg duduk ramai2..sambil layan minum nescafe, dan bercerita tentang sirah2 nabi, sahabat dan disamping nak ingat tu ada la juga yang nyanyi lagu nasyid. sebab nak ingat kisah2 tu. siap bersoal jawab lagi.
dalam kul 10 lebih mata dah ngantuk.sambil2 bercerita ada yg terbaring, ada yg makan kuaci..malam dah makin sejuk...xlama kemudian sy dah terlena dah. dalam kul 11.30 mcm tu, kami semua terjaga dari tidur. ada org datang. rupa2nya ada 2 org kawan kepada kawan sy (Syazwan) datang. diorang datang lambat sikit sebab ada problem sikit. mata yg ngantuk tadi dah susah nak lena pulak. tp paksa gak tutup mata sebab perlukan rehat yg cukup untuk mendaki gunung esok hari.
ZZzzzzZZZZzzzzzZZZZzzzz....
brrrrr....sejuk...dlm kul 2.15am. saya terjaga. tengok jam, alamak...kenapalah terjaga awal sangat ni. risau sebab takut xleh tido balik..sejuk tahap menggigil dah masa tu.tambah lagi xde bawa selimut or sweater. hanya berbekalkan kain pelikat menutupi seluruh badan. after that every 1 hour memang akan terjaga sampai la pukul 6 am..
bangun2, terus turun sungai ambil wuduk..perrgggghhhhhhhhhhh...sampai ke tulang menusuk kesejukan air deras yang mengalir tu. nak mandi? ooo..sy buat keputusan mandi bila turun dari gunung nanti.
lepas solat, siap2kan sarapan. kami bersarapan roti dengan sardin dan air nescafe panas. sedap betul dapat minum air panas2 dengan keadaan sekeliling yang sangat sejuk tu.
dalam kul 8 tu kami mulakan sesi memanaskan badan.stretching. so that xde la cramp or apa2 nanti. sebab perjalanan nya agak mencabar.
mula naik dalam kul 8.15am. then dalam kul 9.45am kami sampai ke kem pacat. kat sini kami berehat dalam setengah jam. then dalam kul 10.15am perjalanan diteruskan dari kem pacat ke puncak gunung nuang. di sini barulah rasa betul2 tercabar mentally and physically. kecuraman. memang terbaik...setelah turun naik..turun naik..kami sampai ke puncak gunung nuang yang setinggi 1493m dalam pukul 12.30pm. lebih kurang 3 jam lebih kami habiskan untuk mendaki dari kem lolo ke puncak tolak masa stop untuk berehat.
kami habiskan masa dalam sejam kat puncak.ambil2 gambar...berehat2..alas2 perut sikit. sy sempat la tidur kejap dalam 15 minit. dalam kul 1.30pm kami mula bertolak.sampai ke tempat perkhemahan di kem lolo kul 4.30pm. terus bersih2kan diri sikit dan solat zuhur. pastu terjun sungai untuk mandi. kali baru puas mandi dengan air sejuk tu..sebab badan dah memang penat dan berpeluh2..rendam lama sikit daripada sebelumnya.
pastu solat asar then kami bersiap2, kemas2 barang untuk bertolak pulang.
Pukul 6.15pm. kami memulakan perjalanan untuk pulang. sampai ke temapat pendaftaran pukul 7.30. solat maghrib dulu kat situ. lepas tu kami singgah di kedai makan. perut memang sangat lapar dan paling penting sangat2 kehausan.everyone order sampai dua gelas air. alhamdulillah. semua sekali selamat sampai. tiba di kolej dalam pukul 10 lebih. solat isyak. tukar pakaian. TIDUR.
sekian. bakal menawan gunung lain pulak lepas ni. sangat seronok.
Sunday, February 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment