Walau digilis derita
Masih teguh menggalas peranan
Walau dihempas cubaan
Masih gigih menegak kebenaran
Zahir yang terpancar
Dari insan sepertimu
Takkan bisa dimiliki insan biasa…
Berjuang di jalan Allah
Tak pernah gentar
Meneruskan langkah ibadah
Tak pernah berpaling
Selagi misi digenggam
Visi menjadi matlamat
Kau redah segalanya
Demi mencari redha Ilahi
Di saat langkahmu terhenti seketika
Jangan kau kecewa
Dirimu tidak keseorangan
Kau didampingi jiwa-jiwa prihatin
Setia menghulur tangan
Sedia mengiringi langkahmu
Meneruskan perjalanan
Cemburu hati ini melihatmu
Masih tersenyum ceria
Menghadapi semuanya dengan sabar
Allah sentiasa bersama-sama orang beriman
Allah sentiasa bersama-sama orang bertaqwa
Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar
Semoga dirimu dalam kalangan mereka
Yang mendapat kasih sayangNya
Sahabat
Kami mendoakan yang terbaik untukmu
Semoga dikau menghadapi segalanya
Dengan tabah
Insyaallah
Dengan rahmatNya jua
Dengan redha yang Maha Esa
Semoga kita semua mendapat kejayaan
Kebahagiaan
Di dunia dan akhirat
TerMenUng : syukur diberi nikmat dari Allah swt...biasanya kita xpernah hargai apa yg kita miliki, bila dah tiada, nikmat di tarik balik...barulah kita merasai kehilangan...
terFikiR : harus tabah dan sabar menghadapi semuanya...semuanya ujian Allah...kita diberi nikmat,Allah nak uji adakah kita ni hamba yang bersyukur atau tidak...jika nikmat ditarik semula, Allah nak uji betapa sabarnya kita menerima ketentuanNya...apa2pun ujiannya,bersyukur kerana Allah masih mengasihi dan menyayangi kita...Subhanallah ^_^
p/s : untuk sahabatku, semoga kalian tabah menghadapi segala onak duri...Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segalanya...sesuatu yang baik atau buruk...jika kejayaan dan kebahagiaan adalah yg terbaik untuk kita...bersyukurlah, dan jika kegagalan itu adalah yang terbaik untuk kita, redha lah dgn apa yang Allah nak bagi kpd kita..Dia lebih Mengetahui...
1 comment:
salam nas..
insya Allah, apa yg baik dtg dari Allah swt. semoga berjaya walaupun onak durinya menngempas diri, dan meskipun bertongkat besi berbunyi..janganlah kenal putus asa, bergayutlah di dahan kukuh agar tidak tertempias ke dlm laut..hu3
Post a Comment