Friday, June 26, 2009

~Bulan Rejab Sudah tiba...

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari.
Sedar x sedar hari ni da 3 Rejab 1430H
Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakan kita sedar
kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan
bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan
memperbanyakkan ibadah. Sekadar renungan bersama...
(ekceli artikel ini disedut dari sumber lain..bukanlah hasil penulisan sy sepenuhnya..)

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan
Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
(Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,
yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal
di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

15.Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

26.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

27.Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

yang telah meng"copy" dan meng"paste",
sign2

termenung : da bulan Rejab, pastu bulan Syaaban kemudian RAMADHAN bulan seribu rahmat...

terfikir : semoga Allah memanjangkan umur kita semua agar dapat bertemu bulan ramadhan tahun ini, INSYAALLAH...

Wednesday, June 24, 2009

~supplement exam

petang ini td...aku dikhabarkan dgn satu berita baik...result untok supplement exam dak2 medik um da kuar...alhamdulillah,ramai yg lulus...tahniah di ucapkan...
Allah da makbulkan doa kita semua...
--namun--
dalam kegembiraan itu,
sedih gak untok beberapa sahabat yg xlepas...
di harap kalian bersabar...
mungkin ada hikmah di sebaliknya
di harap jua kalian tidak berputus asa...
teruskan perjuangan...
walau apa pun keputusan kalian
di harap kalian dah fikir semasak-masaknya...
walau apa pun
kita hanya mampu merancang
Dia jua yg menentukannya..
bykkan berdoa minta petunjuk yang Maha Esa

Kpd sahabat2 yg bakal menempuhi fasa II dlm masa beberapa hari je lg...
(ucapan ini jua untuk diriku..huuhuuh)
jadikan pengalaman lepas...
kejayaan lalu
kegagalan di hari itu...
sbg satu aset untuk kita
lebih berjaya lagi di tahun kedua ini
belajar lah dari kesilapan lalu, jadikan ia sebagai panduan...jgn diulangi kesalahan yg lampau...jadikan ia sebagai pengajaran
gambate!!!
Chaiyok!!
all da best!!
semoga berjaya!!


yang benar-benar,
sign2

termenung : t'ingat pasal post lirik lagu yg lepas, sesekali diuji by NICE
suka part ni
"Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita "

dan juga part

"Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang"

Terfikir : macam mana kalau diri sendiri menghadapi apa yg dilalui oleh sahabat2, adakah mampu bertahan seperti mereka??...salute kat sahabat2
mungkin diri ini xkan bisa memahami kerna diri belum pernah melalui...
tp sahabat2 pernah melaluinya, sesungguhnya kalian sungguh tabah..


Tuesday, June 23, 2009

~masa?



renung
-kaku-

masa?
terus berlalu

duduk
-bisu-
masa?
tetap berlalu

penat
-tunggu-
masa?
masih berlalu

bosan
-kelu-
masa?
terus berlalu

nanti
-menanti-
masa?
takkan berhenti

risau

-menanti-
masa?
tak mungkin berhenti

letih
-menanti-
masa?
tak bisa berhenti

--akhirnya!!!!!--

puas
-tertunggu-

masa?
memang tak tunggu
puas
-menanti-
masa?
tak mungkin berganti

sign2

termenung : masa

terfikir : fikir lagi...masa..

Monday, June 22, 2009

~berita hari ini..

hari ini aku dapat surat dari UNIVERSITI MALAYA!!!
surat??
surat apakah...
hohoho...
.slip keputusan...
GTEE1104
GXEX1141
alhamdulillah...
dua2 lulus..
ni subjek wajib universiti...
kalo x lulus xleh grad...
naseb baek lepas...
xyah nak repeat...
bkn pe...
masa jawab exam ni, bukan study sgt pun...
yela nak fokus ngn exam yg sebenar2nya perlu difokuskan...
alhamdulillah
semuanya membuahkan hasil...
noktah.

pastu...nak diceritakan hari ni aku pun dapat satu mesej...

"slm..no ni awk kol,p2 tnye bleh bkak grai unt episma x.(31 july-2og0s,kt pdg varsiti,byrn betwen rmXX-XXX sehari)..en Exxxx -017xxxxxxx, en Mx-016xxxxxxx.t krdit claim pengarah"

yeah...dicuti2 ni aku mndpt satu tugas...ekceli jd ajk pameran n jualan untok episma09 nti...tgk banner kat sebelah kiri tu...huhu...nak promote...31 july smpai 2Ogos 2009 nti akan diadakan Ekspo Perubatan Islam Malaysia 2009...ekspo ni diadakan untuk kali keduanya tahun ni...ayat dibawah ini dipetik dari http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/event.php?eid=108338258697

Ekspo ini dianjurkan untuk mempromosi sejarah keagungan perubatan Islam serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu fiqh perubatan. Program besar-besaran ini juga diharap mampu memberi semangat kepada pelajar perubatan untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai kecemerlangan seperti mana yang dicapai golongan cendiakawan Islam terdahulu. Selain itu, program ini diharapkan dapat menarik pelajar sekolah untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Program ini amnya adalah penting untuk mencetuskan satu paradigma kepada umat Islam masa kini untuk berusaha membina tamadun hadhari yang gemilang berlandaskan Islam yang syumul.

macam2 aktiviti ada...mcm tahun lepas gak...kpd yg blom pernah pergi mari ramai2 dtg thn ni..antara aktiviti2 yg ada simposium perubatan islam, pameran, pemeriksaan kesihatan dan gigi, derma darah , forum perdana dan gerai jualan..ada byk lg..nk tau lebih lanjut lawati http://episma09.psipum.org/.

OKeyh...cukup promosi di situ...NOkTaH sekali lagi.

NAk diceritakan plak...kenapakah aku mendapat tugas kol2 org ni..huhuhu...bknnya pandai sgt pun nk cakap...hueee....teringat plak time smart plan hari tu...time kasih cik puan pengarah Kak Emy wangi comel<--nama nya di blog beliau kerana mberi kepercayaan tempoh hari...
yeah..mungkin sebab nye nti aku leh improve my softskill ye x???kalo asyik cakap xleh xtahu..sampai bila nak boleh??terus terngiang2 lagu "jika kau fikirkan kau boleh,kau pasti boleh melakukan..."hohoo....

dah2...cukopppp....besok mahu belajar memandu lagi....jumpa lagi lain kali...

yang tak berapa sihat mentalnya hari ini,
sign2

termenung : laksanakan amanah secepat mungkin...

terfikir : kalau lengah2kan...apa jadik???fikir sendiri...sekali lagi berfikir bagus untok OtaK

Sunday, June 21, 2009

~apakah??

beberapa hari ni...blog ku berdebu tanpa sebarang isi kandungan terbaru untuk diterbitkan, nak sgt update tp apakan daya xtaw nak tulis pe...time2 dok dpn lappy ni mesti jadi ketandusan idea...di masa2 laen sewaktu mana lappy tiada di depan mata ataupun tidak berada dalam jangkauan yg boleh ku capai byk plak idea2 bernas + gila lalu kat kotak pemikiran neyh...
mcm semlm kat dlm keta on the way nk g akademi memandu...mencurah2 ilham...kononnya balik nak update r blog...tp bila da sampai rumah...BLANK...KOSONG..TAK TAHU apa2...noktah disitu.

ermmm....apa yg mampu dibuat??cuma bermain2 dgn HTML code blog ni...hasilnya dpt r blog ini mempunyai 3 columns...pastu tukar cket dia punya header...letak muka sendiri..huhuhu...percubaan menggunakan software paint.net (software ni ala2 photoshop gak...) hasilnya x la begitu cantik, tp "saya berpuas hati"..nak belajar lg meng'edit2' gmbr dgn lebih baik...pastu tukar plak font blog ni...hasilnya tulisan yg anda dpt lihat ni...suka ngn font ni...tp everything tukar jd lebih besar...xtaw cmne nk wat font dia kecik cket...xpe2 lepas ni nk explore lg codes itu....

baru2 ni result UPU kuar...some of my friends dari matriks n form 6 manage to make their way to university...alhamdulillah...tumpang hepy untok mereka...selamat menempuhi kehidupan sbg pelajar tahun pertama...hohoho...nasib baik diriku da lepas...alhamdulillah...sekrg bersedia untok kehidupan baru sbg pelajar perubatan tahun kedua...kata senior it's much2 heavier n harder than first year..is it??ape2pun, bersiap sedia untok menghadapi apa jua yg bakal dihadapi...

masih lg dlm usaha menghabiskan buku "Do you Wear Suspender?" by Lydia Teh...proses pembacaan byk tertangguh di atas sbb2 tertentu yg tidak dpt dielakkan...hope leh habiskan secepat mungkin supaya leh beli buku seterusnya...huhuhu....sy masih ada satu lagi buku yg telah dibeli namun apakan daya belum mampu untuk membacanya walau muka surat pertamanya....buku tu tinggal kat KL...so xdpt nk baca...

bercakap pasal KL...cuti dekat nak abes...hari ni 21st June...flight balik KL 4th July....ada sedikit masa lagi untok bercuti sebelum mengalami kesibukan semula yg mungkin x dpt aku dibayangkan...(sekejap guna aku...sekejap guna sy...ape2 jelah...)...yg paling penting nak angkut barang ke kolej nti...huhuhuhu....saat2 yg paling tidak disukai...sgtla penat nanti...xpe...semangat untok memulakan penggal baru mesti ada....

lagi satu..kawan2 medic yg kena supplement hari tu da abes exam..sekrg tgh tggu result kuar...minta2 kawan2 sy d beri kejayaan hendaknya...insyaallah..

ckp xde idea...tp panjang berjela plak tulis..oklah...setakat ini saja warkah kali ini....


yang dalam kebuntuan idea,
sign2

termenung : apakah kaitan tajuk apakah?? dgn post kali ini??

terFIKIR : berfikir BaguS untok OTAK...

Sunday, June 14, 2009

~mungkin itu yang terbaik..

tolong khabarkan kepada ku,tolong maklumkan kpd ku...apa benar keputusanku ini??apa betul apa yg telah ku putuskan ini??jika ya kenapa hatiku masih gundah gulana lagi??kenapa aku begitu risau tidak menentu...sukar untukku gambarkan rasa yg ku hadapi di saat ini...keliru??mungkin ini perkataan yg paling sesuai....

sudah penat aku berfikir semasak-masaknya, sudah letih aku memerah otak mencari penyelesaiannya...namun bagaikan tiada hasilnya...ternyata sukar untukku menuai hasil yg kumahukan...adakah aku yg tidak bersabar kerana asyik memikirkannya??terlalu kerap berfikir menjadikan aku jadi tidak menentu dan memikirkan ke arah yg kurang positif...mungkin aku harus berhenti berfikir seketika dan membiarkan ia berlalu dgn sendirinya..mengikut lunas yg seharusnya...

mungkin itu yg terbaik...tp ternyata sukar bagiku untuk tidak memikirkannya...satu kelemahan ku...selagi semuanya tidak berlalu selagi itu aku kan diselubungi kerisauan tak tentu hala dan tak bertempat...tapi aku cuba jua untuk melupakan permasalahan itu...aku cuba...mungkin kan menghasilkan sesuatu...ya..aku akan menunggu dgn sabar...menanti tanpa byk merungsingkan diriku sendiri...aku cuba...
sign2

Saturday, June 13, 2009

~AnuGERah BloGGeR


wahhh...dapat anugerah plak...to mardi...terima kaseh byk2...im very honoured to receive dis award..heheh...dan dia saudari mardi telah menyuroh sy untuk memberikn awards ni kat org len plak...maka dgn itu sy pun kena wat gak...heheheh.....

1st Award

Copy award di bawah untuk diletakkan di blog anda

Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini
apa yg menarik ttg dia ya???heheh
  1. bekas pelajar asasi sains hayat 07/08 pasum....
  2. selalu wat announcement kat depan....
  3. memiliki blog "MADI...tidak boleh dijangkakan"
  4. sekarang tgh study kat UKM..course medic..bakal doktor jua...
  5. pandai wat jempot2 durian
Anda perlu memilih 10 penerima award..
  1. Aqwang
  2. Abg Asrul
  3. Kak Marina
  4. KAk HAnnan
  5. FaiQah
  6. Kak Emy
  7. YaTie
  8. Kak Sri
  9. KaK Alin
  10. KAK TIENA(sy xkan bputus asa untok mengetag kak Tiena..hahaha)


2nd Award
RULES:

1. put this badge on your awesome blog.

2. award this badge to 10 blogger whom you think are inspirational and friendly.

3. make sure you put the 'recipients' name here, along with their links.

4. let them know about this.


maka, 10 penerima award ini adalah......

  1. Aqwang
  2. Abg Asrul
  3. Kak Marina
  4. KAk HAnnan
  5. FaiQah
  6. Kak Emy
  7. YaTie
  8. Kak Sri
  9. KaK Alin
  10. KAK TIENA(sy xkan bputus asa untok mengetag kak Tiena..hahaha)
--sekian--

sign2

Friday, June 12, 2009

~



LeTiH
MeNDeNGaR SeMua iTu...
TaKKaN BiSa
aKu
MeNaHaN TuSuKaN LiDaHMu
aDaPuN YaNG TeRMaMPu
HaNYa MeNGeRaNG PeRiT Di HaTi
TaNPa SeBaRaNG SuaRa
WaLau SeDiKiT BiSiKaN KeCiL


KeNaPa PeRLu aDa HuJaH CeMBuRu

YaNG MeMBuaT HaTi iNi PiLu!!
aPa Kau TaK PeRNaH TaHu?
LuKa GuRiSaN iTu aMaT SuKaR PuLiH?

BaGai TeRTuSuK DuRi...
WaLau TaMPaK KeCiL

TaPi BiSaNYa SuNGGuH PeDiH
TaK TeRTaNGGuNG...

aKu
TaK SeHeBaTMu DaLaM BeRBiCaRa
DeBaTMu TaKKaN Ku BoLeH TeMPiS
SeKiaN LaMa Ku DiHuJaNi RiBuT KaTaMu

aKu

SeoLaH TiDaK MeNDeNGaRNYa LaGi

LaLi...


NaMuN JauH Di SuDuT HaTi...

YaNG MaSiH LaGi HiDuP uNTuK PuNYa PeRaSaaN
aKu

MaSiH TeRGuRiS DeK ToHMaHaNMu...
SaMPai BiLa?

Kau MaHu SeKSa

iNSaN-iNSaN Di SeKeLiLiNGMu
DeNGaN GeRaK BiBiRMu iTu...

HeNDaK Ku BiaR...
NaMuN aKu TaK ReLa

HeNDaK Ku LaWaN

Kau BuKaNNYa MuDaH DiTaWaN...

MuNGKiN MaSa Jua YaNG aKaN MeRuBaH SeGaLaNYa
aTau

MuNGKiN KaN aDa iNSaN LaiN
YaNG LeBiH NaHu
iSTiLaH BiCaRa..


TeRMeNUnG: TeKa-TeKi Imam Ghazali, apakah yang paling tajam sekali di dunia ini??jawapannya: lidah manusia...
TeRFiKiR
: Takut2 kalo ada terguris perasaan sahabat2 sekalian,sama ada secara sedar mahupun kurg sedar dan separa sedar serta secara tidak sedar ..maafkan saya ya..
=)
---tiru cara -m3- kejap...heheh---

p/s : tak tahu nak letak tajuk pe puisi kali ni...minta jasa baik sahabat2 cadangkan tajuk yg sesuai?boleh??=) terima kaseh...

sign2

Monday, June 8, 2009

~NaMuN SaMPai BiLa?

Dah lama x post puisi kat blog ni...bkn pe,tym cuti2 gini otak kurg nak berfungsi...heheh...dalam mode shut down...nak berehat cket, tp kalo berehat lama sgt berkarat plak nti kan...huhu...
ekceli agak sibuk cket, wpun cuti...ada keje kena wat...

tp sambil2 tu sempat r wat satu puisi wat tatapan sumer...cheewah...

jgn malu jgn segan...kalo ada kekurangan silalah bagi komen anda supaya sy leh improve my writing ...okeyh!!


Aku rasa kehilangan
Jiwa kosong tak berisi...
hati sunyi
tanpa cinta hakiki...
nafas demi nafas
tiada lagi bererti...

Mungkin aku terlalu jauh dariNya
Aku hilang akan kasih sayangNya
atau aku yang
lari dari petunjukNya

Aku sedar...
Lidahku telah lama bisu
dari menyebut kalimahNya
Mataku buta
dari melihat kekuasaanNya
tangan kakiku kudung
dari beramal mengakui kebesaranNya
Hatiku buntu
dari mengingatiNya

Harusku katakan...
betapa bodohnya aku
hinanya diri ini...
hanya menumpang hidup
di bumiNya
tapi
tidak akur dengan suruhanNya
Seharusnya
diri ini tidak selayaknya
terus bernafas lagi
menikmati kurniaan ciptaanNya...

Tapi Dia
Maha Mengetahui
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Walau diri alpa senantiasa
lena dibuai mimpi duniawi
Dia
masih memberikan saat ini...
dan detik seterusnya
bagiku kembali...
menyedari kekhilafan diri

Namun
sampai bila?
baruku...
benar-benar mengabdikan
seluruh jiwa raga
pada yang Maha Pencipta
agar naluriku
disuluhi sinar keimanan...


sign2

Sunday, June 7, 2009

~SeSeKaLi Di Uji

Sesekali DiUji
Album : Istimewa Tiada Dua
Penyanyi : NICE

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa


sign2