Sunday, September 20, 2009

~bicara raya 1

-Salam-
sebelum bicara diteruskan
pertama sekali
SALAM LEBARAN
ampun & maaf dipinta
andai kata ada
terlanjur lisan
terabai janji
hati berprasangka
dan jua
sikap yang menyakitkan
moga kehadiran syawal kali ini dapat merapatkan ukhuwah kita sesama insan
noktah

meneruskan bicara~

banyak yg ingin ku sampaikan...terlalu byk...tp mungkin x sume mampu ku catitkan di sini..mana x nya,hampir 3 minggu aku x update blog ni...dlm tempoh tu mcm2 perkara yg berlaku...tentang ihram'09,study,kawan2,buka puasa, ramadhanku, exam...dan sebagainya

ok, bermula dgn ihram'o9 (ihya' ramadhan'09)...sekembalinya aku dari bercuti selama seminggu, setibanya aku di kolej, dengan langkah sepantas kilat jam menunjukkan 10.55pm aku bergegas terus ke bilik, meletakkan semua barang2 ku dan dengan segeranya aku terus ke pejabat kolej sbb nak kena jumpa ngn penyelia kolej untok bincang ttg majlis berbuka puasa yg dirancang berlaku jatuhnya pada hari selasa 15hb septembet 2009...dgn kepenatan itu,aku meng'gagah'kan diri, menahan mataku yg sgt mengantuk ketika itu untk mendgr bicara yg ingin disampaikan beliau...lebih kurg sejam kemudian habislah sudah perbincangan itu...disaat kaki melangkah keluar,kepala akalku sudah dipenuhi dgn pelbagai perkara...kerungsingan melanda tika itu....___________.....<-garis itu menggambarkan masa itu sgt lah bimbang hingga otak shut down kejap...dan kemudiaannya aku bergerak ke studio tari n dataran selasih,dimana saat itu proses mengerang sedang dijalankan::jgn salah faham proses 'mengerang' yg sy maksudkan adalah mengecat dan menyusun serta melekatkan kerang.untuk apa??ya untok malaysia book of record::untk pengetahuan anda kolej kami tika itu yg juga sedang menjalankan minggu kemerdekaan adalah dlm usaha untok mencipta rekod malaysia dalam menghasilkan logo satu malaysia yg terpanjang [untok gambar sila klik --> arumbaa daily news]...alhamdulillah tanggal 090909 adalah tarikhnya...MBOR telah mengiktiraf logo itu sbg yg terpanjang di MALAYSIA...

sambung plak cerita ihram...ya,program hari selasa itu adalah : majlis penutupan ihya' ramadhan berserta majlis berbuka puasa TNC n pengetua2 dan juga program wacana minda oleh pemidato Dato' Syed Ahmad...tika itu,aku sgt lah risau...tiga program itu dijalankan serentak, start 5.30pm hingga waktu berbuka...nak kumpul org lagi supaya penuhkan dewan...satu masalah kerana disaat dan masa itu sumer org baru balik dari kelas...mampukah kami warga ihram'09 melaksanakannya atau secara khususnya mampukah aku untk mengetuai gerak kerja ni...??sesungguhnya aku tika itu sgtlah serabut!! dahla aku ni jenis yg risau lebih2...namun aku wat gak...dgn bantuan sahabat2 disekelilingku...terima kasih buat anda semua yg membantu secara langsung dan secara tidak langsung...

kerja2 diteruskan, pengisian & protokol meneruskan kerja2 mereka mengesahkan kehadiran pengetua2 n TNC, berbincang protokol majlis...biro makanan n cenderamata menguruskan menu2 dan cenderahati...biro deko menyiapkn dekorasi dewan umara', penerbitan meneruskan usaha menerbitkan an-Nur, publisiti dalam usaha promosi mereka dan tidak lupa Biro tugas2 khas dgn T-shirt, name tag serta program memasak bubur lambuk n pertandingan ihram...

diceritakan pulak, sabtu telah diadakan pertandingan ihram ::anyam ketupat, tulisan khat, wat pelita buloh, n buat kad raya...seronok sgt hari tu sbb ramai yg turun
keesokannya pulak, gotong royong masak bubur lambuk...start seawal kul 8 pagi habis masak lebih kurang kul 3 lebih kot...masalah utama hari tu...xtaw resipi n camne nak masak..hehehe...

dan hari yg dinanti2...program hari selasa tu........

--to be continued--

melangkah untuk melayan tetamu yg datang bertandang



sign2

1 comment:

ezzat said...

khairun, slamat raye!!
btw, Ihram was ok! (wlaupun saya x join sume program pon) tapi still kemeriahannye dirasa...ampun dan maaf (dimaafkan x??)
all da best di waktu mendatang~