Saturday, September 26, 2009

~bicara raya 3


-->ini betul2 kisah raya...^_^ heheheh


this is my small big family..sebahagian je, tym ni ramai x dtg ag...ni gambar raya pertama,lepas salam2..

ini gambar family sy..sumer adek beradek sy ada di situ...carila..ada 5 org including me...yg ni raya kedua...nak g kuala tatau...my mum's hometown...kena naek bot...

bila sampai je terus bergambar di tepi pantai itu...

with my two sisters...

gambar ni sy amek...

bergambar di rumah pakcik...


ini family my sister...that's her husband,org terengganu...

ini anak sedare, nama AZFAR...

kembali ke kuala tatau...sekolah kuala tatau...sy x sempat bersekolah di sini...my mum and 2 of my eldest sibling sempat...


si kecik ini lagi


ini saya..hehehe...masa ni dah nak balik,tgh tunggu bot kat jeti



ini anak sedara,kakak kepada azfar...nama NURKHAYRIN..a.k.a ANGAH@kak Ngah




ini juga anak sedara, kakak lagi kpd azfar dan juga angah..nama NISRINA...a.k.a. Along@kak Long

-setakat itu dahulu-



sign2

Wednesday, September 23, 2009

~bicara raya 2

tajuk post {bicara raya} tapi x berapa nk cerita pasal raya pun...
sepatutnya tajuk [bicara yg ditulis pada hari raya] *_* apa2 jelah...

~sambung kisah ihram~
walaupun byk gak masalah yg menimpa, alhamdulillah semuanya dpt dilalui satu persatu
dgn izinNya jua, ihram berjalan seperti yg dijalankan...
nk dikisahkan cerita, VVIP n VIP yg sepatutnya dtg pada hari program yg telah dirancang itu telah tidak menghadirkan diri pada waktu itu dan ada yg batalkan last minit...
kucar-kacir kitorg dibuatnya....
nak wat camne kan???
kita dah usaha...
-ALLAH jua yg menentukan apa yg berlaku-

alhamdulillah nafas lega setelah program selesai
tanggungjawab, amanah yg telah terpikul
sudah sampai saat
diselesaikan tugas itu...
seharusnya aku bisa tenang
tapi...
ya...
kerisauan masih ada...
dikhabarkan tentang program berbuka puasa untuk satu kolej itu
agak tidak sesuai
yelah dgn kapasiti dewan itu memg tidak akan memuatkan semua org
hingga yg patut berbuka puasa
terpaksa berbuka kat luar sbb xda tempat...
dgn keadaan diluar yg jammed tika itu...
waaaaaa.....
rasa sgt bersalah disitu...
bila fikir2 balik
xtahu cmne rasa nk berdepan ngn diorg yg terpaksa bbuka kat luar hari tu~~
=(
apa yg harus aku lakukan???

dikhabarkan jugak ihram tahun ni cam tenggelam...
macam ihram ni xde pun
bila imbas2 balik
mungkin ada betulnya
di sini nak minta maaf kat sumer kalo ihram tahun ni x mencapai standard yg sepatutnya...
maaf jua di atas kegagalan sy menjalankan tugas sy dgn sebaiknya
maaf
maaf
maaf

:bright side:
sy pernah ckp kt post mortem
"sy x menyesal terima tanggungjawab ni"
siyes
sy sgt x menyesal
byk benda yg dpt membuka hati n minda sy
sepjg ihram ni dijalankan
thnx untk sumer
i learnt lots of things

::habis jer ihram::
mode exam
yup
pharmacology dan parasitology
hari khamis itu
pergi exam hall
dgn xde perasaan nk exam
mcm nk g kelas biasa je
preparation ala2 kadar je...
huhu...
xpe...
sy buat yg terbaik
sedaya yg mampu...
habis exam....
fuhh...
xberapa leh nak jawab...
tp xtaw nape...
perasaan risau pasal result x berapa nk ada..
xtaw nape??
mungkin dah lali dgn benda2 mcm ni...
i mean cabaran,dugaan,kegagalan...
semua benda ni memg akan berlaku,x kira mcm mana bersedia pun kita...
masalah boleh muncul bila2 masa...

-cukup setakat ini-

sign2

Sunday, September 20, 2009

~bicara raya 1

-Salam-
sebelum bicara diteruskan
pertama sekali
SALAM LEBARAN
ampun & maaf dipinta
andai kata ada
terlanjur lisan
terabai janji
hati berprasangka
dan jua
sikap yang menyakitkan
moga kehadiran syawal kali ini dapat merapatkan ukhuwah kita sesama insan
noktah

meneruskan bicara~

banyak yg ingin ku sampaikan...terlalu byk...tp mungkin x sume mampu ku catitkan di sini..mana x nya,hampir 3 minggu aku x update blog ni...dlm tempoh tu mcm2 perkara yg berlaku...tentang ihram'09,study,kawan2,buka puasa, ramadhanku, exam...dan sebagainya

ok, bermula dgn ihram'o9 (ihya' ramadhan'09)...sekembalinya aku dari bercuti selama seminggu, setibanya aku di kolej, dengan langkah sepantas kilat jam menunjukkan 10.55pm aku bergegas terus ke bilik, meletakkan semua barang2 ku dan dengan segeranya aku terus ke pejabat kolej sbb nak kena jumpa ngn penyelia kolej untok bincang ttg majlis berbuka puasa yg dirancang berlaku jatuhnya pada hari selasa 15hb septembet 2009...dgn kepenatan itu,aku meng'gagah'kan diri, menahan mataku yg sgt mengantuk ketika itu untk mendgr bicara yg ingin disampaikan beliau...lebih kurg sejam kemudian habislah sudah perbincangan itu...disaat kaki melangkah keluar,kepala akalku sudah dipenuhi dgn pelbagai perkara...kerungsingan melanda tika itu....___________.....<-garis itu menggambarkan masa itu sgt lah bimbang hingga otak shut down kejap...dan kemudiaannya aku bergerak ke studio tari n dataran selasih,dimana saat itu proses mengerang sedang dijalankan::jgn salah faham proses 'mengerang' yg sy maksudkan adalah mengecat dan menyusun serta melekatkan kerang.untuk apa??ya untok malaysia book of record::untk pengetahuan anda kolej kami tika itu yg juga sedang menjalankan minggu kemerdekaan adalah dlm usaha untok mencipta rekod malaysia dalam menghasilkan logo satu malaysia yg terpanjang [untok gambar sila klik --> arumbaa daily news]...alhamdulillah tanggal 090909 adalah tarikhnya...MBOR telah mengiktiraf logo itu sbg yg terpanjang di MALAYSIA...

sambung plak cerita ihram...ya,program hari selasa itu adalah : majlis penutupan ihya' ramadhan berserta majlis berbuka puasa TNC n pengetua2 dan juga program wacana minda oleh pemidato Dato' Syed Ahmad...tika itu,aku sgt lah risau...tiga program itu dijalankan serentak, start 5.30pm hingga waktu berbuka...nak kumpul org lagi supaya penuhkan dewan...satu masalah kerana disaat dan masa itu sumer org baru balik dari kelas...mampukah kami warga ihram'09 melaksanakannya atau secara khususnya mampukah aku untk mengetuai gerak kerja ni...??sesungguhnya aku tika itu sgtlah serabut!! dahla aku ni jenis yg risau lebih2...namun aku wat gak...dgn bantuan sahabat2 disekelilingku...terima kasih buat anda semua yg membantu secara langsung dan secara tidak langsung...

kerja2 diteruskan, pengisian & protokol meneruskan kerja2 mereka mengesahkan kehadiran pengetua2 n TNC, berbincang protokol majlis...biro makanan n cenderamata menguruskan menu2 dan cenderahati...biro deko menyiapkn dekorasi dewan umara', penerbitan meneruskan usaha menerbitkan an-Nur, publisiti dalam usaha promosi mereka dan tidak lupa Biro tugas2 khas dgn T-shirt, name tag serta program memasak bubur lambuk n pertandingan ihram...

diceritakan pulak, sabtu telah diadakan pertandingan ihram ::anyam ketupat, tulisan khat, wat pelita buloh, n buat kad raya...seronok sgt hari tu sbb ramai yg turun
keesokannya pulak, gotong royong masak bubur lambuk...start seawal kul 8 pagi habis masak lebih kurang kul 3 lebih kot...masalah utama hari tu...xtaw resipi n camne nak masak..hehehe...

dan hari yg dinanti2...program hari selasa tu........

--to be continued--

melangkah untuk melayan tetamu yg datang bertandang



sign2

Wednesday, September 2, 2009

~kata

Maaf bukan ku tak percaya

Ku tak berpegang penuh pada kata-kata

Selain terbukti ternyata

Benar dan terlaksana


Kisah dulu

Waktu itu

Masa terdahulu

Bisa menggambarkan apa

Yang mungkin berlaku

Hari esok

Detik mendatang


Kerisauanku hari ini

Telah tertunjuk

Didepanku

Yang baik mahupun buruk

Kedua-duanya sekali


Terdiam aku seketika

Kelu…

Masakan bisa mengundur

Sedangkan belum cuba untuk mengangkat kaki

Melangkah ke hadapan

Kecewa…


Namun

Ada yg membuat ku kaget

Dengan setiap langkah mereka…

Begitu gah ke hadapan

Walaupun mereka berbicara

Mereka kan kecundang pada awalnya

Itu ku mahu


Sudah

Cukup bermain dengan hujah berbisa

Ini bukanlah permainanku

Perdebatan kata pasti ku kecundang berbicara

Aku insan lemah

Hanya terdiam

Mungkin itu langkahku

Caraku tak sama

Tapi aku akan pastikan setiap langkahku

Mantap

Bukan sekadar panahan bahasa

Kota apa dikata


Setelah ku letakkan batu amanah

Jangan biarku hilang percaya

Kerna sudah hampir kepada itu

Aku tak mahu


sign2