Friday, March 5, 2010

~Sulaman estetika sahabat

Sulaman bebenang emas di sutera kuning itu
dulu kita sulam
hingga begitu indah tampak
seni dan rona
euphoria tiap detik dan masa
sungguh indah waktu itu

Kini
ikatan sulam itu kian longgar
bisa putus bila-bila
jika ada yang cuba menariknya...

aku dysphoria
dibelenggu pemikiran
mengapa kian hilang keakraban dulu

di mana silapnya?
apa agen etiologi disebaliknya?
apa tidak cukup baik kain sutera itu?
atau tiruankah bebenang emas itu?

mungkin kurang mahir kita menyulam
corak pilihan
atau
mungkin tidak cukup kukuh
ikatan penyudah sulaman itu.

cuba ku baiki
tapi aku buntu
kerna tak tahu yang mana punca
asal-usul keberantakan itu
lalu ku selidiki
memang memakan masa
untuk ku teliti
tiap sudut sulaman itu

aku sayang akan kain sulaman
yang kita bina dahulu
kerna nilai estetika
yang mungkin sukar dicari lagi
mungkin kan bisa jumpa yang baru
namun
tiap sulaman berbeza coraknya

apa yang perlu untuk dipelihara
akan ku peliharakan
biar harus berdepan dengan ego
biar harus bertemankan permainan duka

akanku berguru apa yang perlu
agar bisa ku sulam kembali
renda sulaman persahabatan kita
supaya ia lebih indah
dan lebih kukuh
berbanding dahulu


p/s : dalam menjaga ukhuwah yg terjalin sesama insan, adakalanya kita diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran...untuk mengatasi semua itu bergantung kepada kita sendiri...sejauh mana kita ingin mempertahankan ukhuwah yang terjalin...buat renungan bersama~


2 comments:

-m3- said...

there goes another art piece...=)

ade campuran pathophysio nampak...hehe

K-RuN said...

yup...
another piece from the bottom of heart...


wewe...
a'ah guna term scientific cket...
nak cuba gaya penulisan artistik+saintifik...

hehe..