Tuesday, May 31, 2011

~10 kekejaman yang biasa kita lakukan

Assalamualaikum....

Anda rasa anda kejam atau tidak?
Kebanyakannya pasti menjawab tidak.

Soalan seterusnya, anda sukakan kekejaman?
Majoriti akan menjawab tidak suka.

Tetapi, sahabat-sahabat semua, sedar tak sedar dalam kehidupan kita seharian kita adakalanya melakukan kekejaman. Kekejaman yang kita tidak sedari.

Renung-renungkan 10 perkara di bawah.

  1. Mendoakan diri sendiri TETAPI tidak mendoakan ibu bapa, anak-anak (bagi yang ada anak) serta kaum muslimin dan muslimat.
  2. Pandai baca al-Quran, TETAPI tak baca Al-Quran sekurang-kurangnya 100 ayat sehari.
  3. Masuk masjid TETAPI tak solat sunat 2 rakaat Tahiyatul masjid.
  4. Berjalan melalui kubur, TETAPI tak bagi salam dan tak mendoakan kesejahteraan ahli kubur.
  5. Orang yang sampai ke sebuah kota pada hari Jumaat, TETAPI tak solat jumaat.
  6. Seseorang yang di daerah tempat tinggalnya didatangi orang alim TETAPI enggan belajar apa2 daripadanya contohnya enggan menghadiri majlis ilmu orang alim itu.
  7. Dua orang yang bertemu dalam suatu pertemuan TETAPI tak bertanya nama.
  8. Orang yang dijemput menghadiri jamuan TETAPI tidak memenuhi undangan tersebut.
  9. Pemuda yang tidak bekerja TETAPI enggan pula belajar tentang agama dan adab.
  10. Seseorang yang kenyang, TETAPI tahu jirannya lapar dan enggan pula memberi jirannya makanan.

Sekadar perkongsian untuk kita renungkan bersama.

Wassalam.

Sunday, May 29, 2011

~Melaka memang best...

Assalamualaikum...
salam sejahtera....

hujung minggu atau lebih spesifik hari sabtu ku dipenuhi dengan aktiviti berjalan-jalan.

Pergi mana?

dah tajuk kat atas "Melaka memang best", mestilah pergi Melaka...ye dok??

welcome to Melaka 
                                                                                ^_^
Melaka memang ada banyak traffic light... 
  
menara taming sari... 

asalnya pergi Melaka untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan Kakak kepada coursemate Monty Mont...
tetapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...

sambil menyelam minum air...tu pepatah melayu la...

alang-alang dah kat Melaka, ambil lah kesempatan jalan2 sikit kat Bandar Hilir...

al-kisahnya, disebabkan ramai coursemate yg lain dah balik..maka tinggallah diri ni, Hilmi & Talhah bertolak dari Asrama UM kampus cawangan Klang jam 11.15 pagi sabtu tersebut...trafik mula2 bergerak lancar..tetapi mula bergerak perlahan dari Nilai Ke Seremban...maka dengan itu tibalah kami di Melaka pukul 2 lebih..

sampai2 terus mencari rumah kawan kami ni...

sampai kat situ, saudara Mont dah menunggu kehadiran kami...apalagi, dah namanya kenduri kahwin maka teruslah kami dijamu dengan pelbagai juadah <--bunyi macam raya la plak kan...
 inilah mont...
  
makanan yg sedap... 


mont dan hilmi..

band yg wat performance...


lama jugak kami kat rumah tu...berbual2 , amik gambar sikit sambil layan band yg memang happening gila hari tu...apa2pun terima kasih tuan rumah sebab jemput kami datang...lepas ni giliran Mont la pulak ye...hehehe...

dari rumah MOnt, kami bertiga pun terus menjelajah ke Bandar Hilir...sebelum tu Solat jangan lupa ye kawan2...kewajipan kena selesaikan dahulu...kami singgah di Masjid Negeri Melaka...
inilah kapal...sorry lupa nk rotate..

  
depan mahkota parade

  
menara berputar taming sari... 

disebabkan perjalanan ini bukanlah dirancang, dan bukanlah jua suatu percutian dan dalam keadaan yang kurang bersedia, kami redah je..jalan-jalan cari ...cari apa pun xtau...

mula2 kitorg g la dekat kawasan sebijik kapal besar tu...punyalah ramai orang beratur nak naik kapal tu...snap2 gambar sikit kami pun pusing2 la dekat Melaka Megamall, Hatten Square & Mahkota Parade tu...

kapal tadi...versi tak perlu sengetkan kepala

sangat seronok...dan agak tercabar jua dengan Sale dan jualan2 murah yang sedang berlangsung...gerammm.....

lepas ni kami merancang nak shopping area sini la...barang2 pun baik punya..harga pun best....insyaallah ada rezeki nak datang lagi lain kali dengan perancangan yang lebih baik...apa2pun kita hanya mampu merancang Allah jua yg menentukan segalanya...

disini dihidangkan sedikit gambar kat sana..... ^_^
big lolypop... 

bergambar bersama pussy in boots
  

  
transformers 
  
nur kasih...hilmi nk jadi hero utk nur kasih the movie 2...

termenung: esok dah bermula posting baru!!!

terfikir : bersedia ke tidak ni???

terfikir lagi : tinggal 71 hari lagi nak final exam..Allahuakbar!!! 

Thursday, May 26, 2011

~ tahniah

Assalamualaikum...

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...detik dan saat ini kita masih lagi diberikan nikmat untuk bernafas serta menjalani kehidupan seharian kita dengan kesihatan yg Allah kurniakan.

Tiada apa-apa yg menarik untuk post kali ini. Sekadar meng'update' kisah2 yg berlaku...

Tahniah diucapkan kepada pelajar2 perubatan Fasa 1 dan Fasa 2 MBBS UM yg dah dapat keputusan mereka. Alhamdulillah. Kepada sahabat-sahabat yang tak berjaya, jangan berputus asa. Ujian Allah berikan kepada kita hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNYA. Teruskan berusaha serta perbanyakkan amal ibadah kepadaNYA..Insyaallah, moga2 Allah Permudahkan segala urusan kita. Lebihkan usaha untuk supplement nanti.

FASA 1 DAN FASA 2 dah selesai...kini giliran kami pula FASA 3A. Alhamdulillah minggu ni baru sahaja selesai End Of Posting Exam. Saya ditempatkan di posting SURGERY. Selepas ini pula, kembali ke posting MEDICINE. Kembali ke Wad Perubatan. Insyaallah ini merupakan posting terakhir di Hospital Klang ni, sebelum melankah kaki pulang Ke UM untuk peperiksaan akhir MBBS Fasa 3A bulan Ogos nanti.. Kalau ikutkan kiraan, hari ini tinggal 74 hari lagi sebelum peperiksaan itu.

Semoga yang baik2 sahaja untuk waktu itu...Alhamdulillah, exam tu nanti dalam bulan Ramadhan yang pernuh barakah. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan al-Mubarak itu nanti serta Rahmat Allah segalanya berjalan dengan lancar. Doakan kami ya.

Setakat ini sahaja dulu...

Jaga Iman, Jaga Solat, Jaga Akhlak.

Wassalam...