Saturday, March 5, 2011

~renung balik

Assalamualaikum...

salam sejahtera kepada semua pembaca budiman...



baru sedar dah sangat la laaaaaaamaaaaaaaaaaaaaa dah tak update blog ni (*actually dah sedar lama tp xde idea nak tulis apa, time ada idea ada tangan ni pulak malas nak menaip*)-->okeyh, alasan ni sepatutnya dah xleh nak terima, ramai dah guna alasan mcm ni even dah pernah guna pun sebelum ni..

okaylah: update terbaru tentang diri-->baru sahaja habis posting medicine! yeay!-->kegembiraan dan kelegaan buat seketika. sebab lepas ni adalah posting surgery and then medicine balik dan seterusnya adalah FINAL EXAM!!<--tanda seru sebesar2nya dan telah di'bold'kan.

pejam celik pejam celik, dah dekat nak habis dah fasa IIIA MBBS ni...tak terasa dah menapak selama lebih 6 bulan kat HTAR. masa bukanlah persoalan besar disini. tapi apa yang ingin saya tekankan adalah sebanyak mana masa yang telah aku manfaatkan sebaiknya dalam usaha mencari sesuap ilmu (jap2, ada ke org pakai penjodoh bilangan sesuap untuk ilmu)..layan je la..maaf, saya telah menjadi perosak bahasa..(*baru nak sedar ke?habis tu post2 sebelum ni macam mana?)..aish...lain pulak yang dibicarakan.

berbalik kepada permasalahatan kita sebentar tadi, selalu tertanya2 kepada diri sendiri, adakah aku cukup bersedia untuk menghadapi kerjaya aku yang bakal ku tempuhi dalam 3 tahun lagi?
cukup kompeten kah aku? cukup berkualiti kah aku? cukup bersediakah aku dengan persiapan yang aku tengah buat sekarang ni??jawapannya, biar aku jawab dalam hati je...

yelah, sapa tak takut..satu hari nanti seorang pakcik berusia dalam 60-an datang kat emergency & trauma dengan chest pain + breathlessness then tetiba syncope. macam mana ko nak handle kalo ko x taw? tetiba ada seorg budak umur 18 tahun datang with massive bleeding with shock?
TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT BESAR DAN BERAT!!!

xpun dekat wad tiba2 patient asystole! kena fikir dan buat keputusan dengan sangat pantas dan tenang!

*mood tengah sangat membara disaat ini sambil terngiang2 lagu gemuruh faizal tahir+ingat step menari lagu tu*

korang paham x apa yg aku cuba sampaikan ni??aku pun sedikit blur bila baca balik,macam tunggng langgang je benda yg aku nk ckpkan...maaf ya..

oklah aku cuba ringkaskan disini, tolong hentikan saya jika saya bercakap terlalu panjang lebar lepas ni ok.

begini..pernah tak anda terfikir, sebagai contoh anda sangat nak menjadi seorang doktor, tp di tengah2 perjalanan anda ingin menjadi seorg doktor itu, anda telah mendapat tahu dan merasakan diri anda macam x layak je menjadi seorg doktor, apa anda nak buat?

nak patah balik? pastinya tidak! anda sudah separuh jalan. lagipun putus asa itu tiada dalam kamus hidup anda.

menyesal tak sudah?lagi la tidak!! ini bukan agama kita anjurkan..kita kena banyak bersyukur!

jadi tiada pilihan lain, BERUSAHA SEHABIS DAYA YANG ANDA UNTUK MENJADIKAN DIRI ANDA LAYAK MENJADI SEORANG DOKTOR!!!

oklah..ini sekadar satu post yg cuba menyedarkan diriku agar terlena dari mimpi!

currently watching JDrama CODE BLUE. sila lah tengok kepada kawan2 yg amik medik atau sesiapa yg berada dalam dunia perubatan. mungkin drama ini akan menjadikan anda lebih bersemangat untuk menjd seorang doktor yg COMPETENT!!
anda yg bukan berada dalam dunia perubatan pun boleh tengok macam mana doktor kerja..xtaw la sama x macam kat malaysia sebab ni drama jepun...

with regards
wassalam..

3 comments:

8989 said...

salam..
part 'terngiang2 lagu gemuruh faizal tahir+ingat step menari lagu tu*' mmg xley bla.. huhu.. igt lg ke?? hehe...

situasi yg same.. da byk kli renung balik da tp still alpa lg.. ='(
hurm....

K-RuN said...

8989: of coz ingat lagi step2 dia..hehehe

xpe2..manusia perlukan masa untuk berubah..sekurang2nya dah ada usaha untuk renung balik tu maknanya kita sedar apa yg kita lakukan...cuma risau kalo kita xsedar kita dalam kealpaan...

berubah sedikit demi sedikit...
insyaallah, Allah nak tengok betapa bersungguhnya kita nak berubah...

-m3- said...

rasenye dilema ni ade dlm diri hampir sume student medic or medic related...^_^

no worries k, kalo nak tuka course pun bia habis jihad lima tahun ni dulu...hehe

terlena dr mimpi? i think it shud be terjaga dr lena/mimpi...(rujuk perenggan 16 atau 3rd last para)

btw, assalamualaikum...*wink*