Sedikit perkongsian ilmu. Baru-baru ni diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghadiri konvensyen fiqh ummah 2012 di PWTC anjuran iluvislam.com. Konvensyen yang berlangsung selama 2 hari ini sememangnya memberi manfaat serta faedah yang amat besar khususnya kepada peserta. Banyak yang dapat kita pelajari semasa konvensyen ini. Dibarisi lebih 20 orang para asatizah terkemuka negara dan seorang ulama luar negara (Sheik Mufti Ismail Menk), ternyata konvensyen ini telah berjaya menghidangkan juadah ilmu yang dicari-cari oleh semua umat Islam di luar.
"Manhaj Fiqh Wasathiy" menjadi topik utama perbincangan dan pembentangan untuk konvensyen ini. Konsep 'wasathiyyah' dalam pelbagai aspek daripada akidah, ibadah, politik, kewangan, gaya hidup, tafsir, hadis, ekonomi dan sebagainya telah dibentangkan kertas kerjanya oleh asatizah-asatizah.
Insyaallah, akan dikongsikan serba sedikit apa yang telah dibentangkan sepanjang K-fiqh 2012.
Konsep "wasathiyyah" yang digunakan menurut istilah mempunyai pelbagai maksud. Menurut Muhammad al-Munawi, "washat iaitu persamaan yang nisbah sudut-sudut kepadanya semua adalah sama, ia adalah khiyar asy-Syai' (sesuatu yang terpilih)". Menurut Dr Ahmad Umar Hashim pula, ia bermaksud keseimbangan dan kesaksamaan antara 2 pihak. Tidak terlalu rigid dan tidak pula terlalu longgar. Tidak melampau dan tidak mengabaikan. Jadi dapat disimpulkan wasathiyyah membawa maksud kesederhanaan, kebaikan, keadilan dan ketinggian dengan sifat-sifat mahmudah yang tidak terlalu rigid dan tidak terlalu longgar. tetapi ia bukan bermakna seorang umat islam itu bersederhana dalam ibadah, amalan atau akhlaknya atau sederhana dalam ilmu atau pekerjaannya sehingga menjadi orang yang tidak cemerlang.
Mungkin konsep wasathiyyah sukar untuk difahami sekiranya diterangkan sebegini. Namun apabila dibincangkan mengikut aspek-aspek tertentu secara lebih mendalam, konsep wasathiy ini akan dapat difahami.
Setakat ini perkongsian buat kali ini. Penjelasan panjang lebar mungkin akan memeningkan. Insyaallah, jika diizinkan, konsep wasathiy dalam akidah akan dibincangkan dalam perbincangan yang seterusnya.
Wallahu'alam
Maaf andai ada kekurangan, dan harap dibetulkan jika ada kesilapan dari konsep yang sebenarnya
Setakat ini perkongsian buat kali ini. Penjelasan panjang lebar mungkin akan memeningkan. Insyaallah, jika diizinkan, konsep wasathiy dalam akidah akan dibincangkan dalam perbincangan yang seterusnya.
Wallahu'alam
Maaf andai ada kekurangan, dan harap dibetulkan jika ada kesilapan dari konsep yang sebenarnya
Wassalam.
1 comment:
true! hari tu, roomate pun ade pergi konvensyen ni. ;) banyak la belajar dari dia. hehehehe.. yup.
moga2 diri ni wasathiyah dalam kehidupan. lagi2 nak menundukkan nafsu ni. hehehehe =)
Post a Comment